SkinCare Organik Terbaik di Malaysia, Diuji oleh Pakar

18:33 0 Comments A+ a-

Pernah tak kita hadapi terrible breakouts kadang sampai berbulan akibat beli skincare yang salah?

Dah cuba minum air secukupnya (kadang sampai terlebih) tapi, what really happened was asyik berulang gi tandas je kan 😂. Kita pon cuba berhenti pakai makeups terutamanya sapu foundations, tapi sama je muka kita. Kita try pulak some drugstore products, pon takberhasil jugak 😪 Tengok pulak kat IG, ramai instafamous dan artis buat facial treatment kat medispa, dan kita pon nak cuba. Tapi modal takde, satu sesi sampai RM500, belum kena beli products dia lagi.

Ok, cukuplah tu. Daripada terus mengomel, baik kita betul-betul buat research pasal skincare mana yang betul-betul terbaik untuk kulit kita. Tengok bahan yang digunakan, ada tak bahan kimia berbahaya. Sebaiknya carilah skincare yang kita boleh pakai lama untuk jaga kulit kita. Jangan nanti pakai sekejap, kena tukar lagi. Yang jimat boleh pakai 6bulan takhabis.

Nak-nak kalau kulit kita jenis kering+berminyak (pakej hebat, kan 😫) lagi laa nak kena guna skincare yang sesuai. Kalau tak nanti jadi makin kering atau jadi makin berminyak. Dah kena ulang kisah atas tu tadi lagi sekali.

Ada satu produk skincare yang sememangnya dirumus khas adalah SESUAI untuk semua jenis kulit (kulit kering, berminyak & kombinasi). Ada banyak produk skincare yang dijual di pasaran tapi tidak banyak skincare yang direka khas untuk SEMUA jenis kulit. ONLY in YOUTH by Shaklee!

Apa Beza YOUTH dan Skincare lain di pasaran?

Keberkesanan YOUTH dibuktikan melalui kajian klinikal. Ujian klinikal ni dibuat oleh World-Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index. Apa tu? Ia mengkaji kehadiran tanda-tanda penuaan melalui data klinikal. Sebab tu Youth selalu disebut-sebut sebagai "Clinical results without compromise".

Skincare Youth Shaklee ni tidak diuji langsung terhadap mana-mana HAIWAN, memang diuji keatas manusia. CEO Shaklee, Mr Roger sendiri turut sama menguji Youth sebelum dilancarkan. Bravo Mr. Roger.

Youth by Shaklee menggunakan bahan-bahan semulajadi dan selamat untuk kita.
Bahan-bahan Youth terdiri daripada MUSCADINE  GRAPES, LOTUS JAPONICUS, APPLE STEM CELL EXTRACT, SCHISANDRA CHINENSIS FRUITS EXTRACT, VITAL REPAIR + COMPLEX.

🌼VITAL REPAIR + Complex
Ia mempunyai pelbagai paten yang memberikan NUTRIEN antioksidan dan vitamin yang penting bagi menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit  wajah seseorang, ia juga bertindak untuk menggalakkan tumbesaran sel kulit yang sihat lagi.

🌼LOTUS JAPONICUS
Ia bertindak untuk mengaktifkan Protein Youth yang sangat penting dalam proses penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih banyak kolagen, elastin juga fibrilin. 
Youth complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus juga Schisandra Chinensis Fruit Extract, ini semua lah yang membekalkan lebih banyak lagi nutrien juga tenaga kepada kulit kita secara berstruktur.

Tu lah sebabnya bila kita gunakan Youth,  kulit muka akan lebih segar, tegang dan kembali muda remaja.

🌼APPLE STEM CELL EXTRACT
Ada satu kajian telah menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract ni berfungsi mengaktifkan serta mempercepatkan pembaharuan sel kulit agar kulit lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit agar kulit wajah lebih berseri, segar dan lembut.

🌼SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT
Ia biasa digunakan sebagai HERBA di China, Jepun juga Korea. Di negara yang tersebut ia biasanya digunakan untuk melegakan keradangan dan kegatalan kulit.

Disebabkan itulah ia sangat bagus untuk kulit, serta amat sesuai untuk semua jenis kulit. Herba Schisandra ni juga berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit, dimana ia adalah vitamin semulajadi juga antikosidan.

Tak teringin ke nak cantik macam artis Korea?

🌼MUSCADINE GRAPE
Terdapat polifenol ada dalam Muscadine Grape yang berfungsi melindungi serta memperbaiki DNA sel bagi menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Dengan pemakaian skincare Youth Shaklee secara konsisten akan menjadikan kulit kita lebih glowing dan awet muda.

KakCah bersyukur sangat bila Shaklee dah keluarkan skincare sehebat Youth ni. Sebelum ni, KakCah tak amik peduli pun soal penjagaan luaran kulit muka. Tapi, bila ada Youth ni, KakCah mula study soal penjagaan luaran kulit muka. Sebab dulu, KakCah duk fikir pencuci muka pon dah cukup. Padahal, step tu belum lengkap lagi. Cuci je semata-mata lagi kulit cepat rosak sebab kulit kita terdedah pada kotoran.

Sekarang kita tak perlu risau lagi nak pilih skincare terbaik kerana KakCah yakin dengan produk Shaklee, sentiasa terbaik, berkesan dan selamat pada pengguna.

KakCah harap info ni membantu kalian yang sedang mencari skincare organik yang terbaik. Kalau ada yang berminat nak tahu lebih details pasal Youth, set apa yang sesuai dengan anda, boleh rujuk entri KakCah sebelum ni. KakCah buh link kat bawah ok! Selamat membaca.

SKINCARE ORGANIC UNTUK KULIT SIHAT REMAJA; PENJAGAAN AWAL UNTUK KEKAL CANTIK

MEMULIHARA KULIT SIHAT DI USIA 30AN, TANPA RACUN KOSMETIK

TETAP CANTIK DAN ANGGUN DI USIA 50AN