Menyewa atau Memiliki Rumah Sendiri, Mana Lebih Menguntungkan?

23:05 0 Comments A+ a-

Mesti ramai akan jawab, beli dan memiliki rumah sendirilah lebih menguntungkan. Betul tak?

Chopppp. Fikir dulu sedalam-dalamnya.

Kenapa KakCah?
Betul laa kan, beli rumah sendiri lagi untung? 

Meh, KakCah nak kongsikan pendapat yang KakCah pernah baca dan faham. Tapi ini sekadar pandangan peribadi KakCah aje. Apa-apa pon keputusan muktamad bergantung pada kalian sendiri.

Ye, betul dan sangat menguntungkan sekiranya itulah rumah idaman kita dan kita memang akan tinggal di situ sepanjang hayat kita di dunia. Haaaaa. Tapi, minat manusia ni selalu berubah. Masa depan kita juga mungkin berubah. Kan? Kan? Jangan gopoh.

Kaji dulu kewangan kita, dan kerjaya kita pada hari ini. Kalau dah kukuh, dipersilakan untuk membeli rumah sendiri. Jika tidak, sewa sahaja rumah yang jauh lebih murah, dan mulakan pelaburan supaya kita mampu sekurang-kurangnya menyediakan separuh daripada bayaran untuk rumah idaman kita.

Ada antara pengalaman yang biasa KakCah dengar dari kawan, yang beli rumah idaman ketika usia akhir 20-an atau awal 30-an. Kemudian terpaksa pindah balik ke rumah mertua dan sewakan rumah idaman mereka untuk bayar ansuran bank. Antara sebab kenapa mereka nak sewakan rumah tu adalah kerana komitmen kewangan terlalu tinggi. Sayangnya, kan?

Ada yang dah beli rumah sendiri, tiba-tiba dihantar untuk bertugas di luar daerah atau negeri. Terpaksa sewa rumah lain. Dan rumah sendiri terpaksa disewakan dengan kadar 60% sahaja dari harga bayaran kepada bank sebab nilai sewa kawasan tersebut jauh lebih murah daripada kos bayaran beli. Tak pasal-pasal terpaksa menanggung dua buah rumah.

Maka, personally bagi KakCah, jangan gopoh. Fikir sedalam-dalamnya. Bertindak ikut kemampuan.

Ini pendapat KakCah. Anda mungkin lebih bijak.


Rumah sendiri ke?
Rumah sewa ke?


#liveamazing
#amazing10
#tsunamishaklee