Sira Pisang Resepi Warisan

18:59 0 Comments A+ a-

Balik bercuti di kampung, yang paling seronok bagi KakCah kalau nak masak adalah, takyah fikir mana nak beli serai, bunga kantan, kunyit, ulam-ulaman, daun kesum dan banyak lagi. Kiranya petik je jari, semua dah ada depan mata. Ecehhh, kalau tak gi petik sendiri, takdenya semua depan mata. Haha.

Tu bab nak masak lauk-pauk. Kat kebun papa ni, buah pisang, ubi, cempedak dalam pagar pon ada. Yang belom berbuah, durian dan petai. Kenapa ntah petai tak keluar-keluar lagi? Malu agaknya.

Cerita pasal pisang, KakCah nak kongsikan satu resepi warisan. Resepi warisan gitu haa.. Warisan dari ibunda tersayang, Allahyarhamah Hjh Zainun bt. Abdullah. Alfatihah buat mama KakCah.

Sira Pisang

Gambar pisang aje ada, sira pisangnya taksempat nak bergambar.

Bahan-bahan:
Pisang (papa tanam pisang kebatu @ pisang awak)
2 helai Daun pandan
Gula (terpulang pada tahap manis yang disukai)
Air
Sedikit Garam
Sedikit Pewarna kuning telur

Cara-cara
1. Masak air dengan gula dan daun pandan. Kacau hingga gula hancur dan air mendidih. KakCah masukkan secubit garam, sikit aje dan juga pewarna. Pewarna hijau pandan pon ada, tapi sebab ni resepi warisan mama, jadi KakCah guna pewarna kuning telur macam yang mama selalu guna. Air pulak, jangan banyak sangat atau sikit sangay. Agak-agak je. Biar berkuah, pekat dan likat bila masak dengan pisang.

2. Bila air dah mendidih, masukkan pisang yang dah dibuang kulit. Kalau pisang tue besar, sila potong dua. Kalau taknak potong pon boleh aje.

3. Masak dengan api perlahan sehingga pisang kita masak. Dah masak, sejukkan dan boleh simpan dalam peti kalau suka. Papa KakCah suka makan sejuk-sejuk. Best!

Selamat mencuba.