Masalah Yang Mungkin Dihadapi Oleh Ibu Berpantang

22:24 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Untuk entri kali ni, KakCah nak bincang tentang "Apakah masalah yang dihadapi ibu selepas bersalin atau semasa pantang?"

Kalau ikut cara orang-orang tua dulu, setiap wanita perlu berpantang dengan baik sebab proses mengandung dan bersalin ni menggunakan banyak tenaga. Tersangat banyak kerana banyak perubahan yang berlaku pada tubuh badan ibu mengandung. Betul kan?

Yelah, daripada zaman anak dara yang kecik bak kerengga, kemudian mengandung badan membesar bak buyung, kemudian bersalin pulak bagai nak putus nyawa. Sebab itu masa berpantang, akan timbul macam-macam masalah pada si ibu. Tersangatlah penting bagi KakCah untuk berpesan terutama pada ibu-ibu muda supaya mulakan penjagaan selepas bersalin dengan segera supaya dapat pulihkan tubuh badan kita. Mulakan pada jam pertama keluar dari labour room sehingga enam minggu pertama bersalin. Ini yang seelok-eloknya.

Kenapa KakCah pesan macam tu? Mau tidaknya adik-adik, saat kita bersalin, kita akan kehilangan darah dan tenaga yang banyak, air ketuban, uri dan haba dari badan baby kita. Semua ni akan membuatkan suhu badan si ibu turun dan tubuh berada dalam keadaan sejuk. Walaupon masalah suhu badan ni sekejap sahaja, tapi penting untuk ibu bersedia dari awal. Persediaan yang bagaimana tu, nanti KakCah terang nanti. Kita fokus pada masalah-masalah yang mungkil timbul selepas bersalin supaya kalian senang faham dan bersedia.

1. Rengat

Rasa tak selesa, sakit dan kejang dalam perut, terutama sewaktu ibu menyusukan baby. Puncanya adalah kerana rahim ibu yang telah mengembang semasa mengandung akan kembali mengecut/mengecil ke saiz yang asal. Sakitnya mungkin berbeza antara individu. Ada yang merasai rengat masa berpantang anak kedua, ada yang langsung tak pernah kena pon. Ada pelbagai cara juga nak melegakan kesakitan akibat rengat ni, antaranya ambillah ubat tahan sakit yang bersesuaian dan tidak menjejaskan penyusuan ibu.

2. Ketidakselesaan pada bahu, pinggang dan belakang.

Dalam sesetengah keadaan, proses bersalin boleh memakan masa yang lama. Waktu ni lah, segala otot-otot badan ibu terpaksa bekerja keras, terutama di bahagian pinggang dan belakang. Selepas tu, ibu kena cari posisi untuk menyusukan baby pulak. Dengan pergerakan yang agak terbatas sebab takut bocor darah nifas, kadang mengganggu posisi badan ibu. Sebab tu, ibu selalu sakit pada bahagian bahu, pinggang dan belakang.

Cara untuk melegakan kesakitan atau ketidakselesaan ibu ni, adalah dengan berurut dalam tempoh berpantang, amalkan mandi air suam, selalulah tuam kawasan yang sakit dengan tungku atau pad pemanas.

3. Kencing tidak lawas, tak selesa pada pundi kencing.

Saluran dan pundi kencing ibu antara organ yang terjejas selepas proses kelahiran. Apa yang berlaku adalah kencing jadi tak lawas. Kenapa boleh jadi macam tu? Puncanya adalah kerana kedudukan rahim yang berganjak dari tempat asalnya.

KakCah syorkan ibu untuk berurut, tuam/bertungku supaya bahagian peranakan akan kembali normal. Kerapkan bergerak. Atau jirus air suam ketika nak buang air kecil.

4. Sembelit

Kebanyakan ibu berpantang akan mengalami masalah untuk membuang air besar. Ini adalah masalah biasa, tetapi jangan dibiarkan melarat. Takut akan memudaratkan ibu. Antara punca sembelit adalah ibu kurang minum air dan kurang makan sayur-sayuran serta buah-buahan semasa berpantang. Kononnya takut termakan sayuran dan buahan yang "sejuk", sedangkan ada banyak sayuran dan buah yang bagus diamalkan semasa berpantang contohnya pegaga dan buah oren. Ada juga yang amalkan jamu atau herba yang bersifat panas, menyebabkan badan mudah terhidrat dan kurang air. Inilah punca ibu mudah kena sembelit.

Apa yang KakCah amalkan dan disyorkan oleh arwah mama dulu adalah pastikan ada sayur dan buah dalam diet harian. Arwah mama sanggup carikan buah oren yang manis (bukan limau tau) di setiap pasar berdekatan rumah untuk KakCah makan sepanjang berpantang. Sayang mama! Doa alFatihah buat rohnya.

Okay, kita sambung lagi. Selain sayur dan buah, ibu berpantang juga boleh amalkan minum susu dan air masak sekurang-kurangnya 6 ke 8 gelas sehari. KakCah suka telan Ostematrix. Senang.