Cara Mudah merawat Kulit agar Bersih dan Sihat.

21:55 0 Comments A+ a-

Bila bercakap tentang kulit, mesti kita membayangkan nak memiliki kulit yang bersih dan sihat. KakCah, kalau tengok drama korea, bukan tengok sangat jalan ceritanya. Tapi duk tilik kulit pelakon tu je. Haha.

Yelaa, siapa taknak kulit yang bersih. Automatik kita akan kelihatan lebih cantik dan anggun. Betul,kan? 

Bagaimana jika kulit kita nampak kusam? Memang banyak kosmetik-kosmetik di luar sana yang menawarkan sebuah kecantikan kulit (termasuk rawatan wajah), TAPI dengan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Namanya pon bahan kimia berbahaya, pastilah ada kesan sampingan yang berlaku, dan anda pasti bingung mencari kosmetik penjagaan kulit yang benar-benar terjamin kualitinya.

Kali ini KakCah akan berikan cara simple dan praktikal. Cara Penjagaan Kulit Agar tidak kusam dan kelihatan bersih. 

Tips Mudah Penjagaan Kulit
Tips ini sebenarnya saaangat sederhana, tapi cukup penting untuk dilakukan agar kulit kelihatan lebih bersih: 

  • Kerapkan cuci muka setiap hari, kalu boleh 5 kali sehari pada saat kita wudhu tu akan lebih baik sebab dengan mencuci muka secara rutin kulit akan sentiasa bersih. Takperlu pakai pencuci muka, basuh guna air biasa saja.
  • Kurangkan penggunaan krim wajah kerana akan menimbulkan kesan sampingan nantinya. Sekiranya nak guna jugak,  pilih dan sesuaikan dengan keperluan kulit sahaja.
  • Siapkan tuala khas untuk muka, sebab bila guna satu tuala dengan tuala badan takutnya tuala tak bersih dari daki, makanya usaha yang anda lakukan sia-sia je.
  • Pengambilan buah-buahan yang segar dan mengandungi banyak nutrisi dan vitamin serta kurangkan pengambilan lemak.
  • Perbanyakkan minum air putih kosong.

Jom kita cuba rawatan kat bawah ni, guna bahan-bahan yang ada di rumah.

  • Merawat kulit menggunakan buah limau yang membantu mengecilkan liang roma, menanggalkan sel kulit mati, memutihkan, dan juga sebagai penyegar.
    Cara menggunakan limau: letak satu sudu teh jus limau nipis pada muka macam topeng wajah yang sering kalian gunakan. Kalian juga boleh membuatnya sebagai toner dengan cara menggosokkan hirisan oren pada kulit. Tunggu beberapa minit hingga mengering, lalu bilas dengan air bersih.
  • Betik juga berkhasiat menanggalkan sel kulit mati.
    Caranya: gosokkan hirisan betik matang pada kulit.Tunggu hingga kering, lalu bilas dengan air bersih. *Nota: bagi yang mempunyai kulit sensitif agar berhati-hati.
  • Kentang pula berguna sebagai pemulih sel kulit yang rosak akibat terbakar. Terutama sangat bagus untuk menghilangkan kantung di bawah mata .
    Caranya: tutup kedua-dua mata dengan hirisan kentang dan biarkan selama 15 minit. Setelah selesai, bersihkan dengan air hangat.
  • Strawberi berkhasiat mengecilkan liang roma dan memberi nutrisi pada kulit kerana kandungan vitamin C-nya.
    Caranya: Tumbuklah beberapa buah strawberi dan gunakan sebagai mask.
  • Cara merawat kulit menggunakan tomato yang berkhasiat mengecilkan liang roma.
    Caranya: gosokkan hirisan tomato pada permukaan kulit secara merata. Tunggu beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih.
  • Tembikai berkhasiat menambah kandungan air pada kulit, menyejukkan, dan mengetatkan tisu tubuh.
    Caranya: gosokkan hirisan tembikai pada kulit. Biarkan beberapa saat hingga kering. Bilas dengan air bersih.
  • Yoghurt berkhasiat menyejukkan kulit.
    Caranya: campur dua sudu makan yogurt dengan satu sudu teh madu untuk menyejukkan kulit. Bilas dengan air bersih.

  • Jadi sebelum anda membeli kosmetik yang berbahan kimia, ada baiknya anda boleh lakukan terlebih dahulu cara rawatan kulit seperti di atas.Cukup simple dan sederhana.