Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya
Pagi-pagi lagi dah dengar suara-suara tu. Kemain lah riuhnya. Tambah pulak hujan, lagilah riuh.* * * * * * * *
Cuti sekolah kali ini, kami sekeluarga pulang kampung di Karak, Pahang. Jarang-jarang dapat pulang ke sini kecuali waktu cuti yang panjang je. Husna lah paling seronok kalau dapat balik kampung Tok dia.
Aktiviti utama Husna; kejar itik-itik Tok. Suka sangat dia! Tengok itik-itik tu berenang dalam kolam. Ibu Husna pon suka, kadang boleh jadi leka bila tengok itik berenang dalam kolam. Tue lah suara yang riuh pagi-pagi hari.
Tok Husna bela itik ni, asalnya saje2 nak mengisi masa lapang selepas pencen. Tapi sekarang, dah jadi bisnes plak. Jual telor itik. Lumayan tue!!
Walau Husna dan Deq Hasya tak pandai lagi nak kutip telor itik, tapi bila mereka tengok, dari situ mereka belajar macam mana Tok&Aki dia usahakan bisnes itik ni. Dari hobi, terus dapat tambah rezeki.
Siapa kata hobi tak boleh memberi apa2 pulangan? Ini antara contoh hobi yang lumayan. Tapi usahanya kena setimpal jugak laaa oiii!
* * * * * * * * *
Hujan sepanjang pagi, Dedeq tak dapat kejar itik. Jenguk dari jauh je lah.