Misi Membeli Madu Tualang Asli di Baling

20:49 0 Comments A+ a-

Aktiviti hujung minggu kali ni lain dari kebiasaan, pergi taman mainan. Atas permintaan papa, yang inginkan madu tualang membawa kami ke Baling, Kedah. Jauhnya? Taklah, dekat aje dengan rumah kami di Tasek Gelugor ni.

Selepas sarapan di rumah, kami sekeluarga bersiap untuk ke Baling. Alhamdulillah, cuaca hari ni indah sekali. Cerah je langit. Dari Tasek Gelugor, kami ambil lalui pekan Padang Serai dan keluar di simpang Desa Aman.


Kalau dari Tasek Gelugor ni, memang tak jauh pon pekan Baling. Jalan pon tak susah. Terus je menuju jalan yang benar. Hihi.

Sampai di pekan Baling, kami lewat. Pekan sari atau kebiasaan orang panggil pasar tani dah habis, peniaga dah berkemas nak balik. Silap kami jugaklah, keluar agak lambat dari rumah tadi.

Tapi misi mencari madu tualang tetap diteruskan, alang-alang dah sampai. Kalau ikut panduan dari papa, yang dah agak lama jugak tak datang ke Baling, kedai yang dia biasa beli madu tu dekat dengan stesen bas. Dalam kedai kopi, katanya.

Jalan punya jalan, banyak pulak kedai kopi yang tutup. Kalau ada yang bukak pon, takde pulak jual madu.

Oh ya, kenapa KakCah pergi cari madu tualang Baling? Sebenarnya banyak je madu tualang yang orang jual kat pasar malam dan pasar tani di Tasek Gelugor tu, kan. Cuma kata papa, madu tualang dari Baling ni lebih terkenal sebab keasliannya. Tengok ajelah rupa bentuk buminya. Masih dipenuhi hutan yang menghijau, kan? Nak pulak lebah yang hasilkan madu tualang ni, bukannya lebah ternak.

Berbalik pada misi kami tadi, dah pusing merata kat pekan Baling. Memang tak jumpa yang berkenan di hati. Yang jumpa pon, madu tualang 'ternak' dari Pahang. Hmmmm, macam mana tue?

Kami pon singgah solat di Masjid Lama Pekan Baling. Walau pon namanya masjid lama, tapi strukturnya masih lagi elok. Kemas terjaga. 

Suami KakCah ada bertanyakan orang yang tinggal berdekatan masjid. Ada seorang pakcik bagitau, sekarang ni bukan musim lagi. Jadi tak ramai yang cari madu. Kebiasaannya madu banyak waktu musim buah. Sekarang baru nak berbunga, lebah baru nak proses laa kut. Huhu.

Alhasilnya kami pulang dari Baling tanpa madu. Tapi terjumpa pulak Cucuq Jawa yang famous kat pekan Baling. Sampai menunggu orang nak membelinya.

Oklah, daripada pulang dengan tangan kosong. Hahaha. Takpelah, kita tunggu musim buah pulak. Manalah tahu dapat cari buah durian kampung pulak ke?