KakCah, Bukan Sekadar Tukang Order Shaklee.

21:06 0 Comments A+ a-

Selalu kalau KakCah ke branch Shaklee, tidaklah ramai orang. Tapi semalam, menunggu lebih 10orang. Hebat nau penangan #tsunamishaklee.

Alhamdulillah, ramai dah cakna tentang kesihatan masing-masing. Siap ada yang bawak baby kecik lagi masa beli supplement shaklee. Mesti bolot Ostematrix dan Set Menyusu tu. Bagus kan untuk ibu menyusu.

Tapi bukan itu yang KakCah nak cerita.

Sambil menunggu giliran tu, datanglah seorang hamba Allah ni. Tegur KakCah, "Meniaga ke? Banyak betul borang order." Hihi. "Ha'ah, jual online. Alhamdulillah, adalah sikit. Rezeki anak2."

Sembang2 dengan akak tu. Rupa2nya dia belikan supplement untuk mak dia yang kena stroke. Dah amalkan 2botol Vivix, tapi badannya taktahan healing crisis. Si anaknya tak tahu dah nak buat apa. Kiranya give up aje. Tp kesian kat mak, kata dia.

Tanya2 siapa yang suggest shaklee ni. Akak tu pon dah lupa. No.ahli pon dia taktahu. Nak shopping semalam tu pon, guna ic je. Aduhai, lagi kesian.
***********
Pengajaran buat KakCah, sentiasa dampingi customer kita. Cakna tentang perubahan yg berlaku selepas ambil supplement kita. Ada sesetengah orang yang alami healing crisis. Time tu, dia sangat perlukan consultation dari kita.

Nak berniaga, semua orang boleh berniaga. Tapi berapa ramai ada "after sale service".

Moga2 akak semalam tu tak putus asa untuk mengubati ibunya. Dan semoga Allah permudahkan segala urusan customers KakCah juga!

KakCah
012 984 7704