Tips Cuti Bersama Ayah dan Ibu Tersayang

18:47 1 Comments A+ a-

KakCah ambil mood hari ahad yang tenang dan lapang ni, nak kongsikan tips buat kalian. Kalau-kalau ada yang sedang merancang nak bercuti dengan ayah dan ibu, kan.

Masa kita kecik dulu, ayah ibu selalu bawa kita, anak-anak pegi jalan-jalan. Apalah salahnya sekarang, kita pulak luangkan sedikit masa untuk mengembirakan hati mereka pulak. Bawak ayah ibu pergi bercuti. Tak kisah sama ada dekat ataupun jauh, yang penting kita ada bersama. Walaupun tempat yang kita bawa tu, mereka dah pernah bawak kita dulu. Ciptakan memori terindah selagi mereka ada.

Mungkin ada ibu ayah yang tak minat nak pergi bercuti kerana faktor kesihatan mereka. Kita cubalah pujuk dulu.

Ada beberapa tips yang KakCah kongsikan, moga buat ibu dan ayah kita akan okay untuk bercuti.
*********

1. Periksa kesihatan terlebih dahulu sebelum merancang percutian.

Pastikan ibu dan ayah berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan mereka sama ada cukup 'fit' atau sebaliknya. Sekurang-kurangnya, doktor akan beritahu apa yang boleh dan tak boleh dilakukan time bercuti nanti. Sila patuh dengan nasihat doktor ye. Supaya tiada masalah yang berlaku di kemudian hari. Kalau berlaku juga, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia.

2. Berikan supplement secukupnya.

Sebelum bercuti, berikan mereka makanan tambahan. Supaya dapat membantu meningkatkan ketahanan tubuh mereka. Waktu kita kecil dulukan, ibu dan ayah selalu berikan kita vitamin supaya kita cergas dalam kelas. KakCah ingat, zaman nak UPSR dulu, mama selalu bekalkan vitamin pada KakCah. Alhamdulillah, jarang mengantuk atau penat walaupon ada kelas tambahan sampai malam. Sekarang waktu kita pulak. Sekurang-kurangnya berikan mereka OmegaGuard ke.

3. Bawa bekal ubat.

Jangan lupa untuk membawa bekalan ubat walaupun mereka tidak mempunyai penyakit, tetapi kita semua harus bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Ubat-ubat ini perlu dilabel dengan baik agar tidak tersalah ubat jika waktu kecemasan. Bawalah kemana sahaja mereka pergi. Letak di tempat khas yang senang ambil, mudah dilihat dan dibawa. Semua orang perlu tahu di mana bekas ubat ini berada, supaya kalau terjadi apa-apa anda tidak tercari-tercari.

4. Guna kemudahan yang disediakan sebaiknya.

Jangan segan bertanya jika memerlukan kerusi roda. Jika ada, senanglah kita gunakan untuk bawa mereka berjalan-jalan di tempat yang dikunjungi. Ini boleh mengelakkan mereka mendapat sakit di anggota badan jika terlalu banyak tempat yang ingin dituju. Yang penting, anda akan rasai sendiri betapa berharganya masa bersama mereka.

5. Jaga pemakanan.

Pastikan makanan yang diambil bersesuaian dengan ibu ayah. Bagi mereka yang berpenyakit seperti kencing manis atau gout, tentulah kena pantang makanan. Jika teringin sangat, bolehlah diambil di dalam kuantiti yang sedikit. Paling mudah, kita pon  ikut pantang makan bersama. Apa salahnya sesekali makan makanan sihat, lagi bagus. Nak lagi bagus, berikan mereka amal Vivix. Hehe.

6. Minum banyak air putih.

Memperbanyak minum air putih, penyakit atau mudah letih tidak akan mudah menyerang sebaliknya tubuh sentiasa bertenaga dan segar. Barulah bertenaga anda nak menjejak ke tempat-tempat yang ingin dikunjungi. Jadi, sentiasa bawa bekal air putih bersama. Kalau dah habis, boleh lah refill.

7. Bawa pakaian yang sesuai.

Pakaian yang dibawa mestilah sesuai dengan cuaca tempat yang anda pergi. Jika cuaca sejuk bawalah pakaian yang sesuai secukupnya. Badan mereka tidak tahan lasak, pakaian yang sesuai dan selesa sangat-sangat penting bagi menjamin keselesaan mereka semasa percutian. Jadi, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu barangan apa yang sesuai untuk dibawa bersama.
**********

Kenangan KakCah bercuti dengan papa dan arwah mama, yang paling tak dapat dilupakan adalah sama-sama menunaikan umrah. Lepas tu, beramai-ramai rombongan Cik Kiah ke Langkawi sebab ada kenduri. Hihi. Rindu semua itu.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat untuk anda. Selagi ada ibu ayah, bawalah mereka bercuti. Memang betul jasa mereka tidak akan terbalas tetapi selagi anda mampu untuk membuatkan mereka gembira, pergilah. Luangkan masa bersama ibu ayah.

#alfatihahbuatmamatersayang
#rindudarijauhdoatetapdalamhati

Menyewa atau Memiliki Rumah Sendiri, Mana Lebih Menguntungkan?

23:05 0 Comments A+ a-

Mesti ramai akan jawab, beli dan memiliki rumah sendirilah lebih menguntungkan. Betul tak?

Chopppp. Fikir dulu sedalam-dalamnya.

Kenapa KakCah?
Betul laa kan, beli rumah sendiri lagi untung? 

Meh, KakCah nak kongsikan pendapat yang KakCah pernah baca dan faham. Tapi ini sekadar pandangan peribadi KakCah aje. Apa-apa pon keputusan muktamad bergantung pada kalian sendiri.

Ye, betul dan sangat menguntungkan sekiranya itulah rumah idaman kita dan kita memang akan tinggal di situ sepanjang hayat kita di dunia. Haaaaa. Tapi, minat manusia ni selalu berubah. Masa depan kita juga mungkin berubah. Kan? Kan? Jangan gopoh.

Kaji dulu kewangan kita, dan kerjaya kita pada hari ini. Kalau dah kukuh, dipersilakan untuk membeli rumah sendiri. Jika tidak, sewa sahaja rumah yang jauh lebih murah, dan mulakan pelaburan supaya kita mampu sekurang-kurangnya menyediakan separuh daripada bayaran untuk rumah idaman kita.

Ada antara pengalaman yang biasa KakCah dengar dari kawan, yang beli rumah idaman ketika usia akhir 20-an atau awal 30-an. Kemudian terpaksa pindah balik ke rumah mertua dan sewakan rumah idaman mereka untuk bayar ansuran bank. Antara sebab kenapa mereka nak sewakan rumah tu adalah kerana komitmen kewangan terlalu tinggi. Sayangnya, kan?

Ada yang dah beli rumah sendiri, tiba-tiba dihantar untuk bertugas di luar daerah atau negeri. Terpaksa sewa rumah lain. Dan rumah sendiri terpaksa disewakan dengan kadar 60% sahaja dari harga bayaran kepada bank sebab nilai sewa kawasan tersebut jauh lebih murah daripada kos bayaran beli. Tak pasal-pasal terpaksa menanggung dua buah rumah.

Maka, personally bagi KakCah, jangan gopoh. Fikir sedalam-dalamnya. Bertindak ikut kemampuan.

Ini pendapat KakCah. Anda mungkin lebih bijak.


Rumah sendiri ke?
Rumah sewa ke?


#liveamazing
#amazing10
#tsunamishaklee

Babywearing Journey; Indah, Seronok dan Mudah!

15:03 0 Comments A+ a-

Sejenis throwback.

Sudah 3 tahun usia gambar ni. Lama betul dah. Terasa hangat macam baru semalam kendong dia di belakang sambil masak bubur dan puri untuk bekal dia. 

Hari ni, budak yang dikendong tu pon dah berjalan dan berlari ke sekolah. Tak daya dah ibu dia nak kendong. Berat dah wehhh! Kalau 4 tahun yang lepas, jadi anak 'kangaroo' laa dia dalam carrier tu.

Paling takboleh lupa, masa dia baru-baru pandai melangkah dan berjalan. Pantang dia nampak ibu pakai carrier tu, dia dah lari dulu. Husna paling taksuka dikendong. Rimas agaknya. Maklumlah dah 'dapat' kaki. Tapi terpaksalah kendong jugak.

Dari umur Husna 4bulan sehinggalah ibu dia berhenti keja, usia dia 13bulan, tiap-tiap hari ulang alik dari rumah, kat tingkat 4 ke parking kereta, ibu dia kendong pakai carrier. Sangat-sangat-sangat membantu masa tu. Sebab ibu Husna jaga dia sorang. Ayah Husna jauh kat Sarawak.


Usia SSC Husna ni dah hampir 5tahun. Sekarang guna untuk Hasya pulak! Jom Dedek, ayah pulak kendong sekarang. We 💜 Babywearing. #snuggbabylover

Rambut Kembali Hitam Dan Tak Gugur Lagi Dengan Vivix!

15:57 0 Comments A+ a-

"Kenapalah gatal sangat kepala ni?! Rasa-rasanya dah syampoo pagi tadi.""Banyaknya rambut gugur kat sikat ni! Dah macam baru lepas buat kemoterapi. Aku ada cancer ke???" 

Panikkan bila tiba-tiba kita tengok rambut banyak macam tu pada sikat. KakCah sokmo rasa macam tu tiap kali sikat rambut. Ngeri jugak kadang-kadang. Bukan itu je, kulit kepala sokmo gatal.

Waktu sambung diploma dulu, roommates sokmo tegur rambut merah dan kadang-kadang macam uban pon ye jugak. Alamak, baru 19tahun kut time tu. Nebes je. Maybe sebab hari-hari stres mengadap buku, kononnya. Hihi. Itu cerita masa diploma.

Masa mengandungkan dan selepas bersalinkan anak yang sulung, memang ketara sangat rambut gugur. Apa yang KakCah buat? KakCah amalkan Ostematrik dan ESP Shaklee. Memang ESPcially untuk bekalkan dan tambah protein yang kita perlukan. Rambut dah makin kurang gugur, dan gatal-gatal sebab rambut kusam pon dah hilang. Bonus, susu untuk baby pon bertambah! Yippie!!

Ingatkan KakCah je yang enjoy semua tu dengan supplement Shaklee. Rupa-rupanya ramai lagi tau. Seronok diorang ni.


"Husband makan Vivix, kurang dah gugur rambut dia. Satu lagi yang memeranjatkan, uban dia bertukar hitam."
Wah, teruja pulak KakCah rasa. Satu sudu aje suap Vivix setiap hari, tapi manfaatnya berganda-ganda. KakCah punyalah telan Ostematrix dan kena shake3 ESP.

 "Selepas 2 botol vivix, kulit wajah nampak moist dan halus je. Rambut pon dah kurang gugur."

Seronoknya Puan Fazira Aziz!! Bukan aje rambut sihat, wajah pon berseri-seri. Mesti nampak awet muda belia.

"Doktor terkejut, katanya Ayah tak macam umur 57 tahun pun."
Happy giler bila ayah cerita kat kita macam tu, kan? Kita hadiahkan dia Vivix supaya dapat bantu kekalkan stamina dan tenaga di usia emas dia. Tau-tau ada orang puji nampak muda pulak. Berbunga-bunga hati ayah. Hati si anak pon tenang bila ayah lebih sihat.

Nak dapatkan Vivix, ESP, Ostematrix atau supplement Shaklee yang lain? Jom dapatkan Vivix atau Ostematrix dengan harga promo istemewa. Whatsapp KakCah 012-9847704 untuk pembelian segera.

Vivix®, Rahsia Alam Semulajadi

19:48 0 Comments A+ a-

Vivix®, satu penemuan Shaklee yang memberi impak hebat kepada mereka yang mementingkan mutu kesihatan. KakCah gelarkannya Permata Merah. Sesuai sangatlah dengan si Vivix® yang berwarna merah pekat umpama sirap ni. Ada juga mereka yang dah amalkan Vivix®, gelarkannya Tonik Ajaib.

Apa itu Vivix®?

Vivix® Botanical Beverage Mix adalah campuran ramuan botani yang tersendiri dari Shaklee. Serba asli tau sebab dihasilkan dari sumber yang tulen dan terbaik. Mengandungi empat bahan utama yang aktif dan kaya dengan polifenol, iaitu Muscadine Grape, Purple Carrot, European Elderberry dan Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed). Ramuan Vivix juga ada resveratrol yang 10X lebih kuat daripada minuman yang sama jenis sepertinya.

Satu sudu sahaja setiap hari sudah cukup untuk jaga kesihatan dalaman kita.


Jom berkenalan pulak dengan bahan-bahan Vivix.

1. Muscadine Grape

Saiz sebiji Anggur Muscadine ni sama seperti bola golf tau.
Harga sebiji aje boleh mencecah RM100++


  • Dari apa yang KakCah baca, ini adalah satu-satunya anggur yang mempunyai lebih daripada satu kromosom. Maknanya, kandungan polyphenolnya lebih kukuh dan sangat berpotensi pada kesihatan.
  • Kajian juga menunjukkan anggur ini mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria. 
Bergabung pula dengan bahan kedua, iaitu:

2. Purple Carrot
Warna asal lobak adalah ungu dan kuning.
Merupakan tumbuhan liar yang tumbuh di Afghanistan sejak 5000 tahun lalu.

  • Ianya adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi phytokimia yang sangat baik untuk kesihatan kita.
  • Lobak ungu ini juga, mengandungi anthocyanins dan asid klorogenik, iaitu antioksidan yang dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Berdasarkan kajian mendapati bahawa si cantik ungu ini memberikan kesan pada saluran darah, platelet darah dan lipoprotin yang boleh mengurangkan risiko sakit jantung.
Ada lagi ramuan hebat Vivix ni tau

3. Elderberry
Dipanggil juga sebagai BlackBerry. buah yang mampu mengubati simptom flu.

  • Mengandungi flavanoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat. KakCah percaya dengan yang demikian, ia membantu mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.
  • Elderberry ni jugak kaya dengan anthocyanin, yang memberi kesan anti-radang, yang mampu mengurangkan rasa sakit sendi atau otot atau demam akibat jangkitan selsema atau influenza.
  • Si hitam manis ni juga mempunyai khasiat yang dapat mengurangkan stres, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.
Wahhh, makin teruja pula KakCah, bila baca kajian dan maklumat tentang Permata Merah, si Vivix ni. Bahan ke empat:

4. Polygonum Cuspidatum
Sejenis pokok peribumi di Asia, Amerika Utara dan Eropah

  • Ekstrak daripada tumbuhan ini mengandungi sumber resveratrol yang terdapat dalam ekstrak kulit dan biji anggur. Bertambah-tambah jumlah resveratrol dalam Vivix, kan?
  • Mempunyai banyak manfaat kesihatan dan dirumuskan khas untuk supplemen anti-penuaan yang banyak digunakan oleh perubatan traditional Cina.
Menurut kajian, angka kematian akibat penyakit di kalangan orang Perancis adalah lebih rendah berikutan tabiat mereka yang gemar minum wain merah. Mereka ni minum wain merah bagi tujuan mendapatkan sumber resveratrol, tapi dalam wain ada alkohol yang boleh bagi kesan yang memudaratkan pada kesihatan jika diambil secara berlebihan. 

Maka, alternatif bagi kita sebagai orang Islam yang menitikberatkan soal halal dalam pemakanan ialah Vivix dari Shaklee yang dah diperakui halal.

Bagaimana Vivix Membantu Kita?

1. Membaiki sel DNA

Dari apa yang KakCah belajar dari kelas yang disediakan oleh team mak shakle, setiap hari, sel yang ada dalam tubuh kita akan rosak akibat pelbagai faktor. Antaranya adalah serangan bakteria, kuman dan virus yang ada dalam persekitaran kita. Daripada udara, asap, air, makanan yang terdedah dan macam-macam lagi. Semua tu adalah mustahil untuk kita kawal sendirian, betul tak? 

Gabungan Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA, terutama telemores kita.


2. Pengawalan Genetik

Begitu jugak daripada faktor kawalan genetik. Pada peringkat tertentu, tubuh kita sukar untuk mengawal perubahan genetik, yang merupakan salah satu faktor terjejasnya kelangsungan umur.

Ramuan Vivix dapat mengaktifkan pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular. Ini sangat memberi impak positif kepada badan kita.

3. Menggalakkan Biogenesis

Ingat lagi tak pada entri KakCah yang sebelum ni. Ayah selalu mengadu cepat penat. Itu adalah disebabkan pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel. Badan kita sangat memerlukan kilang tenaga (mitochondria). Andai kilang ini terjejas, fungsi sel kita juga turut terjejas.

Vivix dan empat bahan utamanya, dapat menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) untuk meningkatkan fungsi kilang tenaga dalam sel badan kita.

4. Melambatkan Pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products)

Tubuh kita mempunyai protin AGE, iaitu bendasing yang terhasil daripada lebihan gula dan protin. Sekiranya protin ini berlebihan, ia akan mengganggu sel badan kita.

Kandungan 10x resveratrol yang terdapat dalam anggur muscadine dapat membantu melambatkan pembentukan protin AGE.

Vivix juga menolong menjaga dan memelihara:

Kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi, memberikan pelindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap yang menyeluruh untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh kita.


Perbezaan Vivix


Shaklee mengguna pakai cara yang eksklusif, demi menjaga ketulenan dan kebaikan ramuan-ramuannya. Malah menurut kajian Landmark, ketulenan resveratrol dalam Vivix adalah yang paling tulen dalam pasaran.


Vivix Mahal?

Ramai yang hantar mesej dan whatsapp pada KakCah bertanyakan harga vivix ni. Bila dah tahu, mereka kata "Mahal." dan terus diam. Sayangnya alahai.

Bukan apa, sebijik anggur muscadine yang sebesar bola golf tu, dianggarkan RM100. Tu baru sebijik. Agak-agaknya, sebotol Vivix, 150ml ada berapa biji anggur muscadine? Bukan itu aje, dengan lobak ungu yang jarang sangat-sangat nak jumpa kat Malaysia, apatah lagi Japanese Knotweed dan Elderberry tu. KakCah tak rasa mahal pada harganya, padahal khasiatnya lagi mahal.

Satu sudu sahaja sudah memadai untuk kesihatan yang menyeluruh.

Tengoklah kos ini pulak:

Anda rasa? Fikir-fikirkan. Jangan tunggu sehingga keadaan kesihatan menjadi parah dan kronik.

Untuk dapatkan Vivix segera, hubungi KakCah:

Shaklee Independent Distributor Aisyah Che Husin (889836)
FB : Aisyah Che Husin
Phone : 012 984 7704
Email : aisyahchehusin@yahoo.com
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia

Vivix, Hadiah Untuk Ayah Kekal Sihat!

03:34 0 Comments A+ a-

Semalam call ayah di kampung. Alhamdulillah, ayah sihat. Tapi ayah bagitau, badan cepat penat. Selalu ayah turun berkebun dari jam 8.00pagi hingga jam 11.00pagi. Lepas tu baru ayah naik rehat. Tapi semalam, ayah bagitau belum jam 10.00pagi pon, dia dah mula rasa penat.

Runsingnya hati. Dah laa ayah tinggal seorang diri. Anak, masing-masing dah berkeluarga. Nak harapkan si bongsu, dia pon masih belajar di universiti. Macam mana ye nak bantu ayah dari jauh ni? Bantu supaya ayah kekal cergas seperti selalu. Bantu ayah kekal bertenaga untuk berkebun. Supaya dia sentiasa sibuk dengan rutin harian dia. Supaya dia tidak sunyi bila hanya duduk tanpa buat sebarang aktiviti yang dia suka.

Memang sejak dulu, ayah memang kuat bekerja. Jarang tengok dia duduk sahaja. Seharian kerja, travel dari satu negeri ke satu negeri lain. Kadang berulang dari Perak ke Kelantan. Sudah tentu apabila dia semakin berumur, "kilang penjana tenaga" dalam badan dia semakin merosot. 

Akibatnya, tenaga sel semakin lemah dan metabolisma pun turut menurun. Lebih-lebih lagi setiap hari sel-sel tubuh tua itu sering terdedah kepada cuaca yang tak menentu, habuk dan debu yang merosakkan DNA sel. Memanglah tubuh dia akan menghasilkan antioksidan sebagai mekanisme pertahanan daripada serangan radikal-radikal bebas ini. Malangnya, sel-sel tubuh yang terjejas tadi menyebabkan tubuh tidak mampu untuk menghasilkan antioksidan secukupnya bagi melawan serangan radikal perosak sel tersebut.





Untunglah terjumpa testimoni Vivix Shaklee.

Suplemen atau makanan tambahan berasaskan tumbuhan organik yang sangat popular. Ramai yang dah cuba Vivix. Dan mereka memang puas hati dengan kesan baik Vivix.

Vivix ni, bukan setakat popular tetapi adalah produk paling best sekali di antara produk-produk Shaklee yang lain. Golongan lelaki macam ayah paling suka Vivix ni. Sebab sangat mudah nak amalkannya. Hanya 1 sudu teh sehari dah mencukupi. Sangat simple dan mudah untuk ayah dan mereka yang seangkatan dengannya. Tak perlu nak bancuh sampai secawan atau segelas. Tak perlu nak telan sampai 5-6 biji pil sehari. Rasanya memang sedap sebab kandungan Vivix ni adalah dari anggur. Anggur muscadine yang sangat berkhasiat digunakan sebagai salah satu daripada bahan utama Vivix.



Ramai yang tak tahu bahawa Vivix, adalah suplemen yang terbaik untuk dihadiahkan buat Ibu atau Ayah kita. Cubalah hadiahkan sebotol Vivix dulu. KakCah jamin bila dah amalkan selalu pasti jatuh hati dan rasa nak repeat sebotol lagi. 1 botol Vivix nie insyaAllah tahan 2 bulan. Tapi kalau hadiahkan pada mertua sekali pun apa salahnya. Insyaallah mertua mesti bertambah sayang ;) 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Hubungi 012.984.7704 untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee.