Kesan Radikal Bebas Pada Tubuh Badan Manusia dan Bagaimana untuk Mengurangkannya.

22:20 0 Comments A+ a-


Salam ceria semua... 

KakCah nak bertanya sikitlah, berapa ramai yang tidak tahu bahawa tubuh kita sentiasa menghasilkan radikal bebas, hasil daripada aktiviti normal seperti metabolisma dan sebagainya? Sila angkat phone/keyboard masing-masing.

Ya, badan kita sentiasa hasilkan radikal bebas. Tetapi dalam masa yang sama, tubuh kita ada mekanisma untuk meneutralkan radikal bebas yang ini.

Walaubagaimanapon, ada banyak lagi faktor lain menjana radikal bebas, yang mana tubuh kita tak mampu nak uruskan dan kita perlu bantuan dari luar iaitu ANTIOKSIDAN DARI MAKANAN.

Sebab itu pengambilan antioksidan ni sangat sangat penting kerana sekarang ni, zaman ni, hari ni banyak perkara yang merosakkan sel kita melalui penghasilan radikal bebas. Contohnya bila kita buat kerja berat. Tekanan pada badan akan merosakkan tisu-tisu badan yang kita tak nampak dari luaran ni. Mungkin dah dua tiga hari baru kita rasa sakit, lenguh atau tiba-tiba ada lebam pada badan. 

Begitu juga dengan bersenam atau aktiviti sukan. Kadang kita buat exercise tanpa warm up dulu. Kesannya pada urat saraf dan otot kita. Bukan tu je, semalam KakCah ada tengok kisah tentang pemain piano yang terlampau kerap buat latihan dan akhirnya dia kena carpal turnel syndrome.

Banyak lagi faktor lain antaranya stress, terdedah pada pencemaran udara dan radiasi matahari. Tak kurang juga kandungan pestisid dalam makanan kita sehari-harian. Kadang kita dah basuh berulangkali tapi belum tentu racun-racun tu hilang sepenuhnya.
KakCah harap kita semua dapat jaga kesihatan diri. Mungkin susah nak kawal semua perkara, kan. Jadi apa kata kita usahakan untuk tidak tinggalkan mengambil antioksidan contohnya Vitamin E, Vitamin C, Vivix, Carotomax dan CoQ Trol. Ini semua adalah antara sumber antioksidan yang mudah untuk anda perolehi.