Minyak Ikan yang Berkhasiat Untuk Kanak-kanak
Semalam KakCah dapat Whatsapp dari customer KakCah. Bertanyakan pasal OmegaGuard. Katanya nak bagi kat anak dia. Bagus ibu, prihatin bab kesihatan anak-anak.Yelah, selain dari jaga bab makan anak-anak, serta pantau aktiviti pembelajaran anak, kita pon boleh jugak bekalkan mereka dengan pemakanan tambahan. Iya, kanak-kanak pon boleh amalkan supplement juga. Ada supplement yang sesuai untuk anak-anak kita ni, antaranya multivitamin dan Omega-3.
Seperti mana KakCah pernah ceritakan, akak bekalkan supplement dari Shaklee buat Husna dan Hasya. Bukan orang dewasa aje nak sentiasa sihat dan cergas tau.
Shaklee menyediakan OmegaGuard, iaitu minyak ikan omega-3 yang tinggi dengan khasiat dan keistimewaannya.
Kelebihan Omega 3 dalam OmegaGuard Shaklee
1. Minyak Omega 3 dalam OmegaGuard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
2. Bukan dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik seperti sesetengah produk di pasaran.
3. Omega-3 dalam OmegaGuard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana OmegaGuard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
5. 1 kapsul OmegaGuard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
6. OmegaGuard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.
7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega-3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
Selain daripada bagus untuk kanak-kanak, Minyak Ikan Omega 3 ini baik diamalkan oleh ibu hamil dari awal kehamilan lagi kerana ia baik untuk membantu perkembangan otak bayi di dalam kandungan.
Juga bagus bagi ibu yang menyusukan bayi. Melalui penyusuan, khasiat dapat disalurkan melalui susu ibu.
OmegaGuard boleh diamalkan seawal usia setahun bagi kanak-kanak tetapi dengan dos yang telah ditetapkan.
Antara khasiat Omega Guard Untuk kanak-kanak:
- Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, kajian menunjukkan kanak-kanak yg mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas.
- Membantu merawat penyakit eczema dari dalam, kebiasaannya kita amalkan alternatif untuk sapu ubat/krim dari luar sahaja tapi tak lama kemudian akan muncul semula, dengan pengambilan omega 3 dapat elakkan masalah eczema untuk timbul semula.
- Bantu tingkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan.
- Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler.
- Dengan pengambilan Omega 3 juga kanak-kanak lebih cergas dan aktif serta membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar.
KakCah
012 984 7704