Petua Masak Sambal Terung Superduper Senang dan Sedap
Assalamualaikum, KakCah nak masak apa hari ni?Nah, kita dah buat Cili Kisar Homemade yang tahan lama kan? Maka, jomlaa buat sambal yang superduper sedap dan senang. Sambal terung cara KakCah.
Amboih, tahap superduper ni. Sedap sangat ke? Hmm, susah sebenarnya nak jawab sebab sedap tu subjektif, kan. Tapi KakCah kongsikan petua untuk masak sambal yang InsyaAllah sedap untuk lidah dan perut kita. Cubalah nanti.
Bahan-bahan:
2 biji terung (potong ikut suka anda)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
Sedikit ikan bilis (KakCah guna kiub bilis)
1@2 asam keping
Garam dan gula (KakCah suka guna nisse)
Minyak masak
Air (yang ni kena agak-agak)
Nah itu je bahan-bahannya. Senang je kan? Macam biasa-biasa je pon. Jadi apa yang buatkan sambal ni sedap? Jom baca lagi.
Cara-caranya:
Pertamanya, terung yang dah dibelah tadi, lumurkan garam kunyit dan goreng separuh masak, sekejap je bagi garing permukaan sahaja. Dah siap goreng, ketepikan dahulu.
Tumis bawang merah dan bawang putih yang dah ditumbuk dengan sedikit minyak masak. KakCah suka tumbuk guna lesung. Sebab sikit sangat kalau nak pakai blender.
Dah naik bau tu, masukkan cili kisar homemade with love 😜 Takde yang homemade pon takpe. Tumis sampai pecah minyak.
Kemudian masukkan sedikit air. Tumis lagi sampai pecah minyak. Ulang sampai 5kali!! Iya, 5kali. Kering je tambah air, kering je tambah air. Jangan buh banyak sangat air. Nah, inilah rahsia sambal tumis yang sedap.
Tumisan ke5 tu, kita masukkan bilis yang ditumbuk/kiub bilis, asam keping dan 1/4 kerek nisse.
Agak-agak kering ikut citarasa anda, masukkan garam kalau takcukup masin lagi, sebab kita dah guna bilis kan. Dan terakhirnya masukkan terung yang dah digoreng tadi. Kacau sebati dan tutup api.
Siap untuk dihidang, selamat menjamu selera.
Ok, kenapa nak tumis sampai 5/7 kali tu? Supaya cili kering yang kita kisar tadi, betul-betul masak. Lamanya nak tunggu? Itu tekniknya untuk dapatkan masakan yang sedap. Kalau orang yang suka masak cepat-cepat, petua ni kurang sesuailah untuk anda. Sebelum ni, KakCah memang tumis sekali je cili tu. Tapi bila makan, mesti sakit perut walaupon dah tumis sampai pecah minyak. Pernah jugak, KakCah menumis dan kemudian buh air banyak-banyak, kononnya nak bagi cili tu betul-betul serasi dan masak. Tapi lagi lama nak tunggu air kering. Lagi makan masa.
Klik gambar untuk ketahui cara dan tips cili kisar homemade yang tahan lama. |
Sekali lagi terima kasih takterhingga buat kak yatiekitchen sebab share petua hebat ni. Moga dimurahkan rezeki kakyatie sekeluarga. Tips sambal ni kita boleh apply untuk masakan lain juga macam asam pedas, sambal bilis, ayam masak merah dan apa-apa je masakan yang guna chilli paste ni, termasuk nasi goreng cili kering kegemaran anda tu. KakCah dah cuba, anda bila lagi? Pssst, ini bukan resepi untuk orang diet nak kurus tau sebab dah cuba sambal terung KakCah ni mesti bertambah nasi nanti.
Lagi tips kalau taknak sakit perut lepas makan sambal, jangan minum teh tarik. Lebih baik minum ESP shake. Lagi-lagi kalau anda ada gastrik.
Cook with love, KakCah.