Bila Dedeq Demam

21:49 0 Comments A+ a-

Hasya 'Aqilah.

Alhamdulillah, lahirnya dia tersangat mudah. Sekejap aje ibu rasa sakitnya. Memang dah lupa bagaimana rasa sakit melahirkan dia.

Hasya 'Aqilah.

Dari lahir sehingga umur setahun. Jarang sangat sakitnya. Selsema batuk sekejap aje. Cukup susu ibu sebagai ubatnya.

Tiba hari ulangtahun pertama kelahiran, si dedeq ibu ni terjun buai. Serpih dah giginya. Tapi sekejap aje dia merengek, kemudian sambung main.

Tiba tigabelas bulan. 
Dia demam. Ibu demah. Demam tak kurang. Ibu kerapkan menyusu. Masih juga sama. Ibu bawak jumpa doktor. 38℃. Terus doktor bagi ubat. Balik umah dah boleh main. Cukup 4jam, hasya 'aqilah terus menggigil. Suhu badan naik mendadak. Badannya sejuk, bibir dan jari biru, mulut terketar-ketar. Allahu. Terus kami ke hospital. Tak tunggu. Sampai hospital 40℃. Tengah malam tu kami jadi penunggu di bahagian kecemasan. Alhamdulillah, suhu turun, doktor bagi balik umah. Elok demam, terus hasya berjalan dengan riang. Demam nak pandai berjalan rupanya.

Hari ni, enambelas bulan.
Dia demam lagi. Suhu sentiasa tinggi. Dah ibu buat home remedies, dah ibu buat natural remedies, dah ibu ambil ubat doktor. Enam hari demam, kami bermalam di wad paediatric. Itu yang terbaik.

Ibu tau ibu adalah distributor untuk vitamin yang baik. Kerana itu ibu takkan ambil mudah soal kesihatan anak-anak ibu. Yang patut ibu berikan vitamin, ibu beri. Yang patut ibu rujuk ke hospital, ibu akan bawa. Kerana nyawa anak ibu tiada galang gantinya.

Ibu sentiasa pegang kata-kata Dr. Forrest C. Shaklee. "Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, kita adalah dalam dua bidang yang berasingan. Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan."

Coretan Ibu Hasya 'Aqilah.

Elok ke Amalkan Supplement Shaklee?

20:43 0 Comments A+ a-

Ramai doktor dan doktor pakar yang tak galakkan pesakit mereka ambil serta amalkan supplement. KakCah pon pernah dinasihatkan oleh doktor supaya tak makan supplement sebarangan waktu mengandung dulu.

Memang statement mereka tu berasas. Sebab memang ada kajian yang menunjukkan tahap kesihatan pengguna supplement menjadi lebih teruk daripada orang yang TAK makan supplement.

Tapi sejak Shaklee berani sertai Landmark Study, ternyata supplement Shaklee ni memang berkesan. Malah tahap kesihatan pengguna supplement Shaklee jauh lebih baik daripada pengguna supplement lain dan juga orang yang tak makan supplement langsung.

Makanya, kenyataan bahawa takperlu atau tak elok makan supplement tu not valid bagi Shaklee. Sebab Shaklee adalah berbeza dan disokong oleh Landmark Study.


Kalian nak pilih yang mana?

Pesan KakCah, jangan ambil sebarangan supplement yang kita tak tahu keberkesanan atau ada risiko untuk jangka masa panjang. Elok niat nak perbaiki kesihatan, takut nanti makin merosakkan badan pulak kan?

Masa Yang Semakin Suntuk

21:49 0 Comments A+ a-


Dua malam menemankan anakanda yang kurang sihat di wad. Dua malam bersama ibu-ibu yang cemas tiap kali suhu badan anak tinggi, muntah tiap kali disuakan ubat, menangis tiap masa. Dua malam yang menginsafkan diri sendiri. Dua malam tu jugak, mengingatkan diri pada insan tersayang yang telah setahun 'pergi'.

Sedar tak sedar, selama 31tahun hidup bersama, diri ni banyak membuatkan dia risau, susah hati, tak lelap tidur malam, tak lalu makan, penat, lelah dan akhirnya dia sendiri jatuh sakit. Tapi dia tetap buat yang terbaik. Sampai masa dia pergi, kenangan yang ditinggalkan sangat dirindui dan diingati setiap masa. AlFatihah mama.

Bagaimanalah agaknya diri ni suatu masa saat bila anak-anak dah dewasa? Saat anak-anak dah ada keluarga masing-masing. Saat mereka pon sibuk dengan urusan mereka sendiri. Saat KakCah tua.

Hari ini, apa yang diri ini mampu adalah doakan mama, jaga papa dan mertua. Ajarkan anak-anak, adab yang baik supaya mereka kenal erti tanggungjawab sebagai khalifah di dunia dan hamba Allah yang patuh.

Selebihnya KakCah ikhtiar menjaga kesihatan sedari awal ni. Agar hari tua nanti, KakCah kekal sihat dari segi mental dan fizikal. InsyaAllah.

So, apakah yang anda lakukan agar mampu hadapi hari-hari tua dengan gembira bersama anak cucu, dan bagaimana mereka perlu bersedia menghadapinya?

Alzheimer; Elak dari Awal agar Usia Tua Lebih Ceria

05:55 0 Comments A+ a-

Penyakit Alzheimer merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit ini bukannya sejenis penyakit berjangkit tetapi ianya adalah  keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Bila seseorang mengalaminya, dia perlu diberikan perhatian yang sebaiknya.

Kebiasaannya, apabila usia semakin meningkat, sel-sel otak banyak yang mati dan tidak akan digantikan lagi.  Sel-sel otak menjadi kurang berhubung antara satu sama lain. Yang dah sedia bersambung pun boleh menjadi semakin lemah dan terputus.

Keadaan akan menjadi lebih sukar untuk pesakit Alzheimer, sebab kadar kematian sel otak akan jadi lebih teruk dalam masa yang lebih cepat.

Tapi sebenarnya, KakCah rasa tak payah tunggu kena Alzheimer, kita yang muda-muda ni pun kadang-kadang menghadapi masalah memori, mengalahkan atok nenek kan?
*****

Pencegahan penyakit Alzheimer

Ada kajian menunjukkan Resveratrol dapat membantu mencegah atau meringankan penyakit Alzheimer. Salah satu ciri penyakit Alzheimer ialah pengumpulan plak di dalam otak. Plak ini terjadi disebabkan oleh "amyloid-beta peptides.”

Satu kajian makmal menunjukkan dengan memasukkan Resveratrol ke dalam sel-sel akan mengurangkan perembesannya dan juga menurunkan jumlah "amyloid-beta peptides" di peringkat sel. Resveratrol ni tak menyekat pengeluaran amyloid-beta, tapi menggalakkan kehancurannya dalam sel-sel.

Penemuan ini menjadikan peranan dan potensi bagi Resveratrol untuk menentang pengumpulan plak amyloid-beta dalam otak para penghidap penyakit Alzheimer.
*****
Dari mana ingin dapatkan Resveratrol?

Dari yang dinamakan Vivix, pemakanan botani hasil gabungan buah anggur Muscadine, lobak ungu, Japanese Knotweed dan buah Elderberry.

Harus diingat bahawa Vivix bukan ubat, dan KakCah bukan pon doktor. Vivix hanya suatu ikhtiar pemakanan untuk memperbaiki tahap kesihatan badan.

KakCah
012 984 7704

Meniti Usia Emas yang Berharga

19:06 0 Comments A+ a-

Kita tidak dapat lari dari lumrah alam. Betulkan? Hari ni kita bertenaga, sihat dan hebat. Dalam usia tua nanti, kita mungkin selalu sakit, lemah dan tidak bermaya.

Ibu dan ayah kita mungkin sedang lalui saat-saat itu sekarang. KakCah ada baca perkongsian Dr. Hamid Arshat, yang KakCah kongsikan buat semua. Moga jadi panduan buat kita.

*****

YA ALLAH JAUHI DAN LINDUNGI AKU DARI PENYAKIT TUA.

Diantara banyak jenis sakit tua ialah nyanyuk, dementia, alzheimer, parkinsonism dan lain2. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas. Otak mengecut dengan meningkat umor dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan. Dalam penyakit alzheimer, Beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah keotak, mengurangkan bekalan darah dan oksijen, kesannya sel2 otak musnah. Kimia2 pemancar signal letrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit2 ketuaan.

Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian2 terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi2 terpenting saperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).
Dalam umor 72 tahun saya sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah2 untuk menjauhi sakit tua.

1. Baca dan hafal quran tingkatan fungsi otak.
Saya amalkan baca quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Walau pun sudah hafal beberapa surah penting, dalam bacaan kali ini saya cuba fahami makna agar dapat menghayati ajaran quran dan mengamalkannya.
Bacaan quran bertajweed dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel2 otak dan meningkatkan transmissi letrik menerusi synapses.
Bacaan berulang2 meningkatkan ingatan dan hafalan dan disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini insyaallah bolih mencegah penyakit nyanyuk.

2. Tenangkan fikiran dan atasi stress.
Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, cortisol yang bolih merosakkan sel2 neuron dan stesyen pemancar letrik, synapses khususnya dikawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan dan memperoses pemikiran.

Saya cuba mengawal stress dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat dimana2 dan bila2 masa bila ada peluang.

 Juga menyedut nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas keluar perlahan2 melalui mulut, ulang selama 5 minit, tidak kira dimana saya duduk.
Saya juga amalkan berkebun disekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit, setakat tanam sayur dan herba. Sambil berpeluh ia juga dapat beri ketenangan kepada saya.
Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stress. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.

3. Terus belajar bidang baru.
Peroses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel2 serta meningkatkan fungsi otak, tidak kira umor dan tidak kira bidang ilmu apa pun. Untuk saya ilmu2 ugama, perubatan dan pengurusan penting saya tingkatkan setiap masa dengan membaca kitab2, buku2 dan internet.

Untuk lebih berkesan lagi pelajari bidang2 baru yang bolih mecabar otak kita saperti bertukang atau carpentering, buat lukisan atau berlajar bermain alat muzik. Jadikan ia sebagai satu hobby untuk memenuhi waktu lapang khususnya bagi mereka yang telah bersara. Malangnya saya tidak punya banyak masa lapang.

4. Terus berkerja dan berkhidmat tanpa bersara.
Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental bolih menyebabkan otak kita cepat mengecut atau atrophy. Alhamdulillah bagi saya yang self employed dan punya ilmu dan kemahiran dalam pembedahan gynecology, jadual masa saya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda saya.
Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk terus beri khidmat kepakaran saya kepada kaum wanita khususnya.

5. Excercise fizikal meningkatkan fungsi otak.
Amalan exercise fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak:
Meningkatkan bekalan oksijen kepada otak; penting bagi sel2 otak untuk cegah serangan angin akhmar.
Mencetuskan pengeluaran BDNF, brain derived neurotrophic factor untuk meningkatkan fungsi otak - kognitif dan pembelajaran.
Tingkat mitochondria dan organelles pembekal tenaga untuk sel2 otak.

Bagi warga emas terbaik jalan kaki selama 30 minit disekitar kawasan perumahan selepas solat subuh.

Saya cuba amalkan yoga untuk merawat sakit tengkuk dan pinggang. Alangkah baiknya jika kita popularkan silat sebagai satu exercise kesihatan dan pentenang minda. Yoga adalah amalan bangsa india dan taichi amalan bangsa cina.

6. Tidur yang cukup, antara 5 hingga 8 jam.
Memang telah jadi amalan saya tidur awal, 10 malam  dan bangkit awal, jam 5 pagi. Dan sebelum zohor saya tidur sebentar atau power nap.
Waktu tidur aktibiti2 otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel2 neuron baru tumbuh dan sambungan2 synapses diperkukuh.
Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak kita lebih aktif. Jika ada masa amalan exercise fizikal 30 minit sebaiknya dilakukan selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.

7. Omega 3 dan DHA.
Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega3  DHA, penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit2 ketuan termasuk alzheimer, menjadikan sel2 otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.
Sumber2 omega3 terbaik adalah dari ikan berminyak saperti salmon, tuna, mackerel, hati, otak dan minyak krill. Sumber2 omega3 dari walnut, badam, avacardo, flexseeds, peanuts juga baik.
Sekarang ini pil2 minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000 mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant, astaxanthine.

8. Minyak kelapa dara (VCO)
Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga.
VCO mengadungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga.
Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat bantu pesakit alzheimer.

9. Vitamin D3.
Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel2 serta fungsi otak. Pesakit2 ketuaan, alzhmeir mengalami kekurangan vitamin D. Wanita2 hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadunkan bersama pil kalsium. Munkin orang malaysia jarang mengalami kekurangan vitamin D kerana bila terdedah kepada cahaya matahari tubuh kita bolih bina vitamin D.

10. Vitamin B12.
Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir.
Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan penyakit alzhmeir.
Sumber2 utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telor. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.

11. Kesihatan perut dan usus.
Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf2 vagus dan cranial nerve ke10.
Untuk menentukan kesihatan usus tentukan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan junk dan processed foods, gula dan karbohaidret. Makan lebih fermented food dan probiotics.

12. Buahan dan herba2.
Terdapat banyak jenis buahan dan herba yang merangsang pertumbuhan sel2 otak, meningkatkan sambungan dan hubungan antara sel2 otak. Buah2 berries, kismis dan keroma dengan kandungan flavonoids - anthocyanins dan flavanol bertindak demikian.
Kimia pemancar letrik otak Ach bolih berkurangan akibat tindakan enjim2 terentu , akibatnya penurunan fungsi otak. Terdapat beberapa herba yang mengadungi inhibitors untuk menghalang tindakan enjim2 tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak, barcopa, ginko baloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain2.

13. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar.
Penyakit2 darah tinggi, kencing manis, kegemokkan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.

14. Rangsang otak.
Disamping pemakanan berkhasiat dan berzat, amalan exercise fizikal, kawal penyakit dan stress, makan vitamin2, supplement dan herba kita perlu merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa dan waktu.

Musik dan lagu khususnya musik2 klassik memang telah diiktiraf sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak disamping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau belajar bermain alat musik setakat untuk kegunaan sendiri.

Interaksi sosial seraya menguatkan silaturrahim melalui perbualan talipon dengan ahli2 keluarga, rakan2 sebaya, anjurkan makan bersama dengan classmates.

Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau cari maklumat dari internet untuk tujuan begini. In satu kaedah rangsangan otak yang baik. Ada kala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.

Ada beberapa permainan yang perlu kegunaan minda saperti crossword puzzle; sudoko, chess dan lain, kesannya merangsang fungsi otak.

Pergi melancung dan melawat negara2 luar dan pelajari sejarah, adat resam dan caragaya hidup bangsa2 asing. Alquran juga menggalakkan kita berjalan untuk pelajari kesan kaum2 yang ingkar.

Bagi saya menulis makalah dalam blog, website dan facebook sangat berkesan yntuk merangsang minda saya. Saya perlu buat research, cari maklumat dan baca serta buat catitan dalam buku nota saya sebelum saya hasilkan satu makalah saperti ini.

Memang telah menjadi tabiat saya untuk buat catitan dalam buku2 nota, dairi dan jernal tentang ilmu pengetahuan baru, peristiwa2 dan pengalaman. Begitu juga dalam hal2 pengurusan kewangan dan pentabiran niaga saya catitkan segala2nya dengan terperinci dalam buku nota. Ini memudahkan perancangan sesuatu projek atau program dimasa hadapan.

Pesanan saya kepada warga emas, harta yang tidak bolih dinilai yang anda punyaii ialah ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran serta hikmah atau wisdom. Jangan bazirkan, gunakan sepenuhnya, lantik diri anda sebagai penasihat atau perunding kepada mana2 pertubuhan sosial atau perniagaan. Jangan terlalu mengira ganjaran kewangan, lebih penting ganjaran dari Allah SWT. Minda anda akan terus akif dan berfungsi dengan baik.

Semoga segala usaha saya diberkati Allah SWT. Amin.


Built To Last; bersama KakCah dan anak-anak

21:30 0 Comments A+ a-

Seronokkan bila baca cerita orang yang dah berjaya ni. Kadang fikir bestnya mereka. Dapat capai impian mereka, yang sama pulak dengan senarai impian kita.

Tapi itu yang kita nampak. Kadang ada kisah yang kita tak tahu. Betapa sukarnya mereka sebelum dapat capai kejayaan tu. KakCah yakin usaha yang mereka pertaruhkan bukan sedikit. Bukan mulanya semalam terus berjaya hari ni. Pasti macam-macam yang mereka terpaksa lalui dan bukan sedikit air mata yang mengalir.

Makanya, jangan putus asa dalam setiap usaha kita. Buat, buat dan buat je. Dan jangan pernah berputus asa. Jatuh, terus bangun dan melangkah lebih 'jayuh', bak kata anak KakCah, Husna. Huhu.

Begitu juga harapan KakCah. Melangkah jauh dengan Shaklee. As built to last. Supaya suatu masa, Husna dan adik2nya akan melihat ibu mereka sebagai supermom mereka. Mampu berjaya walau hanya berada di depan mata mereka.

Untuk 'anak2' shaklee KakCah juga. Sama-sama melangkah untuk kehidupan yang lebih sihat. Agar lebih menghargai waktu sihat sebelum tiba waktu sakit.


Asuh Anak Solehah

07:57 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah, selamat pagi dari Ruang Anggun. Pagi ni, menyedut udara bersih dan nyaman dari kampung di Terengganu pulak. Tapi takleh dok luar lama-lama. Banyak nyamuk. KakCah taktahan dibelai nyamuk. Haha.

Daripada dibelai nyamuk, baiklah membelai Ruang Anggun KakCah ni. Nak bercerita tentang buku kegemaran Husna.



Hadiah dari mak saudara dia, inilah buku yang selalu dikelek. Tapi tuannya belum pandai membaca pon. Kelek je lebih. Hihi. Dan selalunya dia akan minta KakCah yang bacakan. Atau kadang-kadang dia 'membaca' ikut imaginasi dia aje. Haha.

Buku ‘Saya Anak Soleh’ adalah buku yang menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menyentuh tentang akhlak. Isi kandungan buku ini sangat dekat dengan kehidupan seharian anak-anak. Petikan ayat al-Quran dan hadis ni, dapat kita sebagai ibu bapa tonjolkan pada anak-anak, supaya mereka kenal dan faham apa itu perintah Allah.

Buku ni, KakCah bacakan buat Husna. Almaklumlah, si pintar ibu ni masih belum boleh membaca dengan lancar lagi. Kalau bab bercerita, tersangat lancar laa dia.

Di samping nak asuh adab-adab baik dalam diri Husna, membaca bersama dia boleh eratkan lagi hubungan kami. Almaklumlah, sejak ada Dedeq Hasya, tumpuan dah tak sepenuhnya pada Kak Husna.

Kadang ada masa-masa KakCah tak dapat nak tumpu pada Husna. Biar je dia tengok tv sorang. Makanya, si ibu kenalah 'top up' kasih yang tertinggal. Demi anak solehah. InsyaAllah.

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

21:07 0 Comments A+ a-

Pagi-pagi lagi dah dengar suara-suara tu. Kemain lah riuhnya. Tambah pulak hujan, lagilah riuh.
* * * * * * * *

Cuti sekolah kali ini, kami sekeluarga pulang kampung di Karak, Pahang. Jarang-jarang dapat pulang ke sini kecuali waktu cuti yang panjang je. Husna lah paling seronok kalau dapat balik kampung Tok dia.

Aktiviti utama Husna; kejar itik-itik Tok. Suka sangat dia! Tengok itik-itik tu berenang dalam kolam. Ibu Husna pon suka, kadang boleh jadi leka bila tengok itik berenang dalam kolam. Tue lah suara yang riuh pagi-pagi hari.

Tok Husna bela itik ni, asalnya saje2 nak mengisi masa lapang selepas pencen. Tapi sekarang, dah jadi bisnes plak. Jual telor itik. Lumayan tue!!

Walau Husna dan Deq Hasya tak pandai lagi nak kutip telor itik, tapi bila mereka tengok, dari situ mereka belajar macam mana Tok&Aki dia usahakan bisnes itik ni. Dari hobi, terus dapat tambah rezeki.

Siapa kata hobi tak boleh memberi apa2 pulangan? Ini antara contoh hobi yang lumayan. Tapi usahanya kena setimpal jugak laaa oiii!

* * * * * * * * *

Hujan sepanjang pagi, Dedeq tak dapat kejar itik. Jenguk dari jauh je lah.

Meniti Hari Tua dengan Lebih Sihat bersama Vivix

19:57 0 Comments A+ a-

Bila usia makin meningkat ni, fungsi badan dah tak sama macam muda remaja dulu. Kalau selalu batuk tiga hari pastu pulih sendiri. Tapi bila dah tiga minggu batuk, masih nak tunggu baik sendiri ke? KakCah nasihatkan segeralah check dengan doktor. Jangan dibiarkan melarat.

Bukan sel badan je berubah bila usia meningkat, sel otak juga berubah. Dan banyak faktor yang mempengaruhi perubahan tu. Tu yang selalu lupa, takleh nak fokus dan emosi pon tak stabil. Asyik nak marah je ye?


Itu antara tanda-tanda berlakunya neurodegeneration, proses di mana kehilangan yang progresif struktur atau fungsi neuron, termasuk kematian neuron. Kalau dibiarkan boleh menyebabkan dementia atau nyanyuk.

Ok, itu kita kata berlaku pada diri kita. Agak-agaknya kita boleh selami tak apa yang mak atau ayah kita rasa?

Makanya usahlah biar mak ayah kita berasa sunyi dan susah hati. Andai tinggal berjauhan sekali pon, sentiasalah luangkan masa untuk call mereka, sekadar sembang kosong pon takpe. Kalau mak ayah suka berkebun atau bela ayam lembu, support hobi mereka tu. Biar mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti yang mereka suka, asalkan tidak memudaratkan dan memenatkan fizikal mereka.

Selain tu, bekalkan juga supplement yang ada resveratrol. Kenapa resveratrol? Sebab ada kajian telah membuktikan bahawa resveratrol membantu memelihara sel kita.

Vivix membantu? Ya, vivix ada kandungan resveratrol dan polifenol yang tinggi bagi membantu pulihkan sel badan kita.

Ok, KakCah takpaksa pon kalian beli. Kakcah cuma kongsikan ilmu yang KakCah dapat dari kelas Shaklee dan pembacaan. Terpulang pada poket kalian. Eh!

KakCah
012 984 7704