Bukan Mudah, Tapi Bukan Juga Mustahil
Tak mudah sebenarnya bila membawa watak perempuan 'chomel' sejak azali ni. Orang selalu nampak kita happy je. Padahalnya...Kalau setakat dikata, ditanya, diperli bab makan banyak tu ok lagi. Tapi bila sampai tahap dicemuh sebab tak kurus-kurus, memang boleh jadi sampai tahap dendam kesumat lar.
Sebab tu bila berat turun menjunam selepas bersalinkan Kakak Husna Nana, hati KakCah girang tak terkata. Haaa, seronok laa, orang kata nampak kurus. Nampak aje kurus. Haha. Kononnya kurus sangatlah time tu.
Tapi tak lama pon. Bila dah syok jadi mem besar sepenuh masa duduk rumah, badan pon membesar dengan girangnya. Kesan tak best memang banyak, tapi gitulah...
Kemuncaknya bila mengandungkan Dedek Hasya. Sejak tu tekad, mesti buat sesuatu. Takleh selamanya berpuas hati, "lantaklah apa orang nak kata." Ini bukan tentang orang kata, ini tentang berapa lama nak hidup untuk anak-anak KakCah.
Sekarang masa untuk berubah. Sesuai sangatlah zaman minyak naik ni. Kurang sikit nak goreng itu ini. Kita rebus, kukus, panggang aje. Kan? Kan?
Siapa setuju?!