Pengalaman Berpantang KakCah Selepas Bersalin Secara Czer (Set Berpantang Pilihan)

23:40 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Ini entri #tohoksmula yang KakCah nak kongsikan pengalaman berpantang selepas bersalin secara czer atau pembedahan.

Kebetulan kelmarin, adik KakCah kirim gambar ni kat family whatsapp group kami. Gambar yang dah 6tahun usianya. Masa ni KakCah baru lepas abes pantang.

Lain macam betul perasaan bila tengok gambar lama ni. Tapi satu yang terlintas, "pernah kurus rupanya aku ni." Hahaha.

Automatically teringat balik kenangan berpantang anak sulung. Bersalin secara emergency czer sebab baby dah lemas, jantung semakin perlahan. Keluar je wad bersalin PPUKM, KakCah takterus balik rumah tau, berkampung pulak di NICU untuk 3malam. Sakit badan masa tu, takyah ceritalah. Walaupon pihak PPUKM ada sediakan bilik berehat untuk ibu tapi KakCah taksanggup nak tinggalkan baby Husna di dalam NICU sorang-sorang. Tidur la atas kerusi panjang je.

Sepanjang pantang pulak takde istilah berurut atau bertungku atau bersalai atau apa-apa aktiviti yang sepatutnya. Sebab KakCah masa tu takde pengalaman lagi, ilmu pon takseberapa tentang bersalin secara czer, even tukang urut dekat kampung tu pon takberani nak urut sebab dia pon takbanyak tahu pasal bersalin czer ni. Waktu itu lah. Smartphone pon KakCah takde lagi masa tu, guna phone tekan-tekan je. Kalau nak cari info, kena online guna laptop dan streamyx/broadband sahaja.

Oleh kerana takbanyak info pasal emergency czer, apa yang boleh dan takboleh buat, jadi KakCah cuma berpantang melalui pemakanan dan ambil supplements untuk penyembuhan luka dalaman serta bekalkan tenaga sepanjang berpantang. Sangat sangat berterima kasih pada mak shaklee KakCah yang kenalkan KakCah dengan supplements khusus untuk berpantang.

Alhamdulillah, walau tak berurut atau bertungku, sepanjang pantang tu, badan makin sihat dan bertenaga. Malah berat turun 20kg daripada berat sebelum mengandung, bukan berat sebelum bersalin tau. Cuma yang kurang boleh dikawal sebaiknya masa tu adalah emosi berjauhan dengan suami. Hahaha.

Ini pengalaman yang nak KakCah kongsikan pada kawan-kawan blog KakCah #shakleeeffect KakCah. Sebab tu sampai hari ni KakCah masih setia dengan supplements dari Shaklee. Cuma yang taksetia adalah badan yang kurus itu. Huhuhu. Mau nak setia kalau dah hari hari duk pekena ais kacang.

AlFatihah buat arwah Mama yang dah banyak berkorban menjaga diri ini. Moga Allah membalas segala jasa mama dengan syurgaNya.

Oh ya, set postnatal Shaklee ni bukan sahaja pilihan KakCah, ramai selebriti dan artis yang amalkan set berpantang serta set prenatal dari Shaklee. Antaranya:

1. Leuniey, isteri Apex, penjaga gol bola sepak Malaysia

2. Jihan Muse

3. Puteri Sarah Liyana, isteri Shamsul Yusuf

4. Irene Nadia, blogger terkenal

5. Deena Emir

Semuanya berpuashati dengan set postnatal Shaklee yang banyak membantu membekalkan nutrisi semasa mengandung dan selepas bersalin.