Tips Mudah Buat Stok Cili Kisar Homemade Tahan Lama

15:36 0 Comments A+ a-

Nak masak apa ye hari ni?

Hari ni KakCah nak share tips buat cili kisar supaya dapat tahan lama. Homemade with love kaedahnya. KakCah dapat petua ni dari yatiekitchen. Thank you so much kakyatie! Sebab selalu share petua-petua hebat, buat masakan KakCah jadi sedap, enak dan digemari keluarga.

Selalu KakCah buat sikit-sikit je. Time nak masak sambal atau apa-apa je guna cili kering, barulah terhegeh-hegeh nak rendam cili dalam air panas. Tu yang jadi lama sangat kat dapur. Orang lain masak setengah jam dah siap. Kita ni dari sebelum Zohor, dah nak Asar baru siap. Hahaha.

Tapi bila jumpa tips kakyatie ni, senang. Chilli paste ready to rock the kitchen, kata orang kampung KakCah. Hihihi. Kenapa susah-susah buat sendiri, kat kedai kan banyak? Why not? Masak dari hati, lagi sedap kan.

Jom mula!

Cara-cara untuk buat cili kisar/cili boh/chilli paste


Cili kering - sila gunting serong
Air - untuk rebus cili sampai kembang
Tos air untuk buang biji

P/s: Sila cari tos yang lubang besar supaya biji cili senang keluar.
Takde tos/bakul kecik, guna je bekas macam ni, goncang kuat-kuat, dah keluar semua biji cili tu, kita kutip aje lah. Apa ada hal? 😆

Tada!! Nah, boleh pi tanam biji cili ni. Dah kuar cili baru, kita proses cili kering pulak 😆

Selepas kita tos cili kembang tadi, kita goreng dengan minyak.
Letak minyak 1-2 sudu besar sahaja, goreng selama 5-7 minit. Sekejap je.

Kemudian tunggu cili sejuk. Dah sejuk,  masukkan dalam blender/pengisar, isi sedikit air dan kisar halus. Oh ya, sila gunakan air tapis ye. Jangan guna air paip pulak. Itu rahsianya agar cili kisar ni tahan lama tak berkulat.

Cili kisar tadi, simpan dalam bekas dan boleh simpan dalam chiller/peti sejuk.

Cili kisar/boh/chilli paste nie nanti bolehlah dibuat sambal, asam pedas dan segala jenis masakan yang memerlukannya. Tahan lama dan sambal jadi lemak-lemak gitu.
Cubalah!

Yang penting, cook with love Lillahitaala. Betul tak?

Apa menu KakCah dengan cili kisar ni? Nanti KakCah update ye. Beserta tips masak sambal yang sedap. Tunggu tau...

Untuk yang ada gastrik tapi teringin sangat nak makan sambal, boleh minum ESP.

MasakApaTu?
With love, KakCah.