Bila Dedeq Demam

21:49 0 Comments A+ a-

Hasya 'Aqilah.

Alhamdulillah, lahirnya dia tersangat mudah. Sekejap aje ibu rasa sakitnya. Memang dah lupa bagaimana rasa sakit melahirkan dia.

Hasya 'Aqilah.

Dari lahir sehingga umur setahun. Jarang sangat sakitnya. Selsema batuk sekejap aje. Cukup susu ibu sebagai ubatnya.

Tiba hari ulangtahun pertama kelahiran, si dedeq ibu ni terjun buai. Serpih dah giginya. Tapi sekejap aje dia merengek, kemudian sambung main.

Tiba tigabelas bulan. 
Dia demam. Ibu demah. Demam tak kurang. Ibu kerapkan menyusu. Masih juga sama. Ibu bawak jumpa doktor. 38℃. Terus doktor bagi ubat. Balik umah dah boleh main. Cukup 4jam, hasya 'aqilah terus menggigil. Suhu badan naik mendadak. Badannya sejuk, bibir dan jari biru, mulut terketar-ketar. Allahu. Terus kami ke hospital. Tak tunggu. Sampai hospital 40℃. Tengah malam tu kami jadi penunggu di bahagian kecemasan. Alhamdulillah, suhu turun, doktor bagi balik umah. Elok demam, terus hasya berjalan dengan riang. Demam nak pandai berjalan rupanya.

Hari ni, enambelas bulan.
Dia demam lagi. Suhu sentiasa tinggi. Dah ibu buat home remedies, dah ibu buat natural remedies, dah ibu ambil ubat doktor. Enam hari demam, kami bermalam di wad paediatric. Itu yang terbaik.

Ibu tau ibu adalah distributor untuk vitamin yang baik. Kerana itu ibu takkan ambil mudah soal kesihatan anak-anak ibu. Yang patut ibu berikan vitamin, ibu beri. Yang patut ibu rujuk ke hospital, ibu akan bawa. Kerana nyawa anak ibu tiada galang gantinya.

Ibu sentiasa pegang kata-kata Dr. Forrest C. Shaklee. "Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, kita adalah dalam dua bidang yang berasingan. Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan."

Coretan Ibu Hasya 'Aqilah.