Tanda Kolestrol yang Perlu Anda Awasi

23:35 0 Comments A+ a-

Percayalah, kehidupan kita adalah tak sama seperti kehidupan moyang kita dulu. Cara hidup, persekitaran dan makanan kita pon dah taksama macam atuk nenek kita. Dulu orang masak pakai batu lesung, batu giling. Kita sekarang semua nak cepat. Cili giling pon kadang beli yang dah siap proses.

Kalau anda setuju dengan pendapat KakCah, sentiasalah awasi andai ada tanda-tanda berikut dalam badan anda. Bimbang tanda-tanda ini dah menunjukkan anda berada pada tahap kesihatan yang membimbangkan:

◾ Kaki sering kebas - ianya berlaku kerana darah tidak mengalir dengan lancar ke saluran kaki anda

◾Mudah letih dan cepat mengantuk - paras kolesterol yang tinggi akan menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.

◾Senak dan sakit dada sebelah kiri seperti ada pemberat atau current - ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi. Sangat Bahaya ni!

◾Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher - arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

◾Kaki membengkak - ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

◾Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) - ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar kolesterol yang tinggi.

◾Tanda kuning muda - pada tengah atau hujung kelopak mata - merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.

Rawat segera masalah kolestrol tinggi anda. Berjumpa dengan doktor. Jangan risau. Rawat dari awal.

Pilih jalan yang sihat untuk keluarga tersayang. Jangan gadaikan nikmat sihat tidak ternilai ini. 👪

Tubuh kita milikNYA. Dah jadi tanggungjawab kita untuk jaganya selagi bernafas. Allah S.W.T telah menjanjikan setiap penyakit ada penawarnya. Carilah ia di mukabumi ini.

Supplement Membahayakan? Air Kosong Berbahaya?

03:50 0 Comments A+ a-

Isu demi isu, hangat sungguh di media sosial, perbahasan tentang supplement, perlu atau tidak? Pelbagai pendapat dan pandangan yang KakCah baca. Pandangan KakCah sendiri?

Andai KakCah berikan pendapat, mungkin ada yang tempelak, "Alah, dia jual supplement, memanglah dia cakap gitu!". "Haa, tu nak kejar sale laa tu."

Jadi, KakCah ambil langkah untuk tetap sebagai Pengedar Sah Shaklee, tanpa menghukum sesiapa. Apa pon yang anda fikir, bersikap adil dan letakkan sesuatu itu pada tempatnya. Supplement yang baik buatannya, dihasilkan dengan kajian terperinci, oleh pakar-pakar yang ahli dalam bidangnya itu sendiri tidak salah, yang salah adalah manusia yang tamak dan tidak adil.

************************************************
(Kisah Ini Tiada Kaitan dengan Supplement)

KakCah terbaca satu komen, bahawa air yang kita minum tu pon, andai berlebihan boleh memudaratkan. Tiba-tiba mengingatkan KakCah pada insiden yang berlaku semasa Hasya warded di Wad 2B, HKB.

Pagi tu, selepas sarapan, para doktor muda melawat pesakit. Mengisi data perkembangan pesakit. Waktu tu, Hasya masih tidur dalam dukungan KakCah. Oleh kerana tidak ada meja sisi, KakCah letakkan botol air Hasya yang berisi air kosong atas katil.

Doktor yang melawat Hasya pagi tu, kecil molek aje orangnya. Bila dia sampai ke katil Hasya, KakCah terus berikan senyuman yang paling manis. KakCah rasalah. Maunya tak manis, KakCah nak mereka (doktor dan nurse) tau bahawa KakCah sangat-sangat-sangat berterima kasih pada mereka yang sedang merawat anak KakCah.

"Puan, itu botol air kosong ke?" Soalan pertama yang KakCah terima.

"Ha'ah."

"Puan, jangan bagi air kosong pada anak puan. Tak elok, nanti anak puan boleh kena sawan!" Bicara penuh hemah dari doktor kecil molek tadi.

"Saya tak bagi dia air kosong je. Anak saya masih menyusu badan. Lagipon dia takselera makan dan minum sebab sakit tekak. Jadi saya bagi apa yang dia boleh telan dan minum." KakCah bagitau doktor tersebut.

"Puan, anak puan tengah demam. Kalau dia minum air kosong je, nanti badan dia tak cukup garam. Boleh kena sawan. Semalam, ada pesakit kami yang demam sampai kena sawan sebab minum air kosong je. Terpaksa dihantar ke HSJ." Beberapa kali perkataan sawan tu ditekankan di hadapan KakCah.

"Tak, doktor. Anak saya bukan minum air kosong je. Saya bagi jugak susu badan. Semalam dia ada makan bubur sikit. Cuma pagi ni, dia takmakan lagi sebab masih tidur."

"Ikut suka puan, lah!" Tergamam KakCah. Terus terkesima. Diam seribu bahasa. Hilang terus senyuman paling manis di bibir KakCah tadi.

Doktor kecil molek tadi, KakCah pandang dengan seribu persoalan. Kenapa? Salah ke KakCah letak botol air kosong tu atas katil? Salah ke KakCah bagi Hasya minum sikit air untuk legakan sakit tekak dia? Hasya kan dah lebih setahun, takboleh ke dia minum air masak? Ya, Hasya demam, tapi suhu dia dah makin stabil, takboleh ke bagi dia air kosong?

Hampir dua minit. Diam. Kekok.

"Anak puan dah makan ke pagi ni?" Soalan kedua. Krik. Krik. Krik. KakCah balas dengan pandangan kosong. Tapi KakCah tetap jawab sebab KakCah nampak doktor kecil molek ni dah serba-salah sehinggakan dia taktahu apa yang patut dia isi dalam fail rekod Hasya.

Soalan-soalan yang seterusnya pon tetap KakCah jawab sebaik mungkin. Tapi jauh dalam hati dan fikiran KakCah, seribu persoalan yang belum terjawab.

KakCah biar.

Selang dua jam, doktor pakar paediatric pula melawat pesakit bersama doktor-doktor muda tadi. Datang dengan senyuman, dan bicara lembut dengan pesakit kecilnya. Soalan pertama doktor pakar tu pada KakCah, "Anak sudah makan ke belum? Anak dah makan apa?" Dan di akhir lawatan, pesan doktor pakar tadi pada KakCah, "Orang sakit, kita boleh bagi makanan orang sakit. Biskut ke, roti ke, apa sahaja yang dia selera nak makan. Supaya perut dia takkosong. Tapi bila dia dah sihat, puan kena bagi makanan yang sihat. Puan kena jaga pemakanan anak. Biar seimbang. Jangan bagi nasi sahaja, lauk sumber protien juga kena ada. Jangan biar dia yang kawal kita, tapi kita yang kawal apa dia perlu makan. Faham ye mama?" Lembut. Tiada ugutan. Tanpa paksaan. Penuh kesedaran.

************************************************

Geram. Ya, KakCah geram pada doktor kecil molek tadi. Dia tiada adab. Berjumpa dengan waris pesakit, tanpa mengucapkan salam. Sebaliknya terus menempelak tanpa usul periksa. KakCah tau, niat dia ikhlas. Dia taknak ada lagi pesakit dia yang terkena sawan sebab minum air kosong sahaja. Tapi bicaranya salah. Terus menghukum. Seolah-olah KakCah buat kesilapan besar.

Tapi patut ke KakCah besarkan atau viralkan tentang doktor kecil molek tadi. Ambil gambar dia atau nama dia. Jaja di media sosial. Kutuk beramai-ramai. Takperlu! Biarkan.

Bagi KakCah, setiap orang ada isunya. Ada masalahnya. Ada alasannya. Doktor tadi cuma salah pada bicaranya. Biarkan. Dia manusia. KakCah juga manusia. Hari tu, dia buat silap. Hari esok, mungkin KakCah pula yang tersilap.

KakCah tidak menghukum semua doktor tu sama. Dalam keluarga besar KakCah pon ada ramai doktor. Kawan-kawan rapat KakCah juga ada doktor dan nurse.

Apa yang Kakcah ingin sampaikan, bersikap adil sesama manusia. Bertimbang rasa. DAN bersederhana. Dalam perlakuan kita, dalam bicara kita, malah dalam makanan kita pon. Kena sederhana. Jangan berlebih-lebihan.

Semoga Allah menjaga keluarga KakCah dan merahmati doktor kecil molek tadi. Semoga Allah juga mendatangkan ilham pada dia, untuk perbaiki diri bila bicara dengan pesakit di wad. Tak dapat nak bayang, bagaimana agaknya kalau yang ditegur tadi, bukan KakCah tapi pakcik tua yang sedang sakit kencing manis. Mau kena maki doktor tu.

Apa pon, KakCah tetap ada doktor favourite. Doktor keluarga KakCah di Pasir Puteh, Dr. Fatimah dan doktor di KK Tasek Gelugor, Dr. Sarah. Bila jumpa mereka, terus hilang rasa sakit. Hihi.

Apa Manfaat Biji Labu untuk Kesihatan Kita?

23:54 0 Comments A+ a-

Khasiat Biji Labu

1. Dikatakan dapat membantu lelaki berumur 45 tahun. Pada umur ini kelenjar prostate mula membengkak. Ini menyebabkan terasa sakit untuk membuang air kecil. Biji labu mengandungi phytosterols, yang boleh membantu mengecutkan prostat. Ia seringkali digunakan untuk merawat peringkat awal pembesaran kelenjar prostat atau BPH (Benign pristatic hypertrophy), ini disarankan oleh jabatan kesihatan Jerman. Biji labu ini adalah efektif untuk melegakan simptom BPH seperti kesukaran untuk buang air kecil.

2. Biji labu mengandungi beberapa jenis minyak, vitamin dan mineral yang dapat membantu orang lelaki. Ini kerana bahan-bahan tersebut amat berguna untuk sistem perkumuhan (urinary system) dan mengelakkan kelenjar prostate dari membengkak.

3. Khasiat yang tinggi dalam biji labu mentah terutama enzim, vitamin E, K dan mineral seperti magnesium, zink, mangan, fosforus, besi dan tembaga serta antioksidan beta karotena dan lutein.

4. Biji labu dikatakan ‘ superfood’ kerana khasiatnya baik untuk kesihatan badan. Sering masuk kedalam diet harian, selain dapat memelihara hormon, ia juga boleh mencegah batu karang buah pinggang, mengurangkan gejala arthritis dan risiko osteoporosis, menurunkan kadar kolesterol LDL dan melindungi folikel rambut.

5. Biji labu ini juga boleh menjadi rawatan semulajadi yang sangat berkesan bagi menghapuskan cacing pita yang terdapat di dalam usus  sekaligus membantu masalah pencernaan dan amat baik untuk mereka yang menghadapi masalah kulit termasuk eczema dan prosorosis.

6. Khasiat biji labu juga memberi manfaat kepada wanita menopaus. Mengambil 2gram sehari selama 12 minggu telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kepekatan kolesterol poprotein dan pengurangan dalam tekanan darah diastolik. Ia juga membantu melegakan gejala menopaus dengan pengurangan ‘hot flashes’, sakit kepala dan sakit sendi. Kandungan L-trytophan yang terdapat di dalam biji labu sering dicadangkan membantu merawat kemurungan.

7. Biji labu juga membantu memelihara kesihatan jantung dan ginjal dan meningkatkan tenaga sekaligus amat sesuai untuk diambil sebelum memulakan senaman.

Nak dapatkan khasiat biji labu dengan lebih baik? Nutriferon Shaklee ada!

Suicide Forest, Mimpi Ngeri KakCah

21:52 0 Comments A+ a-

Padahnya dah tengah malam menengok cerita seram, berakhir dengan mimpi menggerunkan. Haha. Apalah KakCah ni ye?!

Malam tu, kebetulan takleh tidur. Nak pulak baru balik kampung, berubah tempat tidur. Susah sikitlah nak lelap. KakCah pon layankan mata tengok televisyen. Tak ingat dah channel mana, tengok tajuk macam best. The Forest.

Biasanya KakCah memang taklayan cerita seram ni. Tak suka. *padahal penakut* haha. Tapi ntah macam mana boleh tengok sampai habis pulak The Forest ni.

Alkisahnya, tidur malam tu, termimpi kena kejar hantu jepun The Forest. Hadoi.. Takpuas hati sebab dah termimpi, KakCah pon selidiklah pasal cerita tu dan jumpa info menarik yang nak dikongsikan dengan kalian.

Sememangnya suicide forest menurut filem tu, memang wujud di Jepun.

Aokigahara merupakan sebuah kawasan hutan di kaki gunung Fuji yang juga dikenali sebagai Jukai (Sea of Trees) yang terletak di Jepun.

Sekali pandang, hutan ini sangat tebal dan gelap sehinggakan jika tersesat mungkin susah untuk dijumpai semula. Tapi bukan itu sahaja yang unik dan seram mengenai hutan ini.

Ianya adalah hutan terkenal untuk bunuh diri.

Setiap tahun lebih kurang 100 mayat yang dijumpai kerana mati membunuh diri di hutan tersebut tapi bilangan yang tidak berjaya dijumpai mungkin lebih ramai. Dikenali sebagai tempat membunuh diri paling popular di Jepun, dan kedua di dunia selepas Golden Gate Bridge di San Francisco.

Dikatakan trend membunuh diri di hutan Aokigahara ini bermula selepas Seicho Matsumoto menulis novel bertajuk Kuroi Kaiju (Lautan Hutan Hitam) di mana dua pasangan kekasih mati membunuh diri di situ. Selain mayat, tulang dan barang peninggalan yang ditinggalkan si mati, hutan itu juga dipenuhi dengan papan tanda yang menasihati mereka yang berhasrat untuk membunuh diri supaya memikirkan semula niat mereka.

Antara yang tertulis pada papan tanda tersebut; "Hidup anda adalah sebuah hadiah yang sangat berharga daripada ibu bapa anda. Tolong fikirkan keluarga anda. Jangan simpan masalah anda, luahkannya kepada mereka yang terdekat."

Walaupun ramai yang tidak mengendahkan rayuan tersebut, namun terdapat juga yang berubah hati. Mungkin tidak begitu nekad dengan niat untuk membunuh diri, mereka akan membuat tanda dengan pita sepanjang perjalanan supaya mudah untuk mencari jalan pulang apabila berhasrat untuk terus hidup.
Kadar membunuh diri di situ dikatakan meningkat pada bulan Mac, di mana ianya merupakan pengakhiran tahun fiskal bagi negara Jepun. Untuk mengurangkan nama Aokigahara sebagai jolokan tempat untuk membunuh diri, kerajaan Jepun telah berhenti mengeluarkan statistik kematian di situ.

Mungkin ini harga yang perlu dibayar bagi negara maju seperti Jepun di mana kebanyakan rakyatnya siang malam bekerja dan belajar sehingga timbul tekanan hidup yang terlampau tinggi yang akhirnya tidak dapat lagi dibendung. Akhirnya, membunuh diri menjadi punca penyelesaian terakhir.

"It takes more courage to go on living than killing yourself"

Haaa, begitulah kisahnya tentang hutan tersebut. Apa pon, nasihat KakCah, bagi yang beragama Islam, sekalipon ada masalah dunia yang besar, jangan sampai terfikir untuk bunuh diri. Selesaikan dengan baik, fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan keluarga kita.

Sira Pisang Resepi Warisan

18:59 0 Comments A+ a-

Balik bercuti di kampung, yang paling seronok bagi KakCah kalau nak masak adalah, takyah fikir mana nak beli serai, bunga kantan, kunyit, ulam-ulaman, daun kesum dan banyak lagi. Kiranya petik je jari, semua dah ada depan mata. Ecehhh, kalau tak gi petik sendiri, takdenya semua depan mata. Haha.

Tu bab nak masak lauk-pauk. Kat kebun papa ni, buah pisang, ubi, cempedak dalam pagar pon ada. Yang belom berbuah, durian dan petai. Kenapa ntah petai tak keluar-keluar lagi? Malu agaknya.

Cerita pasal pisang, KakCah nak kongsikan satu resepi warisan. Resepi warisan gitu haa.. Warisan dari ibunda tersayang, Allahyarhamah Hjh Zainun bt. Abdullah. Alfatihah buat mama KakCah.

Sira Pisang

Gambar pisang aje ada, sira pisangnya taksempat nak bergambar.

Bahan-bahan:
Pisang (papa tanam pisang kebatu @ pisang awak)
2 helai Daun pandan
Gula (terpulang pada tahap manis yang disukai)
Air
Sedikit Garam
Sedikit Pewarna kuning telur

Cara-cara
1. Masak air dengan gula dan daun pandan. Kacau hingga gula hancur dan air mendidih. KakCah masukkan secubit garam, sikit aje dan juga pewarna. Pewarna hijau pandan pon ada, tapi sebab ni resepi warisan mama, jadi KakCah guna pewarna kuning telur macam yang mama selalu guna. Air pulak, jangan banyak sangat atau sikit sangay. Agak-agak je. Biar berkuah, pekat dan likat bila masak dengan pisang.

2. Bila air dah mendidih, masukkan pisang yang dah dibuang kulit. Kalau pisang tue besar, sila potong dua. Kalau taknak potong pon boleh aje.

3. Masak dengan api perlahan sehingga pisang kita masak. Dah masak, sejukkan dan boleh simpan dalam peti kalau suka. Papa KakCah suka makan sejuk-sejuk. Best!

Selamat mencuba.

Ostematrix, Supplemen Kalsium yang Bermanfaat untuk Kesihatan Tulang dan Sistem Saraf

23:13 0 Comments A+ a-

16 Ramadhan 1438

KakCah baru sampai dari kampong. Alhamdulillah, dapat jugak berpuasa dan berbuka sama-sama dengan keluarga terutamanya Papa. Sepanjang minggu di kampong, sempat jugak masakkan lauk kegemaran Papa. Semoga Allah pelihara Papa KakCah, amin Ya Robb.

Hari ni, KakCah nak share tentang Ostematrix Shaklee.

Ostematrix Shaklee adalah supplement Kalsium bagi mereka yang ingin melindungi tulang supaya menjadi kuat. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Bagi KakCah, Ostematrix ada rumusan yang terbaik untuk membantu menguatkan tulang-tulang kita.

Kenapa ye, kita perlukan Kalsium ni? Apa kepentingan Kalsium?

Ok, begini… Kalsium ada macam-macam fungsi untuk tubuh badan manusia. Bukan untuk kesihatan tulang semata-mata. Sebab tu, kalsium ni sangat penting buat kita. Antara fungsi Kalsium yang utama adalah untuk pengawalaturan sistem badan kita:
1.       Membantu mengekalkan tekanan darah manusia.
Usia kita makin bertambah dan apabila semakin berusia, kandungan kalsium dalam badan juga mula berkurang sebab hari-hari kita gunapakai. Bila dah berkurangan secara mendadak, contohnya disebabkan merokok ataupon sebab minum alcohol, kalsium tambahan perlu diambil untuk tingkatkan kembali kandungan kalsium dalam darah kita supaya kembali pada keadaan yang sepatutnya.
Kalau kalsium makin kurang secara berterusan, boleh mengakibatkan pereputan tulang dan mungkin juga boleh menyebabkan Osteoporosis. Tapi kandungan kalsium juga tidak boleh terlalu tinggi sebab mendapannya  dalam tisu-tisu badan boleh menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman badan.

2.       Membantu mengawal aturan dan fungsi sel sitosol manusia.
Kandungan kalsium paling tinggi dalam sitosol sel badan manusia. Sifatnya adalah sebagai pembawa mesej untuk sesuatu tindakbalas. Cuba bayangkan kalau kita kekurangan kalsium? Macam mana tindakbalas dapat berlaku dengan pantas dan tuntas?

3.       Membantu pergerakan otot-otot manusia.
Pergerakan otot, sendi, tulang-temulang kita juga disebabkan oleh kehadiran kalsium. Ia akan melekat kepada komponen dalam sel-sel otot dan merangsang gerakan untuk berlaku.

4.       Membantu proses persenyawaan yang lebih baik lagi.
Sewaktu persenyawaan, sperma akan membebaskan nukleusnya, untuk percantuman dengan ovum atau telur. Kemudian, dinding ovum akan tertutup semula bagi mengelakkan sperma-sperma lain masuk dan berasak-asak. Kalsium akan bantu merembeskan sejenis bahan dalam telur atau ovum dan membina jaringan di dinding ovum tadi.

Itu baru Kalsium. Ini pula tentang kepentingan Magnesium.

Magnesium adalah ion positif nombor 2 yang penting dalam tubuh kita. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Magnesium membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus. Magnesium ni penting jugak untuk mereka yang ada masalah fluktuasi glukos.

Selain Kalsium dan Magnesium, Ostematrix juga mengandungi Vitamin D.

Vitamin D, selain daripada dapat kita peroleh dari cahaya matahari melalui kulit, juga boleh diperolehi melalui pemakanan. Bila kita ambil kalsium tambahan, ginjal kita akan aktifkan Vitamin D supaya dapat merangsang penyerapan kalsium yang lebih baik dalam usus. Vegetarian, mereka yang kurang terdedah pada cahaya matahari, individu melebihi 55tahun, wanita hamil dan kanak-kanak adalah mereka yang disyorkan untuk ambil supplement Vitamin D.

Nutrient-nutrient ini, perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan yang lebih baik dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kerana itu ia digelar OsteMatrix.

Tanda-tanda anda memerlukan Ostematrix:
·         Mudah mengalami kekejangan otot atau sesemut.
·         Sukar tidur (Insomnia)
·         Usus lemah dan sering sembelit
·         Sakit pinggang dan kaki
·         Cepat naik angin dan mudah terkejut
·         Luka susah sembuh, darah lambat beku
·         Masalah sakit sendi
·         Kadar metabolism yang rendah
·         Risiko penyakit tekanan darah tinggi
·         Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
·         Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin
·         Bayi dalam kandungan kecil tidak mengikut perkembangan tumbesaran sepatutnya
·         Susah nak minum susu.

Bagaimana memilih kalsium premium?
ü  Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium
ü  Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk elak keracunan plumbum
ü  Elakkan mineral cheated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam penyerapan mineral


Sekiranya berminat untuk membeli Ostematrix, sila WA KakCah 012.984.7704. Boleh juga ke facebook KakCah. 

Keperluan Vitamin C dalam Hidup Kita

21:42 0 Comments A+ a-

Vitamin C adalah vitamin yang sangat biasa dalam kehidupan kita. Kakcah yakin, sejak dari dulu lagi ibu bapa kita sentiasa menekankan kepentingan vitamin C. Seumpamanya, vitamin C ni satu keperluan untuk badan kita. Jom kenali Vitamin C secara umumnya.

Vitamin C, atau turut dikenali sebagai asid askorbik ialah vitamin larut air. Vitamin ini bertindak sebagai antioksidan yang memerangi radikal bebas daripada merosak dan memusnahkan sel. Merupakan vitamin penting dalam pembentukan kolagen dan meningkatkan sistem imun tubuh.

Siapa yang perlukan vitamin C
Secara generalnya, semua orang yang sihat memerlukan vitamin c kerana tanpa vitamin c yang mencukupi, kita akan lebih mudah terdedah kepada risiko dijangkiti penyakit. Vitamin C juga tak dihasilkan dari badan kita, makanya perlu diambil melalui pemakanan.
Tetapi ada golongan yang secara spesifiknya lebih memerlukan vitamin C kerana risiko untuk golongan ini mendapat penyakit lebih tinggi seperti perokok dan second hand smokers (sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C), pengguna alcohol (alcohol boleh mencairkan asid askorbik dlm darah dan meningkatkan kehilangan vitamin C melalui air kencing), mereka yang sentiasa ‘stress’ (bila kita stress, vitamin c akan musnah dan menyebabkan kelenjar adrenal tidak mendapat bekalan vitamin c yang secukupnya.

Salah satu fungsi Kelenjar adrenal ialah mengawal metobolisme tubuh. Bila tidak mendapat vitamin C yang secukupnya, oxidation level (proses metabolisme makanan kepada tenaga) dalam darah akan meningkat, menyebabkan kelenjar adrenal tidak dapat menyingkirkan toksin dan menyebabkan tubuh terdedah kepada risiko mendapat penyakit.

Sumber makanan yang kaya dengan VITAMIN C
  • Buah-buahan dan sayur seperti: Buahan sitrus (oren, anggur, kiwi, strawberry, laici, blackcurrent)
  • Sayur (brokoli,tomato,potato)
  • Capsicum
Simptom kekurangan vitamin C
  • Gusi yang sentiasa berdarah (kurang pembentukan kolagen)
  • Tanda2 lebam pada badan(salur darah lemah)
  • Luka lambat sembuh
  • Sering letih, lemah
  • Anemia
  • Salur darah mengecil dan mudah runtuh
  • Rambut gugur
  • Sakit sendi
  • Darah dalam mata
  • Kulit kering dan gatal
  • Depression
  • Edema
  • Kurang selera makan
  • Masalah pencernaan
  • Weight lost
Ciri-ciri Vitamin C
  • Antioksidan
  • Collagen maker
  • Anti kimia
  • Protector gate
  • Vitamin larut air
  • Tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia tetapi boleh dalam tubuh haiwan

Patin Goreng Sambal Cili Padi

21:37 0 Comments A+ a-

14 Ramadhan 1438.

Alhamdulillah, menu berbuka bersama keluarga hari ni, adalah kegemaran papa. Macam mana patin goreng cili padi boleh jadi kegemaran papa ye, padahal papa tu orang Kelantan. Haaaaa, menantunya kan orang Pahang.

Asal ceritanya, Papa dan arwah Mama singgah rumah mertua KakCah di Pahang. Kebetulan hari tu, Mak masak ikan goreng cili padi. Itulah kali pertama papa rasa ikan patin goreng, agaknyalah.. Selalunya kalau ikan patin ni, arwah Mama akan masak gulai tempoyak.

Selang beberapa bulan, bila KakCah balik kampung di Terengganu, Papa request patin goreng cili padi tu. Papa sendiri yang ke pasar, beli ikan patin dan mintak penjual ikan tu potong nipis-nipis untuk digoreng.


Jadi, KakCah kongsikan di sini resepi Patin Goreng Sambal Cili Padi, hasil olahan resepi asal mak mertua KakCah.

Bahan-bahan

Ikan patin, KakCah guna bahagian badan dan ekor sahaja.
Cili Padi, 6-7biji (terpulang kalau nak lebih pedas, buh laa banyak lagi)
1 Asam keping
2 Bawang putih
2 Bawang besar
Garam & gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Ikan patin yang dah dicuci, dilumur dengan garam kunyit dan goreng sampai garing. Angkat dan asingkan. Kurangkan minyak goreng ikan tadi, secukupnya untuk menumis.

Cili padi dan bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Bawang besar pula mayang halus. Panaskan kuali dengan minyak ikan tadi, tumis cili padi dan bawang putih yang ditumbuk. Kemudian masukkan bawang besar. Tunggu sehingga bawang layu, dan masukkan asam keping.

Letakkan sedikit air panas, bagi sebatikan semua bahan. Perasakan dengan garam dan gula. Dah sebati semuanya, masukkan ikan patin goreng. Kacau supaya sekata sambal dan ikannya. Dah siap! Senang aje kan.

Alamak, takde pulak gambar ikan yang dah siap masak. Buatnya 20minit sebelum berbuka, memang taksempatlah nak gambar-gambar bagai. Huhu. Next time, ok!

Haa, menu ni pon sesuai jugak untuk beraahur. Ringkas dan pantas menyiapkannya.

Sustained Release Vita-C Plus (180caps)

21:34 0 Comments A+ a-

Malam ni, KakCah nak share sikit pasal Sustained Release Vita-C Plus Shaklee. Jom sama-sama tambah ilmu.

Kebaikan & Keistimewaan Vita-C Plus Shaklee



♣ Time released. Semulajadi tanpa bahan pengawet dan sesuai untuk orang yang menghidap gastrik.
♣ Bio flavonoid dalam vita-C membantu vita-C jadi lagi aktif. Kalau vita-E kena ada selenium. Vita-C perlukan Bio flavonoid.
♣ Kalau demam atau selsema tak perlu makan ubat doktor. Ambil 2 tabs vita-C dan telan.
♣ Maksud 'Sustained Release' tu, vita-C tu akan di'release' untuk badan secara berperingkat. Katakan vita-C 500mg, so..setiap 1jam, 100mg akan di'release' untuk kegunaan badan.
♣ Kenapa susah-susah je Shaklee cipta time release? Ini kerana vita-C dapat diserap dengan baik oleh badan pada dos yang rendah. Semakin tinggi dos, semakin sedikit yang dapat diserap oleh badan.
♣ Vita-C ini dihasilkan bersama-sama 'bioflavonoids complex'! ~ Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb dan hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, takde dalam vitamin C sintetik. ~ Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. ~ Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung & juga untuk ALZHEIMER.
♣ Pelepasan dalam masa lima jam tapi maintain vita-C dalam darah untuk 12 jam. Walaupon ia larut air tapi bukan masuk terus keluar, vita-C akan bekerja dulu dengan sel badan sebelum vita-C keluar. Satu lagi fakta tentang vita-C ialah badan kita tak boleh simpan vita-C tapi ia digunapakai dulu sebelum dibuang, oleh yang demikian vita-C bersamaan kita makan oren selama lima jam, tapi bukan masa tu je kita ada bekalan vita-C sebab vita-C keluar perlahan-lahan.


Vita C Plus by Shaklee memang diminati ramai, so kalau berminat, cepat order ok!!

Hubungi KakCah di:
PM / whatsapp : 012-9847704
fb : aisyah che husin
e-mail : acan.ecah@gmail.com

Cara Mudah merawat Kulit agar Bersih dan Sihat.

21:55 0 Comments A+ a-

Bila bercakap tentang kulit, mesti kita membayangkan nak memiliki kulit yang bersih dan sihat. KakCah, kalau tengok drama korea, bukan tengok sangat jalan ceritanya. Tapi duk tilik kulit pelakon tu je. Haha.

Yelaa, siapa taknak kulit yang bersih. Automatik kita akan kelihatan lebih cantik dan anggun. Betul,kan? 

Bagaimana jika kulit kita nampak kusam? Memang banyak kosmetik-kosmetik di luar sana yang menawarkan sebuah kecantikan kulit (termasuk rawatan wajah), TAPI dengan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Namanya pon bahan kimia berbahaya, pastilah ada kesan sampingan yang berlaku, dan anda pasti bingung mencari kosmetik penjagaan kulit yang benar-benar terjamin kualitinya.

Kali ini KakCah akan berikan cara simple dan praktikal. Cara Penjagaan Kulit Agar tidak kusam dan kelihatan bersih. 

Tips Mudah Penjagaan Kulit
Tips ini sebenarnya saaangat sederhana, tapi cukup penting untuk dilakukan agar kulit kelihatan lebih bersih: 

  • Kerapkan cuci muka setiap hari, kalu boleh 5 kali sehari pada saat kita wudhu tu akan lebih baik sebab dengan mencuci muka secara rutin kulit akan sentiasa bersih. Takperlu pakai pencuci muka, basuh guna air biasa saja.
  • Kurangkan penggunaan krim wajah kerana akan menimbulkan kesan sampingan nantinya. Sekiranya nak guna jugak,  pilih dan sesuaikan dengan keperluan kulit sahaja.
  • Siapkan tuala khas untuk muka, sebab bila guna satu tuala dengan tuala badan takutnya tuala tak bersih dari daki, makanya usaha yang anda lakukan sia-sia je.
  • Pengambilan buah-buahan yang segar dan mengandungi banyak nutrisi dan vitamin serta kurangkan pengambilan lemak.
  • Perbanyakkan minum air putih kosong.

Jom kita cuba rawatan kat bawah ni, guna bahan-bahan yang ada di rumah.

  • Merawat kulit menggunakan buah limau yang membantu mengecilkan liang roma, menanggalkan sel kulit mati, memutihkan, dan juga sebagai penyegar.
    Cara menggunakan limau: letak satu sudu teh jus limau nipis pada muka macam topeng wajah yang sering kalian gunakan. Kalian juga boleh membuatnya sebagai toner dengan cara menggosokkan hirisan oren pada kulit. Tunggu beberapa minit hingga mengering, lalu bilas dengan air bersih.
  • Betik juga berkhasiat menanggalkan sel kulit mati.
    Caranya: gosokkan hirisan betik matang pada kulit.Tunggu hingga kering, lalu bilas dengan air bersih. *Nota: bagi yang mempunyai kulit sensitif agar berhati-hati.
  • Kentang pula berguna sebagai pemulih sel kulit yang rosak akibat terbakar. Terutama sangat bagus untuk menghilangkan kantung di bawah mata .
    Caranya: tutup kedua-dua mata dengan hirisan kentang dan biarkan selama 15 minit. Setelah selesai, bersihkan dengan air hangat.
  • Strawberi berkhasiat mengecilkan liang roma dan memberi nutrisi pada kulit kerana kandungan vitamin C-nya.
    Caranya: Tumbuklah beberapa buah strawberi dan gunakan sebagai mask.
  • Cara merawat kulit menggunakan tomato yang berkhasiat mengecilkan liang roma.
    Caranya: gosokkan hirisan tomato pada permukaan kulit secara merata. Tunggu beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih.
  • Tembikai berkhasiat menambah kandungan air pada kulit, menyejukkan, dan mengetatkan tisu tubuh.
    Caranya: gosokkan hirisan tembikai pada kulit. Biarkan beberapa saat hingga kering. Bilas dengan air bersih.
  • Yoghurt berkhasiat menyejukkan kulit.
    Caranya: campur dua sudu makan yogurt dengan satu sudu teh madu untuk menyejukkan kulit. Bilas dengan air bersih.

  • Jadi sebelum anda membeli kosmetik yang berbahan kimia, ada baiknya anda boleh lakukan terlebih dahulu cara rawatan kulit seperti di atas.Cukup simple dan sederhana.

    Resepi Sotong Goreng Telur Masin

    21:49 0 Comments A+ a-

    12 Ramadan 1438

    Pejam celik, tidur baring, dah 12hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, sepanjang 12hari ni, KakCah berjaya masuk dapur dan masak tanpa ke bazar ramadan. Tak macam tahun-tahun yang lepas..hahaha.

    Alah, tak salah pon kalian nak ke bazar ramadan. Time ni laa dah cari dan merasa kuih-muih yang unik, jarang ada waktu lain, kan? KakCah takpergi sebab taklarat. Seharian puasa, menyusukan Hasya lagi, dengan nak layan kerenah dia. Better masak kat umah. Masak pon ringkas je.

    Hari ni menu Sotong Goreng Telur Masin. Semalam KakCah ikut Kaklong ke Pasar Kg.Lampu. Pasar borong di Besut ni. Kalau nak cari ikan, sotong, udang atau apa je lauk fresh, datang laaa ke sini. KakCah jumpa sotong fresh, besar, panjangnya sampai siku. Fuhhhhh!

    Berbalik pada menu berbuka hari ni, KakCah sertakan resepi yang KakCah buat hari ni. Hentam je pon, main campak-campak je. Maaflah, gambar taksempat amek sebab sambil masak, sambil perang dengan anak-anak, sambil kejar masa sebab dah lewat.

    SOTONG GORENG TELUR MASIN

    Bahan-bahan:
    1kg sotong sederhana (6 ekor)
    2biji telur masin
    Tepung goreng bestari/adabi
    2ulas bawang putih
    3biji cili api (KakCah takletak sebab anak-anak taksuka pedas)
    Susu segar/susu cair (agak-agak)
    Daun kari
    1sudu gula
    Butter untuk menumis

    Cara-cara:

    KakCah rendam telur masin dalam air panas je. Biar sampai air sejuk sendiri. Rasa macam takcukup masak, kalian letak je dalam rice cooker masa masak nasik tu.

    Sotong yang dah siap basuh, potong cincin ikut suka kalian, kemudian keringkan. Kenapa nak kena kering? Supaya bila kalian goreng dalam minyak panas nanti, dia tak meletop! Oh ya, KakCah selalu buang kulit merah sotong tu kalau nak goreng.

    Dah kering, masukkan sotong dalam tepung bestari atau tepung adabi, pilihan kalian. Goreng dalam minyak panas, cukup 4-5minit aje. Kemudian toskan minyaknya.

    Siap goreng sotong, telur masin yang dah siap masak tadi, belah dua, keluarkan isinya, tekan dengan garfu sampai hancur.

    Ok, kita buat sos telur masinnya. Masukkan butter untuk menumis bawang putih. Hmmmm, wangi bau butter+bawang putih. Dah wangi masukkan telur masin, daun kari, goreng sampai wangi.

    Kemudian masukkan cili api kalau nak. Dan susu segar/susu cair. Agak-agaklah ye nak banyak mana. Last skali, buh gula. Taknak pon takpe. Dah mendidih kuah sosnya, letaklah sotong goreng tadi.

    Ratakan bagi kena sotong. Dannnnn siap!

    Sambil-sambil masak tu, amalkan zikir dan doa yang baik-baik untuk keluarga kita. Moga-moga penat lelah kita memasak untuk ibu ayah, suami dan anak-anak dibalas syurga oleh Allah S.W.T.

    Selamat Mencuba!

    Inginkan Kulit Cantik? Pilih yang Selamat, Berkesan, Halal dan Semulajadi

    21:54 0 Comments A+ a-

    Ramai di luar sana yang lebih fokus mencari produk untuk kecantikan luaran. Nak nampak puteh, nak kulit yang tegang, nak glowing. Betul kan?

    Tapi pernah tak kita semua ni terfikir untuk jaga kecantikan dalaman. Padahal, kalau kita jaga kecantikan dalaman, itu lebih baik. Sihat dalaman, secara tak langsung akan menyerlahkan kecantikan luaran jugak.


    KakCah nak kongsikan tips menjaga kesihatan dalaman. Moga-moga manfaat buat semua.


    1. Minum banyak air

        Bukan air coke, bukan air kopi, bukan air teh tarik ikat tepi ke tengah ke. Tapi air suam atau air mineral. Kenapa? Minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. 

    Senang kan? 
    Nak cantik? Minum air. 
    Nak kurus? Minum air.
    Nak sihat? Minum air. 

    Air adalah penggalak utama untuk proses segala benda yang masuk dan keluar dari tubuh manusia.

    2. Bersenam
        Sangat baik untuk kesihatan. Elok untuk rohani jugak! Paling mudah, berjalan je keliling rumah pun dikira bersenam. Jangan malas utk bersenam, ok. Satu lagi, lepas bangun tidur, cuba menggeliat dulu untuk melancarkan kembali peredaran darah.

    3. Tidur yang cukup
        Tak usahlah berjaga sampai lewat malam. Tak elok tau. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Bila tak cukup tidur, senang kita kelihatan lebih tua dan mata lebam. Bukan je mata lebam, kulit pon akan bermasalah dan nampak tak bermaya. Makanya tidurlah sekurang-kurangnya 8jam sehari.

    4. Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
        Ada masanya, biarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Dalam seminggu, pastikan ada satu hari kulit kita bebas dari make-up. Buat jadual ikut keselesaan kalian. Kulit juga perlu bernafas! Rajin-rajinlah cuci muka. Kalau kat rumah sendiri tu, tak perlu kut nak sapu itu ini. Cukuplah wajah bersih, barulah kulit sihat tanpa cela. 

    5. Makan yang cukup tapi jangan berlebihan. 
        Jangan sebab nak kurus, kalian rela berlapar pulak tau. Salah tu. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan nutrisi yang diperlukan badan tetapi tengok jugak lah makanan kita tu. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

    Supplement? Sudah tentu sebagai tambahan untuk mengisi lopong-lopong dalam badan kita.

    Antara supplement yang baik untuk kulit adalah:

    1. Vitamin C
    2. Vitamin E
    3. Kolagen
    4. Antioksidan

    Anak Susah Makan Sayur? Ini Dia Tips Untuk Ibu-ibu

    23:14 0 Comments A+ a-

    Ya, KakCah tau. Sebab anak-anak KakCah pon susah nak disuapkan sayur. Kena cincang lumat baru DoubleH ni makan. Dah tentu diorang ambil Vitalea for Children, tapi itu bukan tiket untuk takperlu makan sayur.

    Sayur dan buah-buahan memang termasuk makanan yang sangat penting untuk diambil semua orang. Masalahnya bagi anak-anak, biasanya mereka kurang suka sayuran sebab rasa dan cara penyajiannya kurang menarik.

    KakCah kongsikan tips yang boleh bantu ibu-ibu di luar sana, supaya anak anda suka makan sayur dan buah.
    Anak Makan Sayur

    1. Ajak berlumba
    Jika ada anak jiran ke, kawan ke, adik-beradik atau saudara, maka boleh mengajak anak kalian berlumba untuk makan sayuran.
    Caranya letakkan potongan ubi, buncis rebus, atau sayuran lain di atas piring. Kemudian beri syarat dan berikan hadiah yang sederhana seperti anak patung kesayangan bagi yang menang, bagi yang kalah selalu beri motivasi agar pertandingan berikutnya boleh menang. Cara ini akan buat si anak jadi semangat untuk makan  sayuran.

    2. Jangan memaksa
    Namapon budak-budak, pasti perlukan masa untuk belajar terima benda-benda baru. Maka sabar ajelah jika si anak agak lambat mengunyah sayuran atau mengunyahnya dengan mulut terbuka. Perlu diingat, bahawa makanan juga perlu proses agar menjadi halus sebelum ditelan.

    3. Sajikan masakan secantik dan menarik.
    Contohnya jika anda masak sup, maka cuba potong sayuran seperti ubi menyerupai bunga dan pilih makaroni dengan potongan spiral, kemudian sajikan dengan memakai mangkuk dan senduk dengan gambar kartun kesukaannya. Perlukan kreativiti dan practice. Alah, lama-lama mesti anda pandai!

    4. Buat aneka ragam bentuk buah tangan.
    Sayur juga boleh dan enak dijadikan buah tangan. Misalnya seperti tempura brokoli, kerepek bayam dan sajikan dengan krim keju. Atau buat nasi goreng lalu dihias dengan sayuran seperti ubi, timun , tomato, dan buncis bentuk menyerupai wajah yang sedang tersenyum, dan lain-lain. Lagi mudah, sekarang dah ada pasta mixed vege yang homemade. Boleh pelbagaikan hidangan.

    5. Libatkan anak dalam menyiapkan makanan.
    Ketika anda masak, maka ajaklah anak untuk membantu misalnya memotong dan mengupas sayuran. Bila anak terlibat dalam proses masak memasak ni, boleh bantu pola makan anak menjadi lebih baik. Atau anda boleh biarkan si anak untuk menyajikan makanan dengan cara kreativiti mereka sendiri, sehingga dia suka dan bangga memakan hasil seni mereka.

    Boleh,kan ibu-mak-umi-mama di luar sana? InsyaAllah, kita sama-sama asuh anak-anak kita. Yang penting jangan cepat marah dan banyakkan bersabar dengan kerenah anak-anak ni.

    Loved,
    KakCah
    Ibu DoubleH

    Penawar Bila Batuk Hingga Sakit untuk Menelan dan Sukar Tidur

    23:04 0 Comments A+ a-

    Orang dah pesan; kalau batuk, jangan minum ais. Haaaa, tu laa degil. Hidaplah Cah oiii.

    Ceritanya, KakCah dah lebih sebulan takminum ais sebab batuk. Konon-kononnya dah ok, tak batuk dah. Acah-acahnya semalam, minum jus mangga ais.

    Wahhh, sedapnya minum ais di tengah hari yang panas tu. Setiap hirupan yang membasahi tekak terasa sejuk sekali. Hahaha..

    Eceh, ambik ko, malam tadi takdapat tidur. Terasa ada anak batu kat tengah-tengah tekak ni. Abes dahlaa cerita sejuk-sejuk yang membasahi hari yang panas tu. Dah cerita macam mana nak tidur dengan 'anak batu' tersangkut takleh menelan ni.

    Takleh jadi ni. Terus bangun dari pembaringan. Capai botol OmegaGuard, keluarkan dua biji dan 'Bismillah ar-Rahman ar-Rahim', telan!

    Padan muka sendiri. Dah orang pesan, taknak dengar. Degil lagi.

    Bangun pagi ni, tak dan nak gosok gigi lagi, dah keluar kahak-kahak degil. Sama degil dengan tuan badan. Hahaha.

    Alhamdulillah, Allah membantu. KakCah cuma ikhtiar dengan sumberNya. Omegaguard dari sumber minyak ikan yang baik. Senang je kan petua KakCah ni. KakCah makan, KakCah jual jugak. Kesan baik jangan disorok sorang-sorang.


    Lepas Daftar Ahli Shaklee, Nak Buat Apa Ye?

    01:45 0 Comments A+ a-

    Apa nak buat ye?

    Apa lagi, shopping dengan senang hati sebab dapat enjoy harga ahli!!

    Sebenar-benar-benarnya, bila dah sign up sebagai ahli Shaklee, anda tak semestinya kena jual Shaklee. Ramai yang takut-takut nak join ahli Shaklee ni. Konon-kononnya Shaklee ni kan MLM, jadi dah join kena jual produk Shaklee.

    No! No! No!

    Jangan! KakCah nasihatkan sangat-sangat, tolong jangan jual produk Shaklee hanya kerana anda jadi ahli Shaklee malam tadi atau petang tadi.

    Nak menjual pun kena la jatuh hati dengan produk dulu dan kena ada ilmu pasal produk. Kena tahu tips and tricks business ni jugak. Macammana nak belajar ilmu tentang produk, kena rajin tanya upline dan hadiri kelas2 kesihatan yang Shaklee organized.

    Itu untungnya anda join Shaklee sebagai ahli. Sebab banyak sangat program mereka anjurkan, terpulanglah pada leader dan super upline anda. Macam KakCah, groups' member bagi TITANIUM, STARGAZERPRO & IREACH. Banyak ilmu dan perancangan yang mak serta neni KakCah berikan, termasuklah kelas online/offline untuk blogging, buat poster, copywriting, products dll.

    Di bawah team KakCah sendiri, sentiasa ada kelas online untuk 'anak-anak' akak yang mahu dan minat untuk join business Shaklee ni. Yang penting, HANYA pada mereka yang MINAT. Takminat, akak taknak.

    KakCah taksuka dipaksa dan KakCah taksuka memaksa. Sebab KakCah sendiri pon, mula buat online business Shaklee ni sebab KakCah sendiri yang mahu dan minat. Sebab tu, KakCah taksuka nak paksa-paksa orang.

    Cuma, KakCah akan selalu tanya dan ambil tahu pasal #shakleeeffect customer dan 'anak-anak' team KakCah. Minta mereka kongsi dari hari yang ikhlas, inshaAllah mampu buat orang lain jatuh hati dengan Shaklee.

    Malahan, ada 'anak' KakCah yang walaupun makan sendiri, tapi dapat bonus setiap bulan. Suka sangat bila dapat bonus tu! Dan harapan KakCah semoga bonus mereka berganda2 setiap bulan agar dapat bayar zakat ribu ringgit sebulan. Amin2.

    Jom sertai team KakCah! KakCah tak janjikan bulan dan bintang. Tapi inshaAllah KakCah akan bantu anda yang berminat untuk keluar dari belenggu sekarang. Jangan malu-malu okay!

    Whatsapp 012.984.7704

    Handbag Paling Mahal KakCah Miliki

    20:08 0 Comments A+ a-

    Gempaknya tajuk!!

    Hahaha.

    KakCah tengah cari idea untuk entri hari ni. Hajatnya nak bercerita tentang Gema Gegar Vaganza. Tengah tengok-tengok video GGV yang dah lepas, tiba-tiba datanglah Makhluk Allah paling chomel. Terus depan KakCah, baring kemudian golek-golek buat muka chomey. Menyengih je haaaa..

    Terbang kisah pasal GGV. Kisahkan hal budak chomey ni je laaaa. Haha.

    Alhamdulillah, dah sihat. Makin kuat makan. Seharian mulut tu kejanya mengunyah aje. Kadang dah breakfast dengan telur rebus + susu, tapi lepas tu tunjuk biskut pulak. Nak cicah dengan nutella. Haha. Layan je laa ibu.

    Kadang bukan dia lapar pon, tapi dia suka mengunyah. Yelaa, gigi geraham baru tumbuh ye cayam?!

    Tengahari pulak, KakCah bagi biskut cicah nutella lagi. Sajelah ngoteh2 sambil tunggu nasi masak. Rasa-rasa dah banyak dia makan biskut tu, elok lepas tu hidang nasi ayam + telur rebus, mintak nak makan lagi. Alhamdulillah, itulah perangai anak ibu ni sebelum demam panas hari tu. Pemakan sangat walaupon beratnya tak naik-naik.

    Ibu pon dah kenal pasti punca berat taknaik tu. Nanti kita usahakan bagi jadi lagi sado ye deq.

    Oh ya, tajuk tu pasaipa handbag? Hahaha. Sebabnya Deq ni suka sangat berkepit dengan ibu. Haaa, kiranya ibu ni takpayah pakai handbag dah..kepit "original handbag" ni jelah. Harta sebenar yang paling berharga.

    Ibu love u both, Dedeq 'Aqilah & Kakak Husna.

    Stres ketika Berpantang, Pengalaman KakCah

    21:46 0 Comments A+ a-

    Selalu kita baca, orang pantang ni mood dia swing2 sikit…betul tak? KakCah setuju.

    Sebab KakCah sendiri alaminya. Stress memikirkan macam mana nak jaga anak bila mula masuk kerja lepas habis pantang. Yelah, masa tu bersalin anak sulung, takde pengalaman, suami jauh.

    Papa dan mama sangat-sangat-sangat membantu, bagi moral support, jagakan baby, make sure KakCah tak stres. Astro Oasis memang dipasang setiap masa, supaya KakCah dengar&ikut berzikir. Suami takleh handle dah sebab dia jauh. Asal dengar suara dia je, KakCah nangis. Dia pon stress.

    Selain daripada tu, KakCah continue supplement Shaklee yang dah sedia ambil masa mengandung.

    Antaranya B Complex.

    B Complex terbukti mengurangkan mood swing semasa pantang. Kajian diterbitkan dalam jurnal: The Journal of the Royal College of General Practitioners & Jurnal of Obstetrics and Gynecology.

    Jadi memang sesuailah amalkan B Complex Shaklee ni kerana mengandungi lengkap semua vitamin B termasuk asid folik.
    .
    Antaranya:

    Niacin (B3):membantu menurunkan kadar kolestrol, melepaskan energi dari nutrien-nutrien, mengurangkan stress dan gangguan sendi.

    Asid Pantothanate (B5):membantu sistem saraf dan metabolisma,mengurangkan alergik, migrane dan kelesuan. Penting bagi aktiviti kelenjar adrenal, terutama dalam proses pembentukan hormon.

    Pyridoxine (B6) :membantu dalam penghasilan sel darah merah, mengurangkan risiko hypertensi, asma serta PMS.

    Asid Folik (B9):membantu perkembangan janin ( kekurangan bolih menyebabkan kecacatan janin), pengubatan anemia dan pembentukan hemoglobin.

    Cobalamine (B12):membantu merawat sistem saraf dan pembentukkan sel darah merah.

    Bagus  diamalkan bagi sesiapa yang sering stress bila di tempat keje dengan bebanan kerja yang banyak, ibu-ibu yang berpantang elak meroyan, sesiapa yang lepas lakukan operation dan lain-lain.

    Kenapa Shaklee Tak Perlukan Model atau Iklan Tv.

    21:26 0 Comments A+ a-

    Kalian tau tak? Kebanyakan Shaklee Distributor adalah pengguna tegar supplimen Shaklee sendiri. Kiranya, pada peringkat awal, SID ni adalah pengguna macam kalian juga. Macam mana boleh terjebak ke bisnes Shaklee? 👧

    Salah satu sebabnya bagi KakCah ni adalah rasa cinta pada produk yang KakCah guna. Dan rasa bertanggungjawab nak share pada orang ramai juga. Nak kongsikan manfaat produk Shaklee ni. Kalau tak share, rasa bersalahnya sebab ini produk kesihatan yang bagus untuk kesihatan semua.

    Bila dah rasai sendiri kebaikan produk Shaklee ni, ada pulak bonus yang masuk disebabkan sambutan yang sangat baik. Best kan? Bayanglah, tup tup tengah bulan ada duit masuk akaun. 💲💲💲

    Lagi best dapat tambah ilmu kesihatan, tambah kawan dan macam-macam lagi laa.. 😉

    Nak tau lebih tentang Shaklee? Terus setia dengan aisyahchehusin.blogspot.my ok!

    Love you! 💜

    Kenali Simptom Awal Diabetes atau Kencing Manis; agar Kita Dapat Kawal Dari Awal

    00:05 0 Comments A+ a-

    Cepat penat. Walau hanya berdiri sahaja.

    Kerap buang air. Kadang sampai taklena tido sebab terjaga 2-3pagi nak buang air.

    Kerap dahaga. Dah minum, nak minum lagi.

    Suka minum air kotak/tin.

    Mohon segera ke klinik atau hospital untuk check darah anda. Bertindak awal sebelum terlewat.
    ******************************************

    Kenapa perlu bertindak awal?

    Supaya kita dapat jaga dan kawal badan kita daripada menjadi lebih teruk.

    Lebihan gula yang kita dapat daripada makanan/minuman, akan membentuk zat AGE (Advanced Glycation End). Bila tak bertukar menjadi tenaga, zat ini akan mengganggu sel badan kita.
    *
    Sel Badan Mati

    Setiap hari, ada sel badan kita yang mati. Sama ada mati secara semulajadi atau "kena bunuh". Alamak, ngeri pulak baca ayat KakCah ni sendiri. (Biar lantak.)

    Mati kena bunuh dengan zat-zat jahat tadi tu laa. Bukan mati tikam2 macam dalam drama tu.

    So, sambung cerita.

    Bila dah mati dalam keadaan macam tu, penyempurnaan untuk bentuk sel baru akan terencat. Boleh jadi sel yang berpenyakit.
    Contohnya cancer, diabetes, high blood pressure.

    Sebab ada sel yang mati mengejut. Lebih menakutkan bila melibatkan kurangnya oksigen dalam saluran darah. Boleh jadi kes necrosis plak.

    Fuhhh, macam penyiasat cerita CSI.

    Necrosis adalah satu tahap yang mana oksigen tak sampai dalam darah atau dalam sel badan kita. Kalau pesakit diabetes, kita boleh tengok luka lambat sembuh & last jadi buruk & kena potong.

    Kalau pesakit cancer dan high blood pressure, jadi macam mana plak? Cuba jawab.
    *
    Bagaimana nak Kawal?

    Of course kita boleh kawal. Mula2 kawal pemakanan. Eat clean. Kemudian kerapkan bersenam. Supaya gula jadi tenaga.

    Tapi, kalau simptom dah ada? Ikhtiar dengan pemakanan tambahan a.k.a supplement. Cari supplement yang high antioksidan. Bikin bunuh semua zat2 jahat tadi dan bentuk semula sel badan baru yang lebih baik.

    Supplement high antioksidan? KakCah ada jawapannya!

    KakCah
    012 984 7704

    Radang Sendi, Rawat Sebelum Terlewat

    21:10 0 Comments A+ a-

    Macam kelaziman biasa, bangun jam5pagi. Tapi hari tu, asing sekali. Lain sangat dari kebiasaan. Tiba-tiba tangan yang biasanya gagah, tak mampu nak butangkan baju. Tak upaya nak pulas tombol pintu. Tak daya nak pegang sudu untuk makan.

    ***
    Situasi di atas ni, boleh berlaku akibat keradangan. Salah satunya, radang sendi.
    ***

    Bayangkan selama ini kita boleh melakukan segala-galanya dengan sendiri, dan tiba-tiba kita terpaksa bergantung kepada orang lain. Hanya untuk melakukan perkara yang kita anggap terlalu kecil dan remehtemeh.

    ***
    Keradangan ni, boleh KakCah umpamakan sebagai pembunuh senyap. Dan boleh jadi punca utama kepada masalah2 lain seperti obesiti, diabetes, Serangan Jantung(stroke) dan juga tekanan.

    —————————

    Apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan diri kita & orang yg kita sayang dari mendapat keradangan ini?

    Jaga pemakanan. Kerapkan bersenam. Dan tambahkan menu anti-radang dalam diet harian kita.

    ASID LEMAK OMEGA-3 ada fungsi anti-inflammation atau anti-radang ni. Semua orang tahu terdapat omega-3 ada dalam minyak ikan.

    Dan OMEGAGUARD Shaklee lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yang badan kita perlukan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA.

    Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak jenis ni, yang sangat penting untuk proses metabolisme. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan supplement.

    Wujudkah Monday Blues? Atau Kita Yang Malas?

    20:12 0 Comments A+ a-

    Asal hari Isnin je, lemau.
    Asal hari Isnin je, lesu.
    Asal lemah je, hari Isnin.
    Itu simptom Monday Blues agaknya?

    Amboi, amboi, amboi. Tiba-tiba hari Isnin pulak yang salah ye. Tak baik tau. Hari isnin takde kaitan. Pandai2 jelah sape yang cipta Monday Blues tu.

    Malas, tak semangat, takde motivasi memang SEMUA orang rasai. Setiap hari pon ada. Tak tunggu hari isnin. Hahaha.

    Menurut kajian, sistem badan kita ni berjalan sendiri tetapi sebenarnya ada 'sesuatu' yang menjaga setiap milimiter badan kita. Ia adalah malaikat-malaikat yang menjaga setiap degupan jantung dan aliran darah kita. Solat di awal waktu dan membaca alQuran setiap kali lepas solat boleh membantu otak kita lebih tenang dan berfungsi dengan baik. Sebab tu Rasulullah ada ajarkan kita DOA untuk elak rasa sifat tu.

    Dan jangan lupa, bekalkan otak kita dengan nutrien penting. Makan bukan hanya untuk perut aje tapi juga untuk otak. Selain doa, PEMAKANAN kita juga penting untuk kekalkan diri lebih proaktif. Lebih-lebih lagi, apa yang kita makan berkait rapat dengan NEUROTRANSMITTER dalam otak. Iaitu proses sel berhubung antara satu sama lain.

    1. PROTEIN dapat membina neuron dan neurotransmitter. Asid Amino yang ada dalam ESP dapat jaga Neuron dan saraf kita supaya sentiasa alert.

    2. B Complex, VITAMIN B merupakan elemen asas untuk mengaktifkan enzim dalam tubuh badan manusia yang mana secara tidak langsung ia akan memastikan badan fungsi dengan baik. B Complex juga sudah diketahui umum bagus untuk kesihatan saraf dan bertindak sebagai anti-stress dan boleh menjaga kesihatan neurotransmitter.

    3. Omega Guard terdapat kandungan DHA dan EPA yang bagus untuk meningkatkan fungsi otak dan juga mengurangkan risiko otak mengecut. Otak mengecut? Ye, setiap hari kita stress punca pada otak mengecut ok!

    4. Performance Drink melancarkan lompatan neurotransmitter dari satu sinaps ke sinaps yang lain.

    5. Lecithin mengandungi phosphatidylcholine iaitu prekursor untuk penghasilan salah satu jenis neurotransmitter iaitu acetylcholine.  Ini akan membantu perpindahan neurotrasmitter dengan lebih cekap.

    Doa sudah, pemakanan pun dijaga, jangan lupa BERSUKAN & berada dalam KELOMPOK POSITIF yang sentiasa ingin berjaya.

    Inshaa allah! Semoga menjadi hamba yang berjaya DUNIA AKHIRAT.

    Amin Ya Rabb

    KakCah
    012 984 7704