Rawatan Semulajadi Bayi Demam Tanpa Ubat

06:31 0 Comments A+ a-


1. Kerapkan check suhu badan anak.
Sebaik-baiknya, simpanlah satu termometer di rumah untuk kegunaan keluarga. Termometer ada macam-macam jenis, ada yang letak di dahi, di mulut atau di telinga. So, boleh pilih ikut bajet. KakCah ada yang jenis biasa, sama macam Misi guna di KKIA. Yang penting boleh guna kalau ada yang demam tiba-tiba. Suhu badan yang normal adalah 36.7C. Kalau melebihi 38C, tolong buat sesuatu untuk turunkan suhu badan bayi.

2. Tuam kepala dan badan bayi.
Seandainya suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendam dalam air suam. Kemudian tuam di seluruh badan anak, terutama di kepala, bahagian pelipat seperti ketiak dan celah paha. Jangan biar tuala terlalu lama di dahi. Basahkan dan lap dengan kerap. Basahkan badan anak seperti mandi yang tak dilap. Kalau nak mudah, ambil je spray air, spray kan aje bagi basah badan anak.
Selain itu, pakaikan pakaian yang nipis sahaja supaya haba panas dapat keluar dengan senang. KakCah lebih selesa biarkan anak tanpa baju dan pakai diaper sahaja kalau mereka demam. Lebih mudah nak lap.

3. Beri bayi makan bubur.
Untuk bayi 6bulan ke atas yang dah diberi solid food, masakkan mereka bubur. Jangan biarkan perut mereka kosong. Walaupon selalunya bayi demam ni banyak meragam dan tak selera makan, tapi tolong jangan biarkan mereka lapar. Nanti masuk angin, penyakit lain pulak yang datang. Pastikan anak makan, supaya mereka ada tenaga untuk melawan penyakit. Cukup sekadar bubur kosong dan sedikit minyak ikan. Kadang KakCah suka buat air barli kalau anak-anak tak selera makan.

4. Minum banyak air dan susu.
Untuk bayi di bawah 6bulan, kerapkan menyusu. Beri anak minum susu ibu secukupnya bagi mengelakkan badan mereka kekurangan air. Badan yang kurang air, akan lambat sembuh dan boleh menyebabkan penyakit lain pula nanti. Susu ibu adalah penawar yang terbaik dan mengandungi antibodi untuk anak. Maka ibu yang menyusukan anak demam ni, harus ambil makanan yang berkhasiat. Masa anak-anak demam, KakCah amalkan Nutriferon, Vitamin C, Omega Guard dan air madu.

5. Sentiasa berada di sisi bayi anda.
Selain untuk memantau suhu badan bayi, kehadiran kita dapat melegakan emosi anak yang demam. Sebab mereka perlukan perhatian daripada ibu dan ayah. Sangat-sangatlah diminta bagi ibu atau ayah untuk mengambil cuti dan jaga anak demam di rumah. Sentiasa peluk dan cium bayi anda. Kerapkan bersembang dan bagi semangat untuk mereka.
Walaupun bayi masih belum memahami, tapi emosi mereka akan stabil bila kita ada di sisi mereka,kan? Kalau nak masak tu, heret sekali buai anak ke birai dapur.

6. Berjumpa doktor dengan segera.
Sekiranya demam bayi anda tak jugak kebah, segera ke hospital atau klinik untuk berjumpa dengan doktor. Jangan ambil risiko yang akan menyebabkan anak anda semakin parah.
*Ini penting, check degupan jantung anak, kalau laju taknormal, segera ke hospital.

7. Doa kepada Allah S.W.T.
Bagi ibu dan ayah yang beragama Islam, KakCah nasihatkan mohonlah pertolongan daripada Allah S.W.T bagi memberikan kesembuhan kepada anak kita dan memudahkan urusan kita membesarkan anak-anak kita.

Ikhtiar itu penting, dan doa juga penting. Letakkan pengharapan sepenuhnya pada Allah bagi menyembuhkan anak kita. KakCah kongsikan doa daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat; Ustaz Ismail Kamus.



KakCah
0129847704