Jom Detox! Cara Mudah untuk Hapuskan Jerawat, Lemak Berlebihan dan Mendapatkan Badan yang Lebih Bertenaga

22:17 0 Comments A+ a-


Assalamualaikum!!

Salam ceria buat tetamu blog KakCah. Seronok sangat bila dapat bukak laptop, sebab nak bercerita dengan kalian semua. Lama dah taksempat nak jenguk blog ni.

Kenapa lama tak update blog? Sebenarnya sebelum ni, badan terasa lemau je, bangun pagi pon sokmo lambat. Dah tu, terkejar-kejar nak siapkan KakNa gi sekolah. Settle hantar KakNa, ternampak-nampak je katil memanggil. Aduh, taktau laa apa benda saka yang merasuk, badan jadi letih sangat, kadang susah nak focus kalau buat kerja, otak penat, kulit ni abes jadi gatal-gatal. Tapi part belakang tapak tangan dan muka je. Haa, ini tak lain tak bukan, saka toksin laa ni.

Salah sendiri jugak, selalu sangat  minum kopi 3 in 1. Payah betul nak berpisah. Macam ketagih pon ye jugak. Dah cuba nak stop, tapi still jugak teringat ingat. Aishhhh…

Dah tu, takkan nak biarkan aje badan ni jadi mangsa akibat nafsu sendiri,kan? Cepat-cepat insafi diri. Hapuskan semua 3 in 1 dalam rumah ni. Itu baru first step.

The next step is to get chemicals out of my body! Eceh, speaking New York. Macam mana nak hapuskan segala jenis chemicals jahat ni?

Alhamdulillah, terima kasih Allah, mempertemukan KakCah dengan produk kesihatan yang sangat best. Yang bantu KakCah dapatkan diri KakCah yang sebenar. Masih dalam proses detox lagi, tapi dah mula rasa lega dan ringan. Takde dah rasa sakit tumit bila bangun pagi.

Jadi andai korang pon alami perkara yang sama macam KakCah, boleh start dengan detox segala jenis malaun tak berfaedah dalam badan kita. Bersihkan usus, bersihkan darah dan bersihkan juga hati.

Macam apa yang disarankan oleh Shaklee ni, ada pelbagai jenis detox sebenarnya.
1.       Detox Logam
2.       Detox Parasit
3.       Detox Usus
4.       Detox Hati (khasnya buat perokok tegar)
5.       Detox Seluruh Badan


Baru 7 hari detox dah turun 3kg. Mau tak jeles, kan?

Sebab apa KakCah kata cara Shaklee ni mudah? Sebabnya, takperlu nak susah-susah buat air ke ramuan khas ke. Cuma buka botol, ambil tablet dan telan. Tapi takkan ada cara lebih mudah melainkan kita amalkan secara berterusan dan ikut cara yang betul. Dan tersangat penting untuk ubah cara pemakanan kita pada yang lebih sihat. Kalau kalian nak buat air detox pon, bagi KakCah xde masalah. Tinggal nak kena rajin.

Ok, kalau ada yang berminat untuk tahu lebih detail pasal set detox Shaklee, boleh tekan pada link kat bawah ni. KakCah akan cuba terangkan sampai kalian puas hati, insyaAllah.


Tekan link ni, okey!