RahmatNya Dalam Ujian Hidup KakCah

07:07 0 Comments A+ a-

Hari ni, hari kedua Hasya 'Aqilah dimasukkan semula ke dalam wad. Setelah tiga hari discharged minggu lepas, Hasya masih demam panas dan batuk semakin kerap. Jadi kami terus ke hospital sekali lagi.

Bila anak tak sihat, sakit, tak selera makan, lesu, ibu mana yang tak susah hati. Dan kalau biasanya anak tu seorang yang ceria, aktif, suka makan, lagi laaa ibunya runsing bila dia hanya makan sedikit aje bubur.

Tapi KakCah anggap ini adalah ujian Allah pada KakCah. Alhamdulillah, syukur Allah menguji KakCah. Tanda Allah masih sayang, kan? Allah mahu KakCah mengharap hanya padaNya. Allah nak KakCah belajar erti sabar.

Dan KakCah bersyukur sangat, saat anak-anak tak sihat, kena warded macam ni, KakCah berupaya jaga sendiri. Tanpa perlu risau terikat dengan sesiapa. Tak perlu susah hati bos marah, tak perlu pening kepala dengan opismate yang tak faham jiwa. Tak perlu apply cuti, tak perlu MC. Tak perlu susahkan pengasuh juga.

Bekerja dari rumah, buatkan KakCah bebas memilih masa, mengatur masa dan membeli masa KakCah sendiri. Nak pulak bila buat bisnes dengan Shaklee ni. KakCah duduk di wad, ada customer order barang, KakCah cuma perlu order online dan customer dapat barang dia. KakCah takperlu susah payah nak gi amek stok dan nak gi pejabat pos untuk pos barang.

Semuanya Shaklee uruskan sambil KakCah uruskan Hasya yang masih demam ni. Husna ajelah terpaksa ponteng sekolah sebab terpaksa menumpang rumah Toksue dia. Dia suka aje dapat tidur dengan aunties yang suka melayan sembang dia tu.

Apa pon, KakCah percaya dengan perancangan Allah. Pasti ada hikmah di sebalik setiap ujianNya. Yang penting kita bersangka baik pada Allah dan sentiasa positif.

Moga Hasya 'Aqilah cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu. Amin ya Robb.