Suicide Forest, Mimpi Ngeri KakCah

21:52 0 Comments A+ a-

Padahnya dah tengah malam menengok cerita seram, berakhir dengan mimpi menggerunkan. Haha. Apalah KakCah ni ye?!

Malam tu, kebetulan takleh tidur. Nak pulak baru balik kampung, berubah tempat tidur. Susah sikitlah nak lelap. KakCah pon layankan mata tengok televisyen. Tak ingat dah channel mana, tengok tajuk macam best. The Forest.

Biasanya KakCah memang taklayan cerita seram ni. Tak suka. *padahal penakut* haha. Tapi ntah macam mana boleh tengok sampai habis pulak The Forest ni.

Alkisahnya, tidur malam tu, termimpi kena kejar hantu jepun The Forest. Hadoi.. Takpuas hati sebab dah termimpi, KakCah pon selidiklah pasal cerita tu dan jumpa info menarik yang nak dikongsikan dengan kalian.

Sememangnya suicide forest menurut filem tu, memang wujud di Jepun.

Aokigahara merupakan sebuah kawasan hutan di kaki gunung Fuji yang juga dikenali sebagai Jukai (Sea of Trees) yang terletak di Jepun.

Sekali pandang, hutan ini sangat tebal dan gelap sehinggakan jika tersesat mungkin susah untuk dijumpai semula. Tapi bukan itu sahaja yang unik dan seram mengenai hutan ini.

Ianya adalah hutan terkenal untuk bunuh diri.

Setiap tahun lebih kurang 100 mayat yang dijumpai kerana mati membunuh diri di hutan tersebut tapi bilangan yang tidak berjaya dijumpai mungkin lebih ramai. Dikenali sebagai tempat membunuh diri paling popular di Jepun, dan kedua di dunia selepas Golden Gate Bridge di San Francisco.

Dikatakan trend membunuh diri di hutan Aokigahara ini bermula selepas Seicho Matsumoto menulis novel bertajuk Kuroi Kaiju (Lautan Hutan Hitam) di mana dua pasangan kekasih mati membunuh diri di situ. Selain mayat, tulang dan barang peninggalan yang ditinggalkan si mati, hutan itu juga dipenuhi dengan papan tanda yang menasihati mereka yang berhasrat untuk membunuh diri supaya memikirkan semula niat mereka.

Antara yang tertulis pada papan tanda tersebut; "Hidup anda adalah sebuah hadiah yang sangat berharga daripada ibu bapa anda. Tolong fikirkan keluarga anda. Jangan simpan masalah anda, luahkannya kepada mereka yang terdekat."

Walaupun ramai yang tidak mengendahkan rayuan tersebut, namun terdapat juga yang berubah hati. Mungkin tidak begitu nekad dengan niat untuk membunuh diri, mereka akan membuat tanda dengan pita sepanjang perjalanan supaya mudah untuk mencari jalan pulang apabila berhasrat untuk terus hidup.
Kadar membunuh diri di situ dikatakan meningkat pada bulan Mac, di mana ianya merupakan pengakhiran tahun fiskal bagi negara Jepun. Untuk mengurangkan nama Aokigahara sebagai jolokan tempat untuk membunuh diri, kerajaan Jepun telah berhenti mengeluarkan statistik kematian di situ.

Mungkin ini harga yang perlu dibayar bagi negara maju seperti Jepun di mana kebanyakan rakyatnya siang malam bekerja dan belajar sehingga timbul tekanan hidup yang terlampau tinggi yang akhirnya tidak dapat lagi dibendung. Akhirnya, membunuh diri menjadi punca penyelesaian terakhir.

"It takes more courage to go on living than killing yourself"

Haaa, begitulah kisahnya tentang hutan tersebut. Apa pon, nasihat KakCah, bagi yang beragama Islam, sekalipon ada masalah dunia yang besar, jangan sampai terfikir untuk bunuh diri. Selesaikan dengan baik, fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan keluarga kita.