Anak Susah Makan Sayur? Ini Dia Tips Untuk Ibu-ibu

23:14 0 Comments A+ a-

Ya, KakCah tau. Sebab anak-anak KakCah pon susah nak disuapkan sayur. Kena cincang lumat baru DoubleH ni makan. Dah tentu diorang ambil Vitalea for Children, tapi itu bukan tiket untuk takperlu makan sayur.

Sayur dan buah-buahan memang termasuk makanan yang sangat penting untuk diambil semua orang. Masalahnya bagi anak-anak, biasanya mereka kurang suka sayuran sebab rasa dan cara penyajiannya kurang menarik.

KakCah kongsikan tips yang boleh bantu ibu-ibu di luar sana, supaya anak anda suka makan sayur dan buah.
Anak Makan Sayur

1. Ajak berlumba
Jika ada anak jiran ke, kawan ke, adik-beradik atau saudara, maka boleh mengajak anak kalian berlumba untuk makan sayuran.
Caranya letakkan potongan ubi, buncis rebus, atau sayuran lain di atas piring. Kemudian beri syarat dan berikan hadiah yang sederhana seperti anak patung kesayangan bagi yang menang, bagi yang kalah selalu beri motivasi agar pertandingan berikutnya boleh menang. Cara ini akan buat si anak jadi semangat untuk makan  sayuran.

2. Jangan memaksa
Namapon budak-budak, pasti perlukan masa untuk belajar terima benda-benda baru. Maka sabar ajelah jika si anak agak lambat mengunyah sayuran atau mengunyahnya dengan mulut terbuka. Perlu diingat, bahawa makanan juga perlu proses agar menjadi halus sebelum ditelan.

3. Sajikan masakan secantik dan menarik.
Contohnya jika anda masak sup, maka cuba potong sayuran seperti ubi menyerupai bunga dan pilih makaroni dengan potongan spiral, kemudian sajikan dengan memakai mangkuk dan senduk dengan gambar kartun kesukaannya. Perlukan kreativiti dan practice. Alah, lama-lama mesti anda pandai!

4. Buat aneka ragam bentuk buah tangan.
Sayur juga boleh dan enak dijadikan buah tangan. Misalnya seperti tempura brokoli, kerepek bayam dan sajikan dengan krim keju. Atau buat nasi goreng lalu dihias dengan sayuran seperti ubi, timun , tomato, dan buncis bentuk menyerupai wajah yang sedang tersenyum, dan lain-lain. Lagi mudah, sekarang dah ada pasta mixed vege yang homemade. Boleh pelbagaikan hidangan.

5. Libatkan anak dalam menyiapkan makanan.
Ketika anda masak, maka ajaklah anak untuk membantu misalnya memotong dan mengupas sayuran. Bila anak terlibat dalam proses masak memasak ni, boleh bantu pola makan anak menjadi lebih baik. Atau anda boleh biarkan si anak untuk menyajikan makanan dengan cara kreativiti mereka sendiri, sehingga dia suka dan bangga memakan hasil seni mereka.

Boleh,kan ibu-mak-umi-mama di luar sana? InsyaAllah, kita sama-sama asuh anak-anak kita. Yang penting jangan cepat marah dan banyakkan bersabar dengan kerenah anak-anak ni.

Loved,
KakCah
Ibu DoubleH