Tips Cuti Bersama Ayah dan Ibu Tersayang

18:47 1 Comments A+ a-

KakCah ambil mood hari ahad yang tenang dan lapang ni, nak kongsikan tips buat kalian. Kalau-kalau ada yang sedang merancang nak bercuti dengan ayah dan ibu, kan.

Masa kita kecik dulu, ayah ibu selalu bawa kita, anak-anak pegi jalan-jalan. Apalah salahnya sekarang, kita pulak luangkan sedikit masa untuk mengembirakan hati mereka pulak. Bawak ayah ibu pergi bercuti. Tak kisah sama ada dekat ataupun jauh, yang penting kita ada bersama. Walaupun tempat yang kita bawa tu, mereka dah pernah bawak kita dulu. Ciptakan memori terindah selagi mereka ada.

Mungkin ada ibu ayah yang tak minat nak pergi bercuti kerana faktor kesihatan mereka. Kita cubalah pujuk dulu.

Ada beberapa tips yang KakCah kongsikan, moga buat ibu dan ayah kita akan okay untuk bercuti.
*********

1. Periksa kesihatan terlebih dahulu sebelum merancang percutian.

Pastikan ibu dan ayah berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan mereka sama ada cukup 'fit' atau sebaliknya. Sekurang-kurangnya, doktor akan beritahu apa yang boleh dan tak boleh dilakukan time bercuti nanti. Sila patuh dengan nasihat doktor ye. Supaya tiada masalah yang berlaku di kemudian hari. Kalau berlaku juga, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia.

2. Berikan supplement secukupnya.

Sebelum bercuti, berikan mereka makanan tambahan. Supaya dapat membantu meningkatkan ketahanan tubuh mereka. Waktu kita kecil dulukan, ibu dan ayah selalu berikan kita vitamin supaya kita cergas dalam kelas. KakCah ingat, zaman nak UPSR dulu, mama selalu bekalkan vitamin pada KakCah. Alhamdulillah, jarang mengantuk atau penat walaupon ada kelas tambahan sampai malam. Sekarang waktu kita pulak. Sekurang-kurangnya berikan mereka OmegaGuard ke.

3. Bawa bekal ubat.

Jangan lupa untuk membawa bekalan ubat walaupun mereka tidak mempunyai penyakit, tetapi kita semua harus bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Ubat-ubat ini perlu dilabel dengan baik agar tidak tersalah ubat jika waktu kecemasan. Bawalah kemana sahaja mereka pergi. Letak di tempat khas yang senang ambil, mudah dilihat dan dibawa. Semua orang perlu tahu di mana bekas ubat ini berada, supaya kalau terjadi apa-apa anda tidak tercari-tercari.

4. Guna kemudahan yang disediakan sebaiknya.

Jangan segan bertanya jika memerlukan kerusi roda. Jika ada, senanglah kita gunakan untuk bawa mereka berjalan-jalan di tempat yang dikunjungi. Ini boleh mengelakkan mereka mendapat sakit di anggota badan jika terlalu banyak tempat yang ingin dituju. Yang penting, anda akan rasai sendiri betapa berharganya masa bersama mereka.

5. Jaga pemakanan.

Pastikan makanan yang diambil bersesuaian dengan ibu ayah. Bagi mereka yang berpenyakit seperti kencing manis atau gout, tentulah kena pantang makanan. Jika teringin sangat, bolehlah diambil di dalam kuantiti yang sedikit. Paling mudah, kita pon  ikut pantang makan bersama. Apa salahnya sesekali makan makanan sihat, lagi bagus. Nak lagi bagus, berikan mereka amal Vivix. Hehe.

6. Minum banyak air putih.

Memperbanyak minum air putih, penyakit atau mudah letih tidak akan mudah menyerang sebaliknya tubuh sentiasa bertenaga dan segar. Barulah bertenaga anda nak menjejak ke tempat-tempat yang ingin dikunjungi. Jadi, sentiasa bawa bekal air putih bersama. Kalau dah habis, boleh lah refill.

7. Bawa pakaian yang sesuai.

Pakaian yang dibawa mestilah sesuai dengan cuaca tempat yang anda pergi. Jika cuaca sejuk bawalah pakaian yang sesuai secukupnya. Badan mereka tidak tahan lasak, pakaian yang sesuai dan selesa sangat-sangat penting bagi menjamin keselesaan mereka semasa percutian. Jadi, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu barangan apa yang sesuai untuk dibawa bersama.
**********

Kenangan KakCah bercuti dengan papa dan arwah mama, yang paling tak dapat dilupakan adalah sama-sama menunaikan umrah. Lepas tu, beramai-ramai rombongan Cik Kiah ke Langkawi sebab ada kenduri. Hihi. Rindu semua itu.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat untuk anda. Selagi ada ibu ayah, bawalah mereka bercuti. Memang betul jasa mereka tidak akan terbalas tetapi selagi anda mampu untuk membuatkan mereka gembira, pergilah. Luangkan masa bersama ibu ayah.

#alfatihahbuatmamatersayang
#rindudarijauhdoatetapdalamhati

1 comments:

Write comments
Ros
AUTHOR
20 February 2017 at 00:17 delete

Ada rezeki nak juga bawa mak abah pergi umrah nanti.

Reply
avatar