Pengurusan Akaun bagi Online Seller

09:13 0 Comments A+ a-


KakCah bukanlah orang yang arif untuk membincangkan bab pengurusan akaun ni. Cuma, KakCah nak kongsikan apa yang KakCah tahu.

KakCah akan berikan cara paling mudah dan basic untuk menyimpan akaun serta rekod perniagaan terutama bagi anda yang buat bisnes online kecil-kecilan. Contohnya kalau anda buat dropship, jadi agent/distributor atau baru nak berjinak-jinak jual preloved items macam permulaan Kim Kardashian dulu.

Perkara paling penting untuk mulakan ialah buat rekod dan akaun yang teratur. Dengan menyimpan rekod, anda dapat melihat perkembangan perniagaan anda dan bolehlah mula untuk buat rancangan mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya.

Antara langkah yang boleh kita lakukan:

1. Buat akaun bank berasingan untuk kegunaan bisnes dan kegunaan peribadi.

2. Sediakan fail untuk simpan semua resit, atau bil yang berkaitan dengan bisnes. Asingkan ikut Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Fail biasa-biasa pon ok, bukan ada yang nak datang audit pon, kan? Asalkan ada dalam simpanan kita.

3. Semak akaun dan fail dengan kerap. Sentiasa kemaskini supaya kita boleh bertindak segera kalau ada sebarang isu.

Tak usah fikir, "alah aku meniaga dari rumah je pon", "alah lecehlaaa nak buat semua ni." Bagi orang amatur macam KakCah ni, maybe susah sikit pada peringkat awal. Tapi uruslah dengan cara yang mudah bagi kita. Lama-lama nanti akan jadi mudah. Lebih baik mulakan dari awal mula bisnes, kerana bila kita dah makin sibuk kadang pengurusan kita akan jadi kelam kabut.

Amacam? Boleh je kan? Jom join bisnes online dengan KakCah. Kita mantapkan ekonomi keluarga kita. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin.

KakCah si Online Seller