Anak Susah Makan Sayur? Ini Dia Tips Untuk Ibu-ibu

23:14 0 Comments A+ a-

Ya, KakCah tau. Sebab anak-anak KakCah pon susah nak disuapkan sayur. Kena cincang lumat baru DoubleH ni makan. Dah tentu diorang ambil Vitalea for Children, tapi itu bukan tiket untuk takperlu makan sayur.

Sayur dan buah-buahan memang termasuk makanan yang sangat penting untuk diambil semua orang. Masalahnya bagi anak-anak, biasanya mereka kurang suka sayuran sebab rasa dan cara penyajiannya kurang menarik.

KakCah kongsikan tips yang boleh bantu ibu-ibu di luar sana, supaya anak anda suka makan sayur dan buah.
Anak Makan Sayur

1. Ajak berlumba
Jika ada anak jiran ke, kawan ke, adik-beradik atau saudara, maka boleh mengajak anak kalian berlumba untuk makan sayuran.
Caranya letakkan potongan ubi, buncis rebus, atau sayuran lain di atas piring. Kemudian beri syarat dan berikan hadiah yang sederhana seperti anak patung kesayangan bagi yang menang, bagi yang kalah selalu beri motivasi agar pertandingan berikutnya boleh menang. Cara ini akan buat si anak jadi semangat untuk makan  sayuran.

2. Jangan memaksa
Namapon budak-budak, pasti perlukan masa untuk belajar terima benda-benda baru. Maka sabar ajelah jika si anak agak lambat mengunyah sayuran atau mengunyahnya dengan mulut terbuka. Perlu diingat, bahawa makanan juga perlu proses agar menjadi halus sebelum ditelan.

3. Sajikan masakan secantik dan menarik.
Contohnya jika anda masak sup, maka cuba potong sayuran seperti ubi menyerupai bunga dan pilih makaroni dengan potongan spiral, kemudian sajikan dengan memakai mangkuk dan senduk dengan gambar kartun kesukaannya. Perlukan kreativiti dan practice. Alah, lama-lama mesti anda pandai!

4. Buat aneka ragam bentuk buah tangan.
Sayur juga boleh dan enak dijadikan buah tangan. Misalnya seperti tempura brokoli, kerepek bayam dan sajikan dengan krim keju. Atau buat nasi goreng lalu dihias dengan sayuran seperti ubi, timun , tomato, dan buncis bentuk menyerupai wajah yang sedang tersenyum, dan lain-lain. Lagi mudah, sekarang dah ada pasta mixed vege yang homemade. Boleh pelbagaikan hidangan.

5. Libatkan anak dalam menyiapkan makanan.
Ketika anda masak, maka ajaklah anak untuk membantu misalnya memotong dan mengupas sayuran. Bila anak terlibat dalam proses masak memasak ni, boleh bantu pola makan anak menjadi lebih baik. Atau anda boleh biarkan si anak untuk menyajikan makanan dengan cara kreativiti mereka sendiri, sehingga dia suka dan bangga memakan hasil seni mereka.

Boleh,kan ibu-mak-umi-mama di luar sana? InsyaAllah, kita sama-sama asuh anak-anak kita. Yang penting jangan cepat marah dan banyakkan bersabar dengan kerenah anak-anak ni.

Loved,
KakCah
Ibu DoubleH

Penawar Bila Batuk Hingga Sakit untuk Menelan dan Sukar Tidur

23:04 0 Comments A+ a-

Orang dah pesan; kalau batuk, jangan minum ais. Haaaa, tu laa degil. Hidaplah Cah oiii.

Ceritanya, KakCah dah lebih sebulan takminum ais sebab batuk. Konon-kononnya dah ok, tak batuk dah. Acah-acahnya semalam, minum jus mangga ais.

Wahhh, sedapnya minum ais di tengah hari yang panas tu. Setiap hirupan yang membasahi tekak terasa sejuk sekali. Hahaha..

Eceh, ambik ko, malam tadi takdapat tidur. Terasa ada anak batu kat tengah-tengah tekak ni. Abes dahlaa cerita sejuk-sejuk yang membasahi hari yang panas tu. Dah cerita macam mana nak tidur dengan 'anak batu' tersangkut takleh menelan ni.

Takleh jadi ni. Terus bangun dari pembaringan. Capai botol OmegaGuard, keluarkan dua biji dan 'Bismillah ar-Rahman ar-Rahim', telan!

Padan muka sendiri. Dah orang pesan, taknak dengar. Degil lagi.

Bangun pagi ni, tak dan nak gosok gigi lagi, dah keluar kahak-kahak degil. Sama degil dengan tuan badan. Hahaha.

Alhamdulillah, Allah membantu. KakCah cuma ikhtiar dengan sumberNya. Omegaguard dari sumber minyak ikan yang baik. Senang je kan petua KakCah ni. KakCah makan, KakCah jual jugak. Kesan baik jangan disorok sorang-sorang.


Lepas Daftar Ahli Shaklee, Nak Buat Apa Ye?

01:45 0 Comments A+ a-

Apa nak buat ye?

Apa lagi, shopping dengan senang hati sebab dapat enjoy harga ahli!!

Sebenar-benar-benarnya, bila dah sign up sebagai ahli Shaklee, anda tak semestinya kena jual Shaklee. Ramai yang takut-takut nak join ahli Shaklee ni. Konon-kononnya Shaklee ni kan MLM, jadi dah join kena jual produk Shaklee.

No! No! No!

Jangan! KakCah nasihatkan sangat-sangat, tolong jangan jual produk Shaklee hanya kerana anda jadi ahli Shaklee malam tadi atau petang tadi.

Nak menjual pun kena la jatuh hati dengan produk dulu dan kena ada ilmu pasal produk. Kena tahu tips and tricks business ni jugak. Macammana nak belajar ilmu tentang produk, kena rajin tanya upline dan hadiri kelas2 kesihatan yang Shaklee organized.

Itu untungnya anda join Shaklee sebagai ahli. Sebab banyak sangat program mereka anjurkan, terpulanglah pada leader dan super upline anda. Macam KakCah, groups' member bagi TITANIUM, STARGAZERPRO & IREACH. Banyak ilmu dan perancangan yang mak serta neni KakCah berikan, termasuklah kelas online/offline untuk blogging, buat poster, copywriting, products dll.

Di bawah team KakCah sendiri, sentiasa ada kelas online untuk 'anak-anak' akak yang mahu dan minat untuk join business Shaklee ni. Yang penting, HANYA pada mereka yang MINAT. Takminat, akak taknak.

KakCah taksuka dipaksa dan KakCah taksuka memaksa. Sebab KakCah sendiri pon, mula buat online business Shaklee ni sebab KakCah sendiri yang mahu dan minat. Sebab tu, KakCah taksuka nak paksa-paksa orang.

Cuma, KakCah akan selalu tanya dan ambil tahu pasal #shakleeeffect customer dan 'anak-anak' team KakCah. Minta mereka kongsi dari hari yang ikhlas, inshaAllah mampu buat orang lain jatuh hati dengan Shaklee.

Malahan, ada 'anak' KakCah yang walaupun makan sendiri, tapi dapat bonus setiap bulan. Suka sangat bila dapat bonus tu! Dan harapan KakCah semoga bonus mereka berganda2 setiap bulan agar dapat bayar zakat ribu ringgit sebulan. Amin2.

Jom sertai team KakCah! KakCah tak janjikan bulan dan bintang. Tapi inshaAllah KakCah akan bantu anda yang berminat untuk keluar dari belenggu sekarang. Jangan malu-malu okay!

Whatsapp 012.984.7704

Handbag Paling Mahal KakCah Miliki

20:08 0 Comments A+ a-

Gempaknya tajuk!!

Hahaha.

KakCah tengah cari idea untuk entri hari ni. Hajatnya nak bercerita tentang Gema Gegar Vaganza. Tengah tengok-tengok video GGV yang dah lepas, tiba-tiba datanglah Makhluk Allah paling chomel. Terus depan KakCah, baring kemudian golek-golek buat muka chomey. Menyengih je haaaa..

Terbang kisah pasal GGV. Kisahkan hal budak chomey ni je laaaa. Haha.

Alhamdulillah, dah sihat. Makin kuat makan. Seharian mulut tu kejanya mengunyah aje. Kadang dah breakfast dengan telur rebus + susu, tapi lepas tu tunjuk biskut pulak. Nak cicah dengan nutella. Haha. Layan je laa ibu.

Kadang bukan dia lapar pon, tapi dia suka mengunyah. Yelaa, gigi geraham baru tumbuh ye cayam?!

Tengahari pulak, KakCah bagi biskut cicah nutella lagi. Sajelah ngoteh2 sambil tunggu nasi masak. Rasa-rasa dah banyak dia makan biskut tu, elok lepas tu hidang nasi ayam + telur rebus, mintak nak makan lagi. Alhamdulillah, itulah perangai anak ibu ni sebelum demam panas hari tu. Pemakan sangat walaupon beratnya tak naik-naik.

Ibu pon dah kenal pasti punca berat taknaik tu. Nanti kita usahakan bagi jadi lagi sado ye deq.

Oh ya, tajuk tu pasaipa handbag? Hahaha. Sebabnya Deq ni suka sangat berkepit dengan ibu. Haaa, kiranya ibu ni takpayah pakai handbag dah..kepit "original handbag" ni jelah. Harta sebenar yang paling berharga.

Ibu love u both, Dedeq 'Aqilah & Kakak Husna.

Stres ketika Berpantang, Pengalaman KakCah

21:46 0 Comments A+ a-

Selalu kita baca, orang pantang ni mood dia swing2 sikit…betul tak? KakCah setuju.

Sebab KakCah sendiri alaminya. Stress memikirkan macam mana nak jaga anak bila mula masuk kerja lepas habis pantang. Yelah, masa tu bersalin anak sulung, takde pengalaman, suami jauh.

Papa dan mama sangat-sangat-sangat membantu, bagi moral support, jagakan baby, make sure KakCah tak stres. Astro Oasis memang dipasang setiap masa, supaya KakCah dengar&ikut berzikir. Suami takleh handle dah sebab dia jauh. Asal dengar suara dia je, KakCah nangis. Dia pon stress.

Selain daripada tu, KakCah continue supplement Shaklee yang dah sedia ambil masa mengandung.

Antaranya B Complex.

B Complex terbukti mengurangkan mood swing semasa pantang. Kajian diterbitkan dalam jurnal: The Journal of the Royal College of General Practitioners & Jurnal of Obstetrics and Gynecology.

Jadi memang sesuailah amalkan B Complex Shaklee ni kerana mengandungi lengkap semua vitamin B termasuk asid folik.
.
Antaranya:

Niacin (B3):membantu menurunkan kadar kolestrol, melepaskan energi dari nutrien-nutrien, mengurangkan stress dan gangguan sendi.

Asid Pantothanate (B5):membantu sistem saraf dan metabolisma,mengurangkan alergik, migrane dan kelesuan. Penting bagi aktiviti kelenjar adrenal, terutama dalam proses pembentukan hormon.

Pyridoxine (B6) :membantu dalam penghasilan sel darah merah, mengurangkan risiko hypertensi, asma serta PMS.

Asid Folik (B9):membantu perkembangan janin ( kekurangan bolih menyebabkan kecacatan janin), pengubatan anemia dan pembentukan hemoglobin.

Cobalamine (B12):membantu merawat sistem saraf dan pembentukkan sel darah merah.

Bagus  diamalkan bagi sesiapa yang sering stress bila di tempat keje dengan bebanan kerja yang banyak, ibu-ibu yang berpantang elak meroyan, sesiapa yang lepas lakukan operation dan lain-lain.

Kenapa Shaklee Tak Perlukan Model atau Iklan Tv.

21:26 0 Comments A+ a-

Kalian tau tak? Kebanyakan Shaklee Distributor adalah pengguna tegar supplimen Shaklee sendiri. Kiranya, pada peringkat awal, SID ni adalah pengguna macam kalian juga. Macam mana boleh terjebak ke bisnes Shaklee? 👧

Salah satu sebabnya bagi KakCah ni adalah rasa cinta pada produk yang KakCah guna. Dan rasa bertanggungjawab nak share pada orang ramai juga. Nak kongsikan manfaat produk Shaklee ni. Kalau tak share, rasa bersalahnya sebab ini produk kesihatan yang bagus untuk kesihatan semua.

Bila dah rasai sendiri kebaikan produk Shaklee ni, ada pulak bonus yang masuk disebabkan sambutan yang sangat baik. Best kan? Bayanglah, tup tup tengah bulan ada duit masuk akaun. 💲💲💲

Lagi best dapat tambah ilmu kesihatan, tambah kawan dan macam-macam lagi laa.. 😉

Nak tau lebih tentang Shaklee? Terus setia dengan aisyahchehusin.blogspot.my ok!

Love you! 💜

Kenali Simptom Awal Diabetes atau Kencing Manis; agar Kita Dapat Kawal Dari Awal

00:05 0 Comments A+ a-

Cepat penat. Walau hanya berdiri sahaja.

Kerap buang air. Kadang sampai taklena tido sebab terjaga 2-3pagi nak buang air.

Kerap dahaga. Dah minum, nak minum lagi.

Suka minum air kotak/tin.

Mohon segera ke klinik atau hospital untuk check darah anda. Bertindak awal sebelum terlewat.
******************************************

Kenapa perlu bertindak awal?

Supaya kita dapat jaga dan kawal badan kita daripada menjadi lebih teruk.

Lebihan gula yang kita dapat daripada makanan/minuman, akan membentuk zat AGE (Advanced Glycation End). Bila tak bertukar menjadi tenaga, zat ini akan mengganggu sel badan kita.
*
Sel Badan Mati

Setiap hari, ada sel badan kita yang mati. Sama ada mati secara semulajadi atau "kena bunuh". Alamak, ngeri pulak baca ayat KakCah ni sendiri. (Biar lantak.)

Mati kena bunuh dengan zat-zat jahat tadi tu laa. Bukan mati tikam2 macam dalam drama tu.

So, sambung cerita.

Bila dah mati dalam keadaan macam tu, penyempurnaan untuk bentuk sel baru akan terencat. Boleh jadi sel yang berpenyakit.
Contohnya cancer, diabetes, high blood pressure.

Sebab ada sel yang mati mengejut. Lebih menakutkan bila melibatkan kurangnya oksigen dalam saluran darah. Boleh jadi kes necrosis plak.

Fuhhh, macam penyiasat cerita CSI.

Necrosis adalah satu tahap yang mana oksigen tak sampai dalam darah atau dalam sel badan kita. Kalau pesakit diabetes, kita boleh tengok luka lambat sembuh & last jadi buruk & kena potong.

Kalau pesakit cancer dan high blood pressure, jadi macam mana plak? Cuba jawab.
*
Bagaimana nak Kawal?

Of course kita boleh kawal. Mula2 kawal pemakanan. Eat clean. Kemudian kerapkan bersenam. Supaya gula jadi tenaga.

Tapi, kalau simptom dah ada? Ikhtiar dengan pemakanan tambahan a.k.a supplement. Cari supplement yang high antioksidan. Bikin bunuh semua zat2 jahat tadi dan bentuk semula sel badan baru yang lebih baik.

Supplement high antioksidan? KakCah ada jawapannya!

KakCah
012 984 7704

Radang Sendi, Rawat Sebelum Terlewat

21:10 0 Comments A+ a-

Macam kelaziman biasa, bangun jam5pagi. Tapi hari tu, asing sekali. Lain sangat dari kebiasaan. Tiba-tiba tangan yang biasanya gagah, tak mampu nak butangkan baju. Tak upaya nak pulas tombol pintu. Tak daya nak pegang sudu untuk makan.

***
Situasi di atas ni, boleh berlaku akibat keradangan. Salah satunya, radang sendi.
***

Bayangkan selama ini kita boleh melakukan segala-galanya dengan sendiri, dan tiba-tiba kita terpaksa bergantung kepada orang lain. Hanya untuk melakukan perkara yang kita anggap terlalu kecil dan remehtemeh.

***
Keradangan ni, boleh KakCah umpamakan sebagai pembunuh senyap. Dan boleh jadi punca utama kepada masalah2 lain seperti obesiti, diabetes, Serangan Jantung(stroke) dan juga tekanan.

—————————

Apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan diri kita & orang yg kita sayang dari mendapat keradangan ini?

Jaga pemakanan. Kerapkan bersenam. Dan tambahkan menu anti-radang dalam diet harian kita.

ASID LEMAK OMEGA-3 ada fungsi anti-inflammation atau anti-radang ni. Semua orang tahu terdapat omega-3 ada dalam minyak ikan.

Dan OMEGAGUARD Shaklee lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yang badan kita perlukan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA.

Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak jenis ni, yang sangat penting untuk proses metabolisme. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan supplement.

Wujudkah Monday Blues? Atau Kita Yang Malas?

20:12 0 Comments A+ a-

Asal hari Isnin je, lemau.
Asal hari Isnin je, lesu.
Asal lemah je, hari Isnin.
Itu simptom Monday Blues agaknya?

Amboi, amboi, amboi. Tiba-tiba hari Isnin pulak yang salah ye. Tak baik tau. Hari isnin takde kaitan. Pandai2 jelah sape yang cipta Monday Blues tu.

Malas, tak semangat, takde motivasi memang SEMUA orang rasai. Setiap hari pon ada. Tak tunggu hari isnin. Hahaha.

Menurut kajian, sistem badan kita ni berjalan sendiri tetapi sebenarnya ada 'sesuatu' yang menjaga setiap milimiter badan kita. Ia adalah malaikat-malaikat yang menjaga setiap degupan jantung dan aliran darah kita. Solat di awal waktu dan membaca alQuran setiap kali lepas solat boleh membantu otak kita lebih tenang dan berfungsi dengan baik. Sebab tu Rasulullah ada ajarkan kita DOA untuk elak rasa sifat tu.

Dan jangan lupa, bekalkan otak kita dengan nutrien penting. Makan bukan hanya untuk perut aje tapi juga untuk otak. Selain doa, PEMAKANAN kita juga penting untuk kekalkan diri lebih proaktif. Lebih-lebih lagi, apa yang kita makan berkait rapat dengan NEUROTRANSMITTER dalam otak. Iaitu proses sel berhubung antara satu sama lain.

1. PROTEIN dapat membina neuron dan neurotransmitter. Asid Amino yang ada dalam ESP dapat jaga Neuron dan saraf kita supaya sentiasa alert.

2. B Complex, VITAMIN B merupakan elemen asas untuk mengaktifkan enzim dalam tubuh badan manusia yang mana secara tidak langsung ia akan memastikan badan fungsi dengan baik. B Complex juga sudah diketahui umum bagus untuk kesihatan saraf dan bertindak sebagai anti-stress dan boleh menjaga kesihatan neurotransmitter.

3. Omega Guard terdapat kandungan DHA dan EPA yang bagus untuk meningkatkan fungsi otak dan juga mengurangkan risiko otak mengecut. Otak mengecut? Ye, setiap hari kita stress punca pada otak mengecut ok!

4. Performance Drink melancarkan lompatan neurotransmitter dari satu sinaps ke sinaps yang lain.

5. Lecithin mengandungi phosphatidylcholine iaitu prekursor untuk penghasilan salah satu jenis neurotransmitter iaitu acetylcholine.  Ini akan membantu perpindahan neurotrasmitter dengan lebih cekap.

Doa sudah, pemakanan pun dijaga, jangan lupa BERSUKAN & berada dalam KELOMPOK POSITIF yang sentiasa ingin berjaya.

Inshaa allah! Semoga menjadi hamba yang berjaya DUNIA AKHIRAT.

Amin Ya Rabb

KakCah
012 984 7704

KakCah, Bukan Sekadar Tukang Order Shaklee.

21:06 0 Comments A+ a-

Selalu kalau KakCah ke branch Shaklee, tidaklah ramai orang. Tapi semalam, menunggu lebih 10orang. Hebat nau penangan #tsunamishaklee.

Alhamdulillah, ramai dah cakna tentang kesihatan masing-masing. Siap ada yang bawak baby kecik lagi masa beli supplement shaklee. Mesti bolot Ostematrix dan Set Menyusu tu. Bagus kan untuk ibu menyusu.

Tapi bukan itu yang KakCah nak cerita.

Sambil menunggu giliran tu, datanglah seorang hamba Allah ni. Tegur KakCah, "Meniaga ke? Banyak betul borang order." Hihi. "Ha'ah, jual online. Alhamdulillah, adalah sikit. Rezeki anak2."

Sembang2 dengan akak tu. Rupa2nya dia belikan supplement untuk mak dia yang kena stroke. Dah amalkan 2botol Vivix, tapi badannya taktahan healing crisis. Si anaknya tak tahu dah nak buat apa. Kiranya give up aje. Tp kesian kat mak, kata dia.

Tanya2 siapa yang suggest shaklee ni. Akak tu pon dah lupa. No.ahli pon dia taktahu. Nak shopping semalam tu pon, guna ic je. Aduhai, lagi kesian.
***********
Pengajaran buat KakCah, sentiasa dampingi customer kita. Cakna tentang perubahan yg berlaku selepas ambil supplement kita. Ada sesetengah orang yang alami healing crisis. Time tu, dia sangat perlukan consultation dari kita.

Nak berniaga, semua orang boleh berniaga. Tapi berapa ramai ada "after sale service".

Moga2 akak semalam tu tak putus asa untuk mengubati ibunya. Dan semoga Allah permudahkan segala urusan customers KakCah juga!

KakCah
012 984 7704

Kita Tak Perlu Makanan Tambahan

20:20 0 Comments A+ a-

"KakCah, dah makan supplement Shaklee ni, takyah makan sayur lah,kan?"

E'eh, ada pulak fikir gitu. Bukan gitu, sayang oii. Supplement ni makanan tambahan. Mencukupkan apa yang takcukup. Contohnya, makan sayur, tahu ke kita banyak mana portion yang cukup setiap hari?

"Kalau macam tu, takperlu lah makan supplement atau vitamin. Sebab hari-hari saya makan sayur&buah-buahan."

Boleh, pilihan masing-masing, kan? Tapi tahu tak sebenarnya kita ni dah terdedah dengan bahaya racun serangga atau kulat. Tanpa sedar jugak kita dah makan sayur-sayuran yang ada racun serangga dan kulat hampir setiap hari jika tak diurus dengan betul sayuran yang kita beli tu.

Semburan racun kulat atau serangga ni sepatutnya dihentikan 14hari sebelum hasil dituai. Tapi, macam mana kita nak tau petani ikut tak ikut cara yang betul? Kecuali kalau kita berjiran dengan petani tu.

Yang KakCah selalu amati, sayuran yang kurang disembur racun serangga adalah kurang cantik. Ok, kita boleh elakkan makan sayuran yang mengandungi racun serangga atau kulat. Semuanya terletak pada tangan kita sendiri masa beli sayuran di pasar dan cara urus sayuran sebelum memasak. Kalau mampu, beli yang organik.

Dan kalau anda adalah ibu yang sibuk seharian bekerja, jarang-jarang dapat masak di rumah, maka belilah supplement untuk pastikan anda dan keluarga anda dapat nutrients yang sepatutnya. Pastikan pilih yang berkesan, selamat dan semulajadi.

KakCah
012 984 7704

Perniagaan Dropship yang Mampu Diwarisi oleh Anak-anak

22:04 0 Comments A+ a-

Kebaikan untuk Diwarisi

Mak-mak kat luar sana mesti biasa tengok afc (Asian Food Channel), kan? Ada satu rancangan yang KakCah suka tengok. Axian's Food Adventure.

One of the series, cerita tentang rempah yang diguna-pakai oleh orang2 Cina. Memang menarik sebab KakCah sebenarnya tak tahu pon ada Chinese Five Spice Powder ni. So, dalam rancangan tu, ditunjukkanlah tentang pengusaha spice powder ni. Dah generasi ke4, katanya. Wahhh! Dan dia, sebagai penyambung warisan sedang usaha nak upgrade kedai legasi atuk moyang dia.

Then, KakCah mulalah terfikir. Untuk KakCah, si tukang order shaklee ni nak tinggalkan legasi sehingga tujuh keturunan tu bunyinya macam mustahil. Tapi...

Ada sesuatu yang KakCah belajar dari seminar Master N, yang KakCah hadiri hari tu. Shaklee adalah company yang kukuh, sudah bertahan hampir 60 tahun. Walau orang kata mahal, tapi produknya sentiasa sold out. Sebab mereka jaga quality. Mereka pegang pada jaminan mereka bahawa produk mereka sentiasa berkesan, sentiasa selamat dan mesra alam.

Makanya, tak salah untuk KakCah terus membina usaha dengan Shaklee. "Built to Last". Demi keluarga. Demi educate masyarakat bahawa kita boleh hidup lebih sihat dan lebih baik.

KakCah
012 984 7704

How to be Working at Home Mom without Losing Your Mind

21:51 0 Comments A+ a-

From SAHM to WAHM.

Sebagai WAHM, bagaimana KakCah berbisnes di samping buat kerja-kerja harian di rumah?

Tak mudah, tapi tidak juga mustahil. Apa pon atas niat dan tekad kita juga.

KakCah mulakan dengan sediakan jadual mingguan. Rancangkan apa yang KakCah nak buat sepanjang minggu tersebut. Aturkan hari untuk mop lantai atau hari untuk dobi baju. Barulah tak rasa penat buat semua kerja dalam satu masa.

KakCah jadikan rutin juga, untuk tulis senarai tugas setiap pagi. Supaya KakCah boleh buat kerja dengan teratur dan kekal fokus dengan perancangan minggu itu.

Untuk bisnes, KakCah gunakan kemudahan media sosial sebagai cara nak promote produk shaklee. Schedule sharing produk di fb, ig atau blog.

Ada masa tak dapat fokus sepenuhnya pada bisnes, kerana priority kepada anak-anak. Kalau diorang tak sihat, memang kena beri perhatian utama pada mereka kan?

Maka selebihnya itu adalah doa pada Pemberi Rezeki, Allah S.W.T.  Dan jangan lupa call papa.

#liveamazing. Take yours to be amazing too.

Tingkatkan Sistem Imun Anak-anak, Melawan Selsema, Batuk dan Asma.

19:56 0 Comments A+ a-

Siapa Mama hebat yang bekalkan Omega Guard pada anak-anak? Sila angkat hp Mama!

Ramai mama #shakleelover yang bagi Omega Guard ni untuk rawat masalah asma anak-anak mereka. Ada juga yang bagi sebagai supplemen untuk minda. Bagus mama!




Omega Guard sangat kaya dengan DHA dan EPA yang bagus untuk kecerdasan anak dan meningkatkan ingatan mereka.

Selain untuk minda dan merawat asma, Asid Lemak Omega 3 juga bagus untuk sistem imun tubuh. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bukti bahawa asid lemak ini mampu meningkatkan sel-sel imun.

Maka, pastikan anak-anak dapat pelbagai khasiat daripada pengambilan Omega Guard.

Sebotol ada 90 biji.
Tahan 3 bulan.

KakCah
012 984 7704

Manfaat Omega Guard, Minyak Ikan yang Penuh Khasiat

21:52 0 Comments A+ a-

KENAPA ANDA PERLUKAN OMEGA GUARD?

Selalunya Omega-3 (komponen asid lemak omega dalam Omega Guard) dikaitkan dengan perkembangan minda kanak-kanak, kan? Sebab tu lah, KakCah bekalkan OmegaGuard untuk Husna dan Hasya.

Tapi sebenarnya Omega Guard sangat banyak fungsinya, terutama buat ibu-ibu yang superbizi. Jom baca sama-sama!

1.Meningkatkan fungsi GREY MATTER.
Grey matter adalah komponen otak yang utama, fungsinya menghantar signal kepada saraf-saraf yang lain. Peranannya sangat penting dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN. 

Jadi kalau asyik sedih-sedih, sila amalkan Omega Guard ye!

2. Mengatasi masalah kurang serum omega-3.
Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Neuroendocrinol Letter menunjukkan bahawa masalah disiplin, ketidakjujuran, malah kecenderungan nak buat benda tak elok berkaitan dengan kekurangan serum Omega-3 dalam otak.

Tue dia, KakCah tak kata. Maka, kalau SUKAR NAK MENDISIPLINKAN DIRI, amalkanlah Omega Guard ye. Terutama kalau bitamin M dah terlebih.

3. Elak tekanan perasaan.
Jurnal Biology Pshyciatry menerbitkan satu kajian bahawa orang yang mengalami tekanan perasaan mengalami kekurangan omega-3 dalam otak.

Jadi kalau asyik STRESS pon kena sentiasa amalkan Omega Guard bersama B Complex.

4. Menajamkan minda dan lebih fokus.

Dan ada banyak lagi kajian yang telah membuktikan kekurangan Omega 3 berkaitan dengan masalah susah nak ingat terutama perkara-perkara yang dipelajari.

Jadi kalau nak cepat tangkap & cepat ingat, amalkan Omega Guard, ok.

Dan agar happy selalu, Omega Guard mesti diambil setiap hari!

Encik Suami, pastikan kalian borong untuk diri sendiri dan isteri tercinta. Sebotol boleh guna sebulan tau kalo amik ikut dos. Tapi kalu berkongsi satu keluarga, kenalah beli lebih. Untuk mak ayah jangan lupa. Penyakit nyanyuk pun dikaitkan dgn kekurangan Omega-3 tau. Pakat-pakat kita jaga ahli keluarga kita.

Dan kalau kalian nak tau, mereka yang mengalami masalah mental macam perasaan agresif, suka buat jenayah, pedophilia semua tu ada kaitan dengan kekurangan Omega-3. 

Jangan lupa, dalam alQuran pun ada sebut tentang makan ikan kan. InsyaAllah, KakCah akan share banyak lagi info tentang Omega Guard agar semua orang amalkan. Bukan untuk ibu mengandung, kanak-kanak, atau orang yang ada masalah kesihatan je tau. Semua pon boleh dan kena amik. Bila semua amalkan dan happy, barulah masyarakat kita jadi lebih aman dan harmoni kan 😊

**kesemua fakta di atas back up by studies, bukan cakap-cakap kosong atau assumption je.

Minyak Ikan yang Berkhasiat Untuk Kanak-kanak

21:55 0 Comments A+ a-

Semalam KakCah dapat Whatsapp dari customer KakCah. Bertanyakan pasal OmegaGuard. Katanya nak bagi kat anak dia. Bagus ibu, prihatin bab kesihatan anak-anak.

Yelah, selain dari jaga bab makan anak-anak, serta pantau aktiviti pembelajaran anak, kita pon boleh jugak bekalkan mereka dengan pemakanan tambahan. Iya, kanak-kanak pon boleh amalkan supplement juga. Ada supplement yang sesuai untuk anak-anak kita ni, antaranya multivitamin dan Omega-3.

Seperti mana KakCah pernah ceritakan, akak bekalkan supplement dari Shaklee buat Husna dan Hasya. Bukan orang dewasa aje nak sentiasa sihat dan cergas tau.

Shaklee menyediakan OmegaGuard, iaitu minyak ikan omega-3 yang tinggi dengan khasiat dan keistimewaannya.

Kelebihan Omega 3 dalam OmegaGuard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam OmegaGuard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)


2. Bukan dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik seperti sesetengah produk di pasaran. 

3. Omega-3  dalam OmegaGuard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.


4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana OmegaGuard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul OmegaGuard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.


6. OmegaGuard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.


7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega-3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Selain daripada bagus untuk kanak-kanak, Minyak Ikan Omega 3 ini baik diamalkan oleh ibu hamil dari awal kehamilan lagi kerana ia baik untuk  membantu perkembangan otak bayi di dalam kandungan. 

Juga bagus bagi ibu yang menyusukan bayi. Melalui penyusuan, khasiat dapat disalurkan melalui susu ibu.

OmegaGuard boleh diamalkan seawal usia setahun bagi kanak-kanak tetapi dengan dos yang telah ditetapkan.

Antara khasiat Omega Guard Untuk kanak-kanak: 

  • Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, kajian menunjukkan kanak-kanak yg mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas.

  • Membantu merawat penyakit eczema dari dalam, kebiasaannya kita amalkan alternatif untuk sapu ubat/krim dari luar sahaja tapi tak lama kemudian akan muncul semula, dengan pengambilan omega 3 dapat elakkan masalah eczema untuk timbul semula.

  • Bantu tingkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan.

  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler.

  • Dengan pengambilan Omega 3 juga kanak-kanak lebih cergas dan aktif serta membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar.
 Omegaguard ni bukan hanya untuk anak-anak kita sahaja, kita juga boleh mengambilnya, baik untuk kesihatan otak, jantung & sendi. Jadi seisi keluarga boleh mengamalkannya..tak rugi ambil Omegaguard Shaklee..ia sangat berbeza dengan Minyak ikan lain yang ada dipasaran. Nak juga Omegaguard untuk keluarga terutama anak-anak anda??

KakCah
012 984 7704

Misi Membeli Madu Tualang Asli di Baling

20:49 0 Comments A+ a-

Aktiviti hujung minggu kali ni lain dari kebiasaan, pergi taman mainan. Atas permintaan papa, yang inginkan madu tualang membawa kami ke Baling, Kedah. Jauhnya? Taklah, dekat aje dengan rumah kami di Tasek Gelugor ni.

Selepas sarapan di rumah, kami sekeluarga bersiap untuk ke Baling. Alhamdulillah, cuaca hari ni indah sekali. Cerah je langit. Dari Tasek Gelugor, kami ambil lalui pekan Padang Serai dan keluar di simpang Desa Aman.


Kalau dari Tasek Gelugor ni, memang tak jauh pon pekan Baling. Jalan pon tak susah. Terus je menuju jalan yang benar. Hihi.

Sampai di pekan Baling, kami lewat. Pekan sari atau kebiasaan orang panggil pasar tani dah habis, peniaga dah berkemas nak balik. Silap kami jugaklah, keluar agak lambat dari rumah tadi.

Tapi misi mencari madu tualang tetap diteruskan, alang-alang dah sampai. Kalau ikut panduan dari papa, yang dah agak lama jugak tak datang ke Baling, kedai yang dia biasa beli madu tu dekat dengan stesen bas. Dalam kedai kopi, katanya.

Jalan punya jalan, banyak pulak kedai kopi yang tutup. Kalau ada yang bukak pon, takde pulak jual madu.

Oh ya, kenapa KakCah pergi cari madu tualang Baling? Sebenarnya banyak je madu tualang yang orang jual kat pasar malam dan pasar tani di Tasek Gelugor tu, kan. Cuma kata papa, madu tualang dari Baling ni lebih terkenal sebab keasliannya. Tengok ajelah rupa bentuk buminya. Masih dipenuhi hutan yang menghijau, kan? Nak pulak lebah yang hasilkan madu tualang ni, bukannya lebah ternak.

Berbalik pada misi kami tadi, dah pusing merata kat pekan Baling. Memang tak jumpa yang berkenan di hati. Yang jumpa pon, madu tualang 'ternak' dari Pahang. Hmmmm, macam mana tue?

Kami pon singgah solat di Masjid Lama Pekan Baling. Walau pon namanya masjid lama, tapi strukturnya masih lagi elok. Kemas terjaga. 

Suami KakCah ada bertanyakan orang yang tinggal berdekatan masjid. Ada seorang pakcik bagitau, sekarang ni bukan musim lagi. Jadi tak ramai yang cari madu. Kebiasaannya madu banyak waktu musim buah. Sekarang baru nak berbunga, lebah baru nak proses laa kut. Huhu.

Alhasilnya kami pulang dari Baling tanpa madu. Tapi terjumpa pulak Cucuq Jawa yang famous kat pekan Baling. Sampai menunggu orang nak membelinya.

Oklah, daripada pulang dengan tangan kosong. Hahaha. Takpelah, kita tunggu musim buah pulak. Manalah tahu dapat cari buah durian kampung pulak ke?

OsteMatrik, Teman Melegakan Lenguh Badan

22:19 0 Comments A+ a-

Tempoh hari, di Wad 2B Hospital Kepala Batas, Deq Hasya yang taksihat, badan dia penat, trauma kena cucuk ubat dan ambil darah asyik merengek je. Tambah pulak rutin tidur siang dia dalam buai, menambahkan lagi rasa tak selesa dia tinggal di wad hospital.

Hasya nak berkepit 24jam. Tidur pon nak berdukung. KakCah cuba tidurkan dia dalam carrier. Mampu bertahan kejap aje. Lepas tu dia sambung merengek.

Begitulah keadaannya. Mula-mula 3hari 3malam, kemudian bersambung 4hari 4malam di wad. Lenguh? Sakit pinggang? Tak usah sebut. Terasa sangat lesunya diri ni. Tapi bertahan demi anak yang tak sihat.

Makanya, apa yang KakCah buat? Telan 4biji OsteMatrik setiap malam. Bangun pagi segar balik dengan tenaga baru. Dan sambung balik tugas mendukung...

#ostematrik #pilkalsium #bukanubatkuat #cumapenambahtenaga #menghilangkanpenat

Bekalan Nutrisi Anak-anak Bijak

22:00 0 Comments A+ a-

Dalam musim yang tak menentu sekarang, dengan suhu panas terik kemudian tiba-tiba hujan lebat, yang paling terkesan adalah anak-anak kita. Dengan usia yang masih muda, sistem imun mereka juga masih belum segagah kita. Alah, kita yang dah dewasa ni pon kadang kalah kalau dah terkena hujan.

Hasya, si manja KakCah yang baru setahun lima bulan tu. Walaupun kuat makan, asyik makan dan suka makan, hihi, tapi kalau dah selalu berpanas terik waktu jemput kakaknya, Husnanya balik dari sekolah, tidur tidak cukup, sistem imun dia pun makin menurun. Tambah-tambah lagi time balik kampung. Dengan perjalanan yang jauh dan cuaca yang berubah, memang ambil masa dan "tenaga" lebih untuk menyesuaikan diri.

Untuk persiapan menempuhi masalah ni, KakCah sediakan set anak sihat dan pintar untuk anak-anak.

🍀 Mealshake merupakan sarapan berkhasiat untuk anak-anak

🍀 Vitalea for children mempunyai 18 jenis MultiVitamin & MultiMineral yang memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak dan kadungan B Com dlm VFC ni membantu anak-anak lebih fokus

🍀 Chew Vit C membantu meningkatkan immune system badan

🍀 OmegaGuard sangat bagus dalam perkembangan otak dan memory kanak-kanak. Selain itu, Omega-3 dalam OmegaGuard melancar pernafasan.


Shaklee mempunyai set khas untuk kanak-kanak, ia mengandungi..
1. Mealshakes
-Minuman berperasa vanilla yang sedap lagi disukai oleh kanak-kanak
-Mengandungi 24 Vitamin & mineral penting, & 9 asid amino yg perlu
-Rendah lemak & rendah index Glisemik
-Sumber terbaik fibre & protin
-membantu sembelit

2. OmegaGuard
- Minyak ikan terbaik untuk si manja anda
-mengandungi 7 jenis asid lemak EPA, DHA, ALA & byk lagi
-membantu perkembangan otak & menguatkan memori
- meningkatkan sistem imun & menyihatkan peparu

3. Vitalea For Children
- menyediakan 19 vitamin & mineral penting kanak-kanak
- Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
- sesuai untuk kanak-kanak yang kurang makan sayur

4. Chewable Vita C Plus
- membantu meningkatkan imun badan
- membantu menjaga kesihatan gigi, gusi, struktur tulang, otot & salur darah
- membantu meningkatkan penyerapan zat besi

Supplemen shaklee semulajadi, tanpa bahan pengawet & bahan perasa tambahan, amat sesuai & terbaik buat anak-anak anda..
.
Ibubapa yang ingin sedang mencari supplemen untuk anak-anak @ ingin mencuba supplemen shaklee..

Jangan Biarkan Anak Demam Berlarutan

06:33 0 Comments A+ a-

Pakej 2hari 2malam, kemudian bersambung pula 4hari 4malam di dalam wad betul-betul jadi pengajaran buat KakCah. Jangan ambil mudah bila anak-anak taksihat.

"Ala, takpe demam sikit je tu. Jom gi jalan umah XX."
"Kita pergi sekejap je. Bukan lama sangat pon."

No. Tiada istilah demam sikit, demam kura-kura ke apa ke. Bila anak-anak demam, walau diorang dah lengkap imunisasi ke dan amal vitamin ke, ibu dengan ayah, 2-2 main peranan untuk pastikan suhu anak turun segera.

Bila anak dah mula demam itu tandanya badan dia tak sihat, dan antibodi dia sedang berfungsi. Maka, jangan laaa time tu jugak kita nak ajak anak pergi shopping mall ke, tengok wayang ke, pergi pasar malam ke, pergi rumah saudara ke. Nak pulak dalam keadaan cuaca yang panas terik ni.

Kesian anak. Lebih baik stay di rumah dan pastikan mereka rehat secukupnya. Anak-anak dah sihat nanti, ajaklah anak ke bulan ke bintang, takde masalah.

Betul, kita dah bekalkan dia supplement, contoh macam KakCah sentiasa berikan OmegaGuard dan Nutriferon pada Husna, tapi kuman dan bakteria di luar ni bukan kita boleh jangka.

Kadang anak makan supplement, maknya culas, tak makan. Haaaaaa, sekali mak sakit (yang jarang-jarang sakit) habis satu rumah terkesan. Huhuhu.

Untuk Hasya yang sedang recovered sekarang, KakCah tetap teruskan OmegaGuard dan Vita-C supaya sistem imun dia lebih kuat melawan penyakit. Juga Vitalea for Children dan MealShakes untuk ganti balik zat-zat yang hilang. Kesian anak ibu yang makin cekeding ni.

RahmatNya Dalam Ujian Hidup KakCah

07:07 0 Comments A+ a-

Hari ni, hari kedua Hasya 'Aqilah dimasukkan semula ke dalam wad. Setelah tiga hari discharged minggu lepas, Hasya masih demam panas dan batuk semakin kerap. Jadi kami terus ke hospital sekali lagi.

Bila anak tak sihat, sakit, tak selera makan, lesu, ibu mana yang tak susah hati. Dan kalau biasanya anak tu seorang yang ceria, aktif, suka makan, lagi laaa ibunya runsing bila dia hanya makan sedikit aje bubur.

Tapi KakCah anggap ini adalah ujian Allah pada KakCah. Alhamdulillah, syukur Allah menguji KakCah. Tanda Allah masih sayang, kan? Allah mahu KakCah mengharap hanya padaNya. Allah nak KakCah belajar erti sabar.

Dan KakCah bersyukur sangat, saat anak-anak tak sihat, kena warded macam ni, KakCah berupaya jaga sendiri. Tanpa perlu risau terikat dengan sesiapa. Tak perlu susah hati bos marah, tak perlu pening kepala dengan opismate yang tak faham jiwa. Tak perlu apply cuti, tak perlu MC. Tak perlu susahkan pengasuh juga.

Bekerja dari rumah, buatkan KakCah bebas memilih masa, mengatur masa dan membeli masa KakCah sendiri. Nak pulak bila buat bisnes dengan Shaklee ni. KakCah duduk di wad, ada customer order barang, KakCah cuma perlu order online dan customer dapat barang dia. KakCah takperlu susah payah nak gi amek stok dan nak gi pejabat pos untuk pos barang.

Semuanya Shaklee uruskan sambil KakCah uruskan Hasya yang masih demam ni. Husna ajelah terpaksa ponteng sekolah sebab terpaksa menumpang rumah Toksue dia. Dia suka aje dapat tidur dengan aunties yang suka melayan sembang dia tu.

Apa pon, KakCah percaya dengan perancangan Allah. Pasti ada hikmah di sebalik setiap ujianNya. Yang penting kita bersangka baik pada Allah dan sentiasa positif.

Moga Hasya 'Aqilah cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu. Amin ya Robb.

Rawatan Semulajadi Bayi Demam Tanpa Ubat

06:31 0 Comments A+ a-


1. Kerapkan check suhu badan anak.
Sebaik-baiknya, simpanlah satu termometer di rumah untuk kegunaan keluarga. Termometer ada macam-macam jenis, ada yang letak di dahi, di mulut atau di telinga. So, boleh pilih ikut bajet. KakCah ada yang jenis biasa, sama macam Misi guna di KKIA. Yang penting boleh guna kalau ada yang demam tiba-tiba. Suhu badan yang normal adalah 36.7C. Kalau melebihi 38C, tolong buat sesuatu untuk turunkan suhu badan bayi.

2. Tuam kepala dan badan bayi.
Seandainya suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendam dalam air suam. Kemudian tuam di seluruh badan anak, terutama di kepala, bahagian pelipat seperti ketiak dan celah paha. Jangan biar tuala terlalu lama di dahi. Basahkan dan lap dengan kerap. Basahkan badan anak seperti mandi yang tak dilap. Kalau nak mudah, ambil je spray air, spray kan aje bagi basah badan anak.
Selain itu, pakaikan pakaian yang nipis sahaja supaya haba panas dapat keluar dengan senang. KakCah lebih selesa biarkan anak tanpa baju dan pakai diaper sahaja kalau mereka demam. Lebih mudah nak lap.

3. Beri bayi makan bubur.
Untuk bayi 6bulan ke atas yang dah diberi solid food, masakkan mereka bubur. Jangan biarkan perut mereka kosong. Walaupon selalunya bayi demam ni banyak meragam dan tak selera makan, tapi tolong jangan biarkan mereka lapar. Nanti masuk angin, penyakit lain pulak yang datang. Pastikan anak makan, supaya mereka ada tenaga untuk melawan penyakit. Cukup sekadar bubur kosong dan sedikit minyak ikan. Kadang KakCah suka buat air barli kalau anak-anak tak selera makan.

4. Minum banyak air dan susu.
Untuk bayi di bawah 6bulan, kerapkan menyusu. Beri anak minum susu ibu secukupnya bagi mengelakkan badan mereka kekurangan air. Badan yang kurang air, akan lambat sembuh dan boleh menyebabkan penyakit lain pula nanti. Susu ibu adalah penawar yang terbaik dan mengandungi antibodi untuk anak. Maka ibu yang menyusukan anak demam ni, harus ambil makanan yang berkhasiat. Masa anak-anak demam, KakCah amalkan Nutriferon, Vitamin C, Omega Guard dan air madu.

5. Sentiasa berada di sisi bayi anda.
Selain untuk memantau suhu badan bayi, kehadiran kita dapat melegakan emosi anak yang demam. Sebab mereka perlukan perhatian daripada ibu dan ayah. Sangat-sangatlah diminta bagi ibu atau ayah untuk mengambil cuti dan jaga anak demam di rumah. Sentiasa peluk dan cium bayi anda. Kerapkan bersembang dan bagi semangat untuk mereka.
Walaupun bayi masih belum memahami, tapi emosi mereka akan stabil bila kita ada di sisi mereka,kan? Kalau nak masak tu, heret sekali buai anak ke birai dapur.

6. Berjumpa doktor dengan segera.
Sekiranya demam bayi anda tak jugak kebah, segera ke hospital atau klinik untuk berjumpa dengan doktor. Jangan ambil risiko yang akan menyebabkan anak anda semakin parah.
*Ini penting, check degupan jantung anak, kalau laju taknormal, segera ke hospital.

7. Doa kepada Allah S.W.T.
Bagi ibu dan ayah yang beragama Islam, KakCah nasihatkan mohonlah pertolongan daripada Allah S.W.T bagi memberikan kesembuhan kepada anak kita dan memudahkan urusan kita membesarkan anak-anak kita.

Ikhtiar itu penting, dan doa juga penting. Letakkan pengharapan sepenuhnya pada Allah bagi menyembuhkan anak kita. KakCah kongsikan doa daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat; Ustaz Ismail Kamus.



KakCah
0129847704

Bila Dedeq Masih Demam

20:43 0 Comments A+ a-

To be continued...